18 November 2010

korban HP di hari raya korban..

buat kesekalian kalinya..
hp aku terkorban lagi..
kali ini di jalan raya..
di hari raya
korban..

jadi,
kepada semua sekutu dan seteru
semua
kalau boleh korang text aku balik ye..
sms/kol diterima
sementara hp yang ada ni masih belum terkorban..

aahh..rindunya nak lepak ngan geng2! 
dah sepuluh tahun kita tidak melepak bersama
kan cher/akmal/xetxet/fer/pija/leen!

adios!

29 Oktober 2010

kamon lah!

kamonlahh...
buatlah kerja yang bos bagi tuuuuu!!

kalau tak sempat buat, ko bgtau aku leh tak?
aku leh back up ko..!!
ni ko senyap jeeeee!!
sial la..

27 Oktober 2010

apa aku belajar masa aku pergi jepun?

1. tepati masa macam robot
2. tandas sentiasa bersih tahap baru lepas makcik cleaner bersihkan..dan polish
3. tidak merokok dan melakukan fogging di sekitar jalan raya dan tempat awam
4. lepas makan mc'd, sila kemas meja sendiri..
5. lepas tengok wayang yang mahal, sila buang sampah popcorn korang dan air yang tak abih tu di luar..(siap ada org tukang sambut sampah korang)
6. jangan buang sampah dalam sungai..sungai bersih tahap air mineral spritzer seh..
7. awek japang..mmg syyle laaa~ fuh....fuyyooo..uii, tu lg lawa laa..

cukuplah tu..

aku ni bukan rajin sangat
pasal setiap hari waktu kerja aku akan ada masa bermalas termasuk malas bangun tidur

aku ni bukan pandai sangat
pasal setiap hari aku akan terpaksa merujuk kepada orang lain perkara yang aku tidak tahu berkaitan kerja..dan perempuan..

aku ni bukan cekap sangat
pasal setiap bulan aku ada minit mseyuarat yang aku tak setelkan termasuk mesyuarat yang pendek je pun

aku ni bukan terrer sangat
pasal setiap masa aku ada salah yang aku buat dan perlu aku perbetulkan

tapi..

aku tak faham betul la perangai korang ni..
kerja kat sini dah lebih setahun pun ada
tak reti-reti nak belajar apa yang korang kerjakan setiap hari
korang kata banyak keje tapi belum masa balik korang dah kemas siap nak balik
korang pandai masuk mesyuarat tapi tak tahu apa yang dibincang dalam mesyuarat
pastu dok main hp dan korek hidung je ke?
kamon la..
asal aku tanye je korang jawab
"saya tak tahu"
"saya tak pasti"
"itu dia yang buat"
"entah lah ye"
tapi mesyuarat tu korang urusetia dan korang yang buat minit!!
dan korang yang edarkan minit..
APE NIH??

shi-al betul laa..

Hentikanlah 
dari terus ambil golongan ini dan hantar kat tempat aku kerja
bikin aku pikir bahawa depa ni la sebab aku tak dapat bonus
.
..
...
cuma dapat sakit hati!

20 Oktober 2010

segala mala

"you are my everything"
tak betul tu..

19 Oktober 2010

berubah

setiap orang boleh berubah..
berubah sikap
berubah angin
berubah fikiran
berubah hati
berubah wajah
berubah warna..

jangan kekal di takuk lama
setiap orang berpeluang
berubah


15 Oktober 2010

aku dah tak sabar nak balik..

aku ni memang orang melayu yang kene jumpa makanan melayu
aku rindu asam pedas
aku nak balikkkk cepat!!!

27 September 2010

aku harap dapat jumpa miyabi..haha~

harap2 aku jumpa payung ini untuk dibeli..
kelihatan sungguh segak untuk dibawa ke pasar malam tatkala mendung berarak..

31 Ogos 2010

Selamat Hari Merdeka KE -53..apa tema merdeka?? erk~

aku rasa sambutan hari merdeka sangatlah suram..bendera pun skit je nampak..kat bangunan kerajaan je banyak bendera. Berbeza dengan pengalaman aku ke Singapura bulan lepas. Dekat nak menyambut kemerdekaan depa (9 Ogos) sangat meriah..bendera  sana sini..kat apartment rumah masing2..walaupun banyak gak banner Olimpik Remaja di sekitar Singapura..

Kat negara kita ni banyak Bendera parti politik je..UMNO/BN/PAS..semua sekali lah..semua tu korang leh dapat dengan percuma..bukat setakat bendera..baju, topi, pen, cawan...apekejadah semua boleh dapat percuma ! lagi la masa kempen pilihanraya..

tapi masa merdeka, susah pula nak dapat barang beridentitikan MALAYSIA secara percuam..bendera pun tak boleh bagi percuma..korang nak percuma? CEH..TAK PATRIOTIK LANGSUNG! BENDERA PUN NAK PERCUMA KE?

