Mencemar sungai perbuatan khianat – Isteri Perdana Menteri
27/04/2010 2:56pm
KUALA LUMPUR 27 April – Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menganggap perbuatan mencemar sungai sebagai perbuatan khianat terhadap amanah dan anugerah tuhan serta mencabuli hak generasi akan datang.
Ini kerana mereka yang melakukan pencemaran tersebut tidak sedikit pun mempunyai perasaan bertimbang rasa dan prihatin tentang masalah yang terpaksa ditanggung oleh orang lain akibat perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab itu, katanya ketika melancarkan Kelab Briged Penyelamat Sungai kali ke-24 di Universiti Pertanian Malaysia dekat sini hari ini.
"Jika kita meluangkan sedikit masa untuk mengkaji fenomena alam yang sedang berlaku kini seperti penipisan ozon, pemanasan global dan sebagainya, kita akan mendapati bahawa ia berpunca dari sikap dan perbuatan manusia sendiri.
"Sebagai khalifah di muka bumi ini, manusia telah diamanahkan oleh Allah SWT untuk memelihara dan menjaga kesejahteraan bumi berserta segala isi kandungannya,” kata Rosmah.
Beliau menyeru semua rakyat Malaysia supaya melaksanakan perubahan minda bagi menyemai sikap untuk lebih peka kepada keadaan alam sekitar. – Bernama
5 ulasan:
sekarang ni mimun mineral water saja..air walaupun ditapis sangat teruk juga...
Arep..ko yang tulis teks ucapan ke? Hehehehe
rulza - haa..tu la..esok2 kita mandi pun pakai air mineral gak! best wooo..
Mommy Delta - haha! jeng jeng jengggg~~
macam ang wat CalCulation dulu...mahai ooo pakai mineral water nak wat semua tu....
Catat Ulasan