30 Mac 2010

kerinduan

emosi aku benar-benar tidak stabil pada masa ini...

24 Mac 2010

3R cultural Environmental Cartoons From Japan!

Ahad lepas tetiba aku terbangun awal..dalam kul 10pg aku bangun tido..kira awal la tu kot..haha! Masa tengah mamai2, sambil merenung masa depan, dan mengesat taik mata, tiba2 terlintas dalam kepala minda lestari aku ni untuk pergi jusco cheras selatan! ada program yg Lestari, UKM anjurkan:


maklumlah..aku ni kat menuju ke arah masyarakat yang cintakan alam sekitar.. :)

Memula aku nk layan forum pg2 tu..tgk kat jadual dr jam 10.30 pg sampai 12 tgh..so aku cepat2 bersiap & rempit gi Jusco sebab takut terlepas forum..n aku sempat layan Alam Flora + Lestari UKM nyer presentataion. Tapi yang lebih menarik minat aku adalah lukisan kartun oleh High Moon (nama pena pelukis tu). Aku rasa pelukis ni akademia sgt2..genius! intelek! superb! satu lukisan dia memang berjaya buat aku termenung..fikirkan pasal pencemaran di sebalik kewujudan iphone, bb, psp etc..layan lukisan dia kat bawah ni..










haa..phrase atas ni yang paling best!

memang meriah & dapat sambutan ramai program ni..ada banyak aktiviti yg dilakukan..Tahniah buat Lestari UKM + Dr Elfith yang invite aku..
.
"Cintai Alam Sekiar, & Hargai Air"
paling senang korang leh lakukan =
KURANGKAN PENGGUNAAN BEG PLASTIK..+
TUTUP AIR PAIP TU MASA KORANG GOSOK GIGI!
...
..
.
High Moon mengingatkan ilham badai pada Dato' Lat..

21 Mac 2010

lelaki perlu punya tulang belakang!

bila aku marah..aku ni suka berdiam diri..dan biar je aku lepak kat tepi longkang tu sorang-sorang..tak payah nak datang dan minta maaf ngan aku..aku okey..kalau aku cakap aku okay tu maknanya aku dalam proses nak menstabilkan diri..dalam tempoh ni sebarang perkataan yang masuk dalam telinga aku melalui percakapan mahunpun masuk ikut mata aku melalui sms, tidak aku pedulikan..sebab semua tu akan merosakkan proses penstabilan emosi dan perasaan dalam otak aku..

ye..di sebalik celah-celah otak kanan dan otak kiri aku..juga tersembunyi di kiri medula oblongata dalam kepala otak aku ni adalah perkataan "LELAKI"..bagi aku lelaki itu perlu berdiri sendiri..lelaki perlu punya tulang belakang sendiri..macam mana lelaki nak berdiri lurus kalau hanya bersandar pada orang lain?? tak guna la kau jadi lelaki kalau apa yang ko miliki tu bukan dari usaha kau..bukan dari tanggungjawab kau..bukan juga hasil bebanan yang kau pikul..tapi ko bergantung pada orang lain..bile orang lain itu hilang..ko langlai tanpa tujuan dan arah..melepek sahaja di tepi longkang dan tilam busuk itu..berdiri pun kau tak mampu..itu bukan LELAKI..!!

biar kau tiada ferrari..biar la kau takde chopard..takde mount blanc pun takpe..asalkan kau ada kaki sendiri untuk kau berjalan..ada masa untuk jalankan tanggunjawab kau..ada pensel untuk catatan hidup kau..biar kau tahu..tulis sebanyak2 apa kesalahan kau..supaya senang ko nak muhasabah diri nanti..takut terlupa..biarpn catatan kau tidak sehebat malaikat di kiri kanan bahu engkau..takpe!

dan aku..akan sentiasa kuatkan tulang belakang aku..hiarghhhh...!!!



18 Mac 2010

lihat dan pandang

bunga semakin layu..
dan terus melayu..

16 Mac 2010

peace!

seronok bekerja hari ni..!

12 Mac 2010

aku juga ada berbuat salah..

aku juga ada berbuat salah..
aku minta maaf pada semua
.
..
...
benar,
aku minta maaf..

11 Mac 2010

percaya

"betul ke sebenarnya kau memang buat perkara tu?"
.
..

"Kalau kau percaya kat aku, kau takkan tanya soalan tu kat aku.."

08 Mac 2010

memisahkan..

aku tak pernah