23 Ogos 2010

tugas baru, azam baru! (berazamnya aku oiii~)

Berkuatkuasa hari ini aku telah mendapat amanat kerja yang baru..pagi tadi bos dah susun semula beban tugas kiteorang kat opis ni.jadi secara ringkasnya kerja aku adalah berkaitan senarai di bawah:

1. Projek Penyaluran Air Mentah Pahang Selangor (PPAMPS) - 
projek air antara negeri ni yang sungguh gah ni negara kita ni..korang tak tau ke?

2. Projek Loji rawatan Air LAngat 2 (LRAL2) dan sistem agihan - 
ni pun tak kurang glamernya..PPAMPS & LRAL2 ni projek bagi menampung keperluan air kt KL, Putrajaya & selangor..buat masa ni Selangor tanggukah semua kelulusan berkaitannya..

3. Program Mitigasi bekalan air selangor - 
haa yang ni plak program bg menampung keperluan air di selangor sementara PPAPMS & LRAL2 nak siap..kekurangan air bakal berlaku..JIMAT AIR ye kawan2..

4. Krisis Bekalan air di W.P labuan - 
keje ni kejap2 sikit..kejap banyak..sabar orang2 di Labuan, kami sedang berusaha membantu anda..

esh..kalau aku nak senaraikan semua macam banyak masa dihabiskan dan korang pun malas nak baca..macama la dalam dunia ni aku sorang banyak keje..(eh, aku ada cakap ke aku byk keje bro??) tapi aku memang nak pesan kat korang semua..

KURANGKAN PENGGUNAAN PLASTIK
JANGAN BUANG PLASTIK SEPAH-SEPAH
JANGAN MEMBAZIR AIR..

keje ni memang byk suruh aku bersabar..cari selai2 dokumen dari satu2 fail..
demmit~

17 Ogos 2010

jauhkan..

baiklah..saya jauhkan diri buat masa ni..

13 Ogos 2010

hari ketiga puasa..

hari ke-1 aku berbuka 1 orang kt rumah
hari ke-2 aku berbuka, ber-2 oarang kt presint 2
hari ke-3 aku berbuka?
tak tahu lagi lah nak ber-3 ke ber-8..haha
apapun
mak, ayah, akak, abg ipar aku balik dari menunaikan umrah hari ni.

aku rasa macam nak beli dapur la kt rumah
leh masak untuk sahur
dapur yg pakai letrik yg mcm sytlo kot
haha!
banyak la ko punya dapur rep!
masak pun tak bape nk terrer..haha!

adakah korum ke JALAN TAR tahun ini akan bertambah?
.
..
...
atau berkurang?

atau
...
..
.




12 Ogos 2010

indo mari..


aku tak pernah layan cerita kat atas ni
tapi aku macam pernah dengar ada lagu yg ada lirik "ketika cinta bertasbih.."
lagu tu untuk drama/filem indo kat atas ni ke?
ke lagu tu takde kena mengena..
korang tahu tak?
hurm..

apsal aku letak poster ni?
pasal gambar kt atas tu adalah org yg sama dengan org kt bawah..
.
..
....


hidung aku mengesan bau perfume AXE xdelah best..
hidung aku la..
hidung korang?

11 Ogos 2010

kejap cuak..kejap best..

pas penat naik 3 flight AA ke langkawi + p.pinang, aku pi main ATV plak kt Kemensah..
ari sabtu lepas..melepaskan penat bekerja la kot..huhu!

aku dan geng2 pejabat + suami telah memulakan ekspidisi berharga RM145 (diskaun RM5) dengan latihan kat kem dulu..kira ok la kiteorang pasal takde yang masuk semak masa sesi latihan ni..hoho! syabas inspekter saab!!

tang turun bukit memang aku cuak memula bro..aku tgk adda depan aku ni asyik layan drift je bile turun bukit..kalau babas, mau masuk gaung bro! tapi bile dah macam nak terrer menjelang balik, aku rasa layan plak main sliding tayar ATV tu..patut la brader coach tu kata, banyak kemalangan berlaku masa nak balik..sebab ramai yang ter'over' confident!

layan gambar poyo aku kat bawah ni..






kalau korang yang nak gi layan ATV ni dan bermandi manda kat air terjun sofea jane..
boleh layan laman ni:


ada beberapa pakej ikut poket korang
tapi aku tak puas..
aku perlu sesuatu yang lebih cuak kot
water rafting?
JOM!

10 Ogos 2010

best la pulak


best la pulak aku rasa naik air asia pakai waran gomen ni
best la pulak bila dapat hot seat je
best la pulak bile ada makanan
best la pulak tunjuk ic je bile nak check in
dan yang paling best?


..aku rasa xbape best kalau kene naik air-asia masa Ramadhan ni..
tapi kalu kena gak?!

best la pulak..

:P

03 Ogos 2010

02 Ogos 2010

yang sudah tu sudahlah..

aku perlu bertenang beberapa hari ini..
merenungi sesuatu yang tidak pasti
antara yang silam
yang sedang
dan yang mendatang
.
..
...
memang keliru
dan blur
dan bosan
tidak faham
membazir
.
..
...
macam layan cerita OngBak 3
...
..
.
ciss..

30 Julai 2010

donkey diterbangkan..

keldai atau donkey telah diterbangkan di sebuah pantai kt Rusia..berita yang banyak korang dah tahu kan.. tapi ada sesuatu yang korang tak tahu..inilah wajah sebenarnya..



manipulasi media..

gambar pertama..


gambar kedua..


gambar SEBENAR..



agak2 mana satu media akan paparkan pada dunia..?

kalau korang kene prank camnih??

aku memang tak bleh blah la pilot ni..terbaeik dowh die punye prank!! hahahaha!!

22 Julai 2010

bercuti..

aku dah penat keje sebulan ni..aku perlu bercuti & main games/aktiviti yang boleh buat aku menjerit katak!! macam kat bawah ni..ada berani ke bro??

14 Julai 2010

air oh air..

sampai masanya

09 Julai 2010

hujan..

jkj dan kotor giler..bile ntah aku nak mandikan dia..sian die..esok la kot aku mandikan die..sekarang ni selalu hujan..so kalau korang nak pi mana2, sila sediakan payung sebelum hujan..
dan payung samurai di bawah ini sangat cool siot! aku mahu memilikinya!!!!
>

08 Julai 2010

video hari ini!

aku memang suka buli budak kecik..tapi aku xdapat nak kenekan budak kecik macam video ini..jahat siot akak tu..

layan..

hahaha!

07 Julai 2010

layar-layar internet..

melayari internet dan terjumpa sesuatu di bawah ini..

Apparently if you concentrate on the center text (focus, don’t blur your vision!), and if you’re loved, hearts will skip a beat and disappear! Check it out, it works like a charm. Another side effect is that the missing rotating heart will turn blue.


30 Jun 2010

NOKIA BARU..

ye....aku dah ada telefon bombit baru..jenama nokia, siri 2330 kot..klasik! pakai yang klasik dulu..ada duit esok boleh la beli yang canggih dan mapan!

tapi aku mula terasa susah..ada banyak nombor yang aku rasa susah aku nak dapat balik..terutama geng2 sekolah, matrik, uni..tang yang keje tu, mana2 aku jumpa trus aku minta no hp..semalam aku merayau2 kat bangunan ni untuk dapatkan no telefon..sambil2 jenguk & ziarah geng2 dalam bangunan nih..

jadi, pembaca dan rakan2 sekalian, sila sms saya nombor anda..untuk saya simpan dalam hp klasik ini..(ak masih pakai nombor lama.. 012-7**2**9)


lama dah aku tak menulis kt blog nih..

18 Jun 2010

NOKIA N81 AKU HILANG..

ya..telefon aku hilang..nombor tu aku pakai sejak 9tahun dulu..hp tu aku pakai sejak 2 tahun dulu..hp pertama aku beli dengan duit sendiri..

maka aku kehilangan semua nombor yang ada dalam tu..dan aku masih belum memiliki hp ketika ini..

nokia n81 aku hilang..

27 Mei 2010

betul..memang sukar untuk mengungkapkannya..

aku baru lepas baca blog echa
pasal kodok dia yang dilanggar oleh seorang makcik pada 14 mei yg lalu
kesian kodok dia cedera
sudah berparut di bontot
tapi yang aku sesalkan
dan aku setuju dengan echa yang bengang
kenapa ramai homo sapiens yang susah nak ucap
"minta maaf"
bila sedar dia melalukan kesilapan
yang melukakan hati orang lain
mahupun kodok orang lain..

tapi..
aku rasa aku juga ada masalah
sukar mengungkapkan sesuatu
.
..
...
saya cintakan awk..?
.
..
...
saya tidak boleh terima awak..?
.
..
..
saya rasa hubungan kita berakhir di sini..?
.
..
...
atau
.
..
...
''err..minta maaf Dato Pengerusi..saya terkentut kuat pulak, tak sangka pula busuk macam ni..nanti sya ambilkan air-freshner ye..minta maaf semua.."



Tanda oleh Cik Cherrie

alkisah tersebutlah kisah..
depa ni main tag-tag..aku ingat apa la
dah tiga pat blog aku baca baru aku paham..
mungkin aku semakin lembab
dan blur
dan bingung
dan tidak stabiL
dan kronik

K.R.O.N.I.K..!

aku telah ditanda oleh cik cher dreamy, blurry, sweety

macam inilah permainannya
(disebabkan aku malas nak terjemahkannya dalam bahasa Melayu, jadi aku salin dan tampal "the RULES")

The RULES :
i)select the 8th photo on your facebook profile
ii)post it along with the story about the photo


haaa..inilah gambar ke-8 dalam profil mukabuku aku..
kisahnya?
ni masa raya tahun lepas..
brader sebelah aku tu namanya Iman..(eh, apa nama penuh die ek??)
dia ni kira akak ipar aku punya anak..maknanya anak abang aku la kan..
(maknanya anak buah aku eh..?)

masa ni kiteorang dalam satu pasukan perang..
sedang menentang musuh2 di sekeliling rumah yang tidak pernah berputus asa berjuang saban tahun tatkala orang2 kg kt masjid sedang bertakbir..

ini antara senjata yg kami gunakan :

brader Iman ni sangat ganas..
kerana dia tidak pernah berputus asa menyuruh bapaknya melepaskan tembakan demi tembakan..lalu disambung oleh aku pulak..dan kami bergilir2 memasang peluru sambil disuruh oleh brader Iman yang otai ini..
Dia sungguh gembira apabila letupan kiteorang lebih hebat dari oarng sebelah, orang belakang, mahupun orang depan!!
.
..
...
dia memang otai
sehingga sanggup membuli bapaknya dan pak usunya sehingga kepenatan..
.
..
...
lalu atoknya mengeluarkan arahan yang lebih ganas,

"HAA..DAH LA TU..BAWAK2LA PERGI MASJID BERTAKBIR..."
sekian..

24 Mei 2010

kehilangan~

aku keHILANGan sesuatu..

17 Mei 2010

nak makan..

aku teringin nak makan ini..


cicah dengan ini


sedapnya wehh...

11 Mei 2010

aset?!

dari semalam aku hadir kursus aset..sambung hari ini sehingga ke hari esok..banyak yang menarik rupanya kursus ini! ~enjin jet, kapal selam, bom c4 meletup kat orang, bangunan matrade, lanskap putrajaya, laptop cikgu-cikgu sekolah, kdnk negara, jumlah hutang kerajaan..eh banyak lagi la yang menarik untuk diingati..
.
..
.. .
yang lain-lain ada la juga belajar arahan, pekeliling, kew PA..eh, apa lg ntah..tak ingat plak! macam tak berapa menarik..

10 Mei 2010

ni belum raya lagi ni..

AKU BAYAR TOL TANPA BERHUTANG DAN SECARA


BUKAN
UNTUK
MENEMPUH


KESESAKAN..

27 April 2010

aku setuju dgn Isteri Perdana Menteri..!!

Mencemar sungai perbuatan khianat – Isteri Perdana Menteri

27/04/2010 2:56pm

KUALA LUMPUR 27 April – Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menganggap perbuatan mencemar sungai sebagai perbuatan khianat terhadap amanah dan anugerah tuhan serta mencabuli hak generasi akan datang.

Ini kerana mereka yang melakukan pencemaran tersebut tidak sedikit pun mempunyai perasaan bertimbang rasa dan prihatin tentang masalah yang terpaksa ditanggung oleh orang lain akibat perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab itu, katanya ketika melancarkan Kelab Briged Penyelamat Sungai kali ke-24 di Universiti Pertanian Malaysia dekat sini hari ini.

"Jika kita meluangkan sedikit masa untuk mengkaji fenomena alam yang sedang berlaku kini seperti penipisan ozon, pemanasan global dan sebagainya, kita akan mendapati bahawa ia berpunca dari sikap dan perbuatan manusia sendiri.

"Sebagai khalifah di muka bumi ini, manusia telah diamanahkan oleh Allah SWT untuk memelihara dan menjaga kesejahteraan bumi berserta segala isi kandungannya,” kata Rosmah.

Beliau menyeru semua rakyat Malaysia supaya melaksanakan perubahan minda bagi menyemai sikap untuk lebih peka kepada keadaan alam sekitar. – Bernama

22 April 2010

GILA BABI~

Pensel dalam kemaluan mangsa rogol
Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@bharian.com.my
2010/04/22

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua sebuah sekolah di Rawang yang dirogol rakan sekelasnya dalam bilik darjah, minggu lalu, bukan saja disahkan sudah mengandung sebulan, malah sebatang pensel sepanjang empat sentimeter turut ditemui dalam kemaluannya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan, berkata berdasarkan hasil laporan pemeriksaan hospital yang diterima semalam, polis percaya mangsa sudah lama dijadikan bahan pemuas nafsu beberapa pelajar serta didera sewaktu diperkosa.
.
.
.
NAK TAHU LAGI? BACA KAT SINI..

http://www.bharian.com.my/articles/Penseldalamkemaluanmangsarogol/Article/

21 April 2010

ikhlas~

ihklas ke aku buat kerja selama ini..?
pesan guru aku.. "Ikhlas adalah rahsia SEGALA rahsia..."

20 April 2010

meja yang bekerja..

motivasi aku untuk bekerja semakin merudum jauh terjelupuk di celah2 jari telunjuk kaki aku..kerja banyak..ye la memang bagus ada kerja..dulu memang aku merungut pasal aku xde keje..la ni aku bukan merungut pasal aku byk keje tapi pasal tempat keje aku yang sangat tidak kondusif!!


..bilik aku ini dikongsi 3 orang..bilik yg patutnya bersaiz untuk sorang je nih..so disebabkan campak 3org kat sini maka mejanya dikecilkan saiz..rak buku/fail xde..ada satu rak gantung baju/drawer tapi dah jahanam dan dah dekat 9 bulan aku mintak ganti xdpt2! mana aku nak letak semua buku2 aku dan fail2 rujukan aku...? campak je longgok2 atas almari tu..ok, kalau korang datang bilik aku, sila berdiri pasal tidak ada tempat duduk untuk anda duduk!! ada paham bape tak kondusifnya bilik aku?? belum lagi wayar yang berselirat terjulur sana sini..kamon la..after pasang pape equipment, ko trus la setup kasik cantik wayar/kabel tu.hadoii la..laci untuk aku simpan bape barang pun xde..maknanya semua kena letak atas meja aku ni! segala mala!

bukan aku saja..KPSU aku pun kesian..sharing bilik dengan 3 orang PSU..kesian die ok! bilik yang untuk 2 orang sebenarnya, skarang dah jadi 4 orang,,dia dah la KPSU..xde privacy plak dia..kesian aku ngk..ada lg satu bilik 2 orang pun skang dah sumbat 4org..bilik kt belakang aku..

..printer? aku perlu berjalan 30 saat untuk aku sampai ke printer aku..dan printer yang 1 ni dikongsi untuk 20 orang pegawai/staff..!! dan printer ni xde specil tray untuk prit letter head/ memo kertas kaler atau kertas putih! jadi setiap kali nk print, aku kene roger someone, berdekatan untuk tolong masukkan kertas mana yg aku nk guna..dan mesin printer ni tidak kelihatan dari bilik aku, Jadi aku kene telefon orang2 berdekatan! haa..macam tu la kan..bile ak tekan print je, tetibe daripada 20 ORANG tu dah tekan print dulu..jadi?? buat lagi..tetibe ada orang print la..camne ko nak control 20 orang yang ada dalam bilik berbeza? maybe kene pakai sound system Pioneer 7500 Watt macam kat umah aku tu kot untuk buat annoncemt: "sila jangan print!! saya nk print duluuu..!!"

bilik aku depan library aka pintu masuk sektor ni..pintumasuk ni macam biasa ada security system..nak keluar masok kene touch kad..dan kalau korang tak tutup, maka pintu ni akan menjerit mintak tolong..selama-lamanya! alaa, pintu tmepat korang pun camtu kan?! so, katakanlah dalam masa 1 jam ni, ada 8 mamat yang tak tutup pintu dengan betul, makan enchek arep atau rakan sebilik beliau kene pergi tutup! kalau sejam xde yg tutop sejam la die menyalak pintu tu! security guard? ada lepak kt bawah tu bc metro..inilah salah satu sistem keselamatan yang aku rasa perlu ditambah rajin!

..lampu? haa..lampu kat sini sepatutnya dilengkapi motion sensor..means bile xde orang dalam bilik, plup dia padam! tapi ntah apa jadi ngan sensor satu bangunan ni pun ak xtau..so sebagai langakah menjimatkan tenaga, lampu selruh bangunan akan dipadamkan menjelang 7mlm..kdg 7.30..kdg2 8..kdg..ikut sukala!! so kalau nak extend lampu kene bgtahu awal senelum aboh waktu pejabat..pasal kalau tetibe ko dalam meeting yg stat kul 5.30 pastu tak abih2..tetibe kul 7 lampu padam! pastu ko kol security dan minta extend maka macam2 keluhan yang ko dgr..susah kot nk swicth on lampu tu..ada banyak password n procuder agaknya..apa yang smart building?moton sensor?

air cond..haa..kejap2 sejuk giler..jarang2 panas..sejuk la kot kalau kt bghn luar cermin bleh berwap?? bukan ke bangunan canggih ni ada tep sensor n stbilixe..means akan kekeal suhu la tak sejuk sgt..


banyak lagi mende2 yang aku nak sebut..tp jadik sakit hati plak..kalau korang rasa bende ni remeh, lantak la..aduan telah dibuat, permohonan telah dihntar.takkan nk sampai kt uncle karam plak..ntah la..

pada aku, ini semua perkara yang semakin aku bosa. Masa aku kt sharp dulu, even meja aku kecik, work station R&D ak sarat dengan barang n equipment tp semua dalam keadaan kemas. Mesin fotostat with scanner n emel..ada tray untuk used paper, letter head, & kertas putih..with a single click from ur pc..

aih, rindunya aku kt SHARP dan tv dan ofis aku dulu..eh, ke sebab aku ni ngah kemarok nak beli LCD tv?? hahaha!

chow bebeh!

18 April 2010

hari ahad..

aktiviti rutin aku pada hari ahad adalah melayan DVD kat rumah..tapi rasa dah tak best dah sekarang bila tv rumah telah bertukar jd 14"..tak puas! nak cari DVD baru pun macam xde makna..nak kena beli tv baru dulu! tapi duit tengah kering plak..claim pun tak masok lg..kalau claim masuk adakah aku akan beli LCD?? alang2 beli aku mahu 37" atau 42"..baru mariiiii~~ ahahaha!

tapi..kelmarin tipon aku kopak lg..tampal pakai solotape je la..membuat nafsu aku membeli tipon baru juga melonjak..tahap testeron aku kpd i-phone tetibe mendadak naik..adoyai..apetah lg aku pi teman si bdk opis aku beli hp tu plak..adoyai..cmne nih!!

malam tadi plak ngk sport rim baru jac jac! waaawweeeee..!! mengingtkan aku kepada rim aku yang juga dah bengkok akibat melanggar lobang..adehhh..~~adakah aku akan menukar tangan dan kaki jkj??

kalau zahirie baca ni..dia akan kata..ini semua DONIAAAAAAA...~~


14 April 2010

siaran tergendala..

aku rasa aku makin meluat tengok iklan kat tv sekarang
paling banyak iklan pasal barang2 perempuan la
syampu, lipstik, bedak itu ini, mascara, dan paling top iklan tuala perempuan
aku menyampah sebab iklan tu awek kebanyakannya lawa2
tapi suara semua dah tak original
suara macam itik tergedik2 balik kampung
kalau iklan pasal sabun basuh plak lagi la..
mesti aku rasa macam bodo je..
adoyai..
.
..
...
aku menyampah!
.
..
...
(mungkin sebab tv rumah aku dah bertukar saiz menjadi 14' kot....haha!)

09 April 2010

jenguk

lama dah aku tak jenguk ilham badai
barangkali aku sibuk dengan urusan dunia yang lain
barangkali aku ketandusan ilham
barangkali aku membawa diri ke dunia yang lain
barangkali hatiku dilanda badai
barangkali..barangkali..barangkali!

01 April 2010

april

FOOOOOOLLLL..!

sangat serabot hari ini..keje memang banyak..
orang mengeluh bila kerja banyak

tak menang tangan?
tak payah la aku nk berlawan tanagn kanan dan tangan kiri..jadi tiada tangan yang menang..biar tangan aku kerja sama-sama lebih baik! tidaklah wujud "tak menang tangan"..

tak terkejar?
tak payah kejar..buat penat berlari berkejaran..duduk je kt depan pc..emel atayu telefon sape2 kalau perlukan maklumat..jangan kejar..

tak cukup tangan?
dah tu..takkan nak tangan banyak macam dewa kt kuil hindu..kita manusia, cukuplah dua tangan..sebelah kanan leh catit minit atas meja..tangan kiri lak leh sexting kt bawah meja..haha!

tak cukup masa?
iskh..memang tak cukup pun..manusia memang tak pernah puas dengan apa yang kita ada..termasuklah masa..dah tu? syukurlah dengan nafas yang ada..

tengah aku serabut2 buat keje ni sesiapa yang kenakan aku, pasti aku terkena punyalah..ahaha! time ni kalau kena panggilan hangit ke, panggilan ba-chen ke semua ak terkena..confim!!
.
..
...
dan aku memang dah terkena!!

siot!

30 Mac 2010

kerinduan

emosi aku benar-benar tidak stabil pada masa ini...

24 Mac 2010

3R cultural Environmental Cartoons From Japan!

Ahad lepas tetiba aku terbangun awal..dalam kul 10pg aku bangun tido..kira awal la tu kot..haha! Masa tengah mamai2, sambil merenung masa depan, dan mengesat taik mata, tiba2 terlintas dalam kepala minda lestari aku ni untuk pergi jusco cheras selatan! ada program yg Lestari, UKM anjurkan:


maklumlah..aku ni kat menuju ke arah masyarakat yang cintakan alam sekitar.. :)

Memula aku nk layan forum pg2 tu..tgk kat jadual dr jam 10.30 pg sampai 12 tgh..so aku cepat2 bersiap & rempit gi Jusco sebab takut terlepas forum..n aku sempat layan Alam Flora + Lestari UKM nyer presentataion. Tapi yang lebih menarik minat aku adalah lukisan kartun oleh High Moon (nama pena pelukis tu). Aku rasa pelukis ni akademia sgt2..genius! intelek! superb! satu lukisan dia memang berjaya buat aku termenung..fikirkan pasal pencemaran di sebalik kewujudan iphone, bb, psp etc..layan lukisan dia kat bawah ni..










haa..phrase atas ni yang paling best!

memang meriah & dapat sambutan ramai program ni..ada banyak aktiviti yg dilakukan..Tahniah buat Lestari UKM + Dr Elfith yang invite aku..
.
"Cintai Alam Sekiar, & Hargai Air"
paling senang korang leh lakukan =
KURANGKAN PENGGUNAAN BEG PLASTIK..+
TUTUP AIR PAIP TU MASA KORANG GOSOK GIGI!
...
..
.
High Moon mengingatkan ilham badai pada Dato' Lat..

21 Mac 2010

lelaki perlu punya tulang belakang!

bila aku marah..aku ni suka berdiam diri..dan biar je aku lepak kat tepi longkang tu sorang-sorang..tak payah nak datang dan minta maaf ngan aku..aku okey..kalau aku cakap aku okay tu maknanya aku dalam proses nak menstabilkan diri..dalam tempoh ni sebarang perkataan yang masuk dalam telinga aku melalui percakapan mahunpun masuk ikut mata aku melalui sms, tidak aku pedulikan..sebab semua tu akan merosakkan proses penstabilan emosi dan perasaan dalam otak aku..

ye..di sebalik celah-celah otak kanan dan otak kiri aku..juga tersembunyi di kiri medula oblongata dalam kepala otak aku ni adalah perkataan "LELAKI"..bagi aku lelaki itu perlu berdiri sendiri..lelaki perlu punya tulang belakang sendiri..macam mana lelaki nak berdiri lurus kalau hanya bersandar pada orang lain?? tak guna la kau jadi lelaki kalau apa yang ko miliki tu bukan dari usaha kau..bukan dari tanggungjawab kau..bukan juga hasil bebanan yang kau pikul..tapi ko bergantung pada orang lain..bile orang lain itu hilang..ko langlai tanpa tujuan dan arah..melepek sahaja di tepi longkang dan tilam busuk itu..berdiri pun kau tak mampu..itu bukan LELAKI..!!

biar kau tiada ferrari..biar la kau takde chopard..takde mount blanc pun takpe..asalkan kau ada kaki sendiri untuk kau berjalan..ada masa untuk jalankan tanggunjawab kau..ada pensel untuk catatan hidup kau..biar kau tahu..tulis sebanyak2 apa kesalahan kau..supaya senang ko nak muhasabah diri nanti..takut terlupa..biarpn catatan kau tidak sehebat malaikat di kiri kanan bahu engkau..takpe!

dan aku..akan sentiasa kuatkan tulang belakang aku..hiarghhhh...!!!



18 Mac 2010

lihat dan pandang

bunga semakin layu..
dan terus melayu..

16 Mac 2010

peace!

seronok bekerja hari ni..!

12 Mac 2010

aku juga ada berbuat salah..

aku juga ada berbuat salah..
aku minta maaf pada semua
.
..
...
benar,
aku minta maaf..

11 Mac 2010

percaya

"betul ke sebenarnya kau memang buat perkara tu?"
.
..

"Kalau kau percaya kat aku, kau takkan tanya soalan tu kat aku.."

08 Mac 2010

memisahkan..

aku tak pernah terfikir pun perkara ini akan berlaku. aku rasa ni la pertama kali berlaku. sebab sebelum ni kalau aku menuju sesuatu, nawaitu aku dah aku tetapkan seawal detik randik itu bermula..tapi kali ini ia berbeza..ini tidak disangka..randik yg berdetik itu seakan berputar laju..tapi kadang perlahan..dan memaksa aku mengikut rentak itu pula..korban segala, demi randik yg telah lama berada di sisi aku..sedar dalam angan, aku telah dihanyutkan..oleh masa dan perasaan..lalu aku menjadi parah..
.
..
...
di mana sempadan yang memisahkan lautan
dengan ombak dan badai
dengan pasir dan pantai..

aku pun tak nampak
tp ia memang ada!

.
..
...
di mana sempadan yang memisahkan cinta
dengan hati dan perasaan
dengan magis dan keajaiban

aku pun tak tahu
tp ia memang wujud!

.
..
...
aku merasai kewujudannya..






perbezaan

kadangkala menjadi halangan
kadangkala menjadi perbalahan
kadangkala menjadi ukuran
kadangkala menjadi harapan
kadangkala menjadi sandaran
kadangkala menjadi perdebatan
.
..
...
kadangkala menjadi harapan dan pelengkap, untuk sempurnakan hidup orang lain..

07 Mac 2010

kehilangan

aih..aku tetap rasa semacam yang pelik dan lain macam bila aku ternengok gambar-gambar orang yang aku pernah suka dan jatuh hati dulu yang telah mereject aku atau meninggalkan aku lalu bercouple. bertunang, berkawen, beranak, berpinak..

ahahaha!

satu dEmi satu
hati yang punya tempat daLam hati
meninggaLkan tempat itu
membiArkan hati itu kosong
sendiri
sunyi..

hati yang mEninggaLkan
menemui hati yang Lain
membiarkan hati yAng ditinggalkan
sendiri
sunyi..

menatap hati itu gembira
meratap hati ini duka
sendiri
sunyi..

A.D.I.O.S

05 Mac 2010

SPS

Sesi Perancangan Strategik
Royale Bintang Hotel, Seremban
4-6 Mac 2010


SPS bermula..


SPS dah tamat..



muar ada mee dan mur

rabu ada mesyuarat di muar
selasa 8mlm bertolak dari putrajaya
tak berhenti mana2 sebab nak makan :


mee bandung muar yg sangat sedap

3/4 meja mesyuarat esoknya pula dipenuhi santapan



lepas mesyuarat 930pg - 600ptg
singgah jap pekena :

murtabak singapore yang besar bagak

sekeping makan 4 orang


dah habis? balik putrajaya la..tunggu apa lagi..

terus packing barang untuk menuju ke seremban pula

03 Mac 2010

antara


bila tersalah langkahnya
bila terpesong kiblatnya
bila terganggu tafsirannya
bila gulana hatinya

kelirulah dia

antara

nasihat dan umpat
kutuk dan puji
halus dan kasar
cantik dan buruk
salah dan benar

bertenanglah

bagi minda kamu rehat dahulu
dan keluar dari rimba kekalutan

maka

kamu boleh berfikir dengan lebih baik
menilai antara "antara" itu tadi..

27 Februari 2010

Tahniah Fara & Syam

dua puluh ratus tahniah
buat pasangan
Fara & Syam
.
..
...
dengan sekali lafaz!
.
..
...
semoga berbahagia bersama
hingga ke akhir hayat.
.
..
...
bila turn aku plak agaknya nih..

25 Februari 2010

ke langkawi lagi..

semalam
akhirnya aku ke langkawi lagi..
jejak di pulau jam 9pg..
sarapan
mesyuarat jam 10.00pg
kemudian berlari2
bot ke kuala perlis jam 1230tgh
hanya beberapa ketika di langkawi
.
.
..
masih tidak memuaskan hati..
aku akan kembali lagi!
.
..
...
aku sangat penat!

22 Februari 2010

layan..

merantau warrior
i love you beth cooper
pelham123
fame
2012
layan sekali gus
sampai pening bila nk bangun dr sofa empuk itu


19 Februari 2010

air oh air lagi lagi

panas kan hari ini..
empangan pun susut airnya
berita pun dah siarkan..
.
..
...
petang ni nk mengadap MKN
krisis bekalan air bakal melanda??
.
..
...
ingat tak suatu ketika dulu
bila kemarau, air bekas lombong, tasik, parit, sungai
ceruk mana ada air kita guna.
.
..
...
bayangkan pula hari esok
bila kemarau berulang..malah lebih teruk
kita cari semula ceruk mana yang ada air
.
..
cuma

bekas lombong dah jadi tempat buang sampah haram
tasik dah kena tuba
parit penuh dengan plastik..sisa makanan
sungai penuh dengan toksik, dan segala macam racun
.
..
...
mana nak cari air??
.
.
..
pergi tesco beli!

18 Februari 2010

emel oh emel

semasa cuti 2 hari sempena Tahun Baharu Cina
air cond kat bilik server rosak
server overheat
server down
emel tak berfungsi!
.
..
...
akibatnya..
...
..
.
setelah bekerja 2 hari selepas Tahun Baharu Cina
perasaan aku dah mula rosak
hati panas membara overheat
tension dan down
emel dan otak tidak berfungsi!

17 Februari 2010

maknanya?

aku akan gegarkan penduduk muar pada 27 Mac
dan kemudian membuat havoc di Bentung pada 6 April
.
..
...
bermakna?
.
..
...
maknanya banyak la kerja aku cik kak oii..

11 Februari 2010

kehidupan malam terjejas...

isnin..punch out 1030mlm
selasa..punch out 12.18pg
rabu..punch out..1000mlm
.
..
...
khamis?
.
.
.
jumaat?
.
.
..
kehidupan malam terjejas kini
.
.
.
SSR
SKT
SPS
KRA
NKRA
MKRA
SSPII
RMKe-9
RMKe-10
LRAL2
PPAMPS
MTN
MKN
MNKT
MSAN
e-Filing
MS ISO
IWA YWP
HAS
KPI
.
.
.
mac nanti
parlimen kembali ceria pula..

09 Februari 2010

destinasi

angkara sebuah warkah
untuk seorang bernama bos
aku dimomok supaya melahirkan blog
.
..
...
masa tu aku tak sangka pun warkah itu begitu menjadi sebutan
sampai orang telefon
sampai orang sms
dan menjadi sembang di kenduri kahwin?!
.
..
...
ahaha! :)
.
..
...
dan warkah itu menyusul lagi sekali!
.
..
...
diikuti kisah aku mengejar peragut
dan
kisah tandas cangkung dan tandas duduk!
.
..
...
semua itu cerita berbeza dengan tujuan berbeza
.
..
...
ilham badai telah lahir
rentak dahulu dan kini juga semakin berbeza
.
..
...
ke mana destinasinya?
.
..
...
layan lagu OAG!

..kat bilik air tingkat 66, KLCC..
terkangkang-kangkang amik wudu' kt singki...
pastu lap balik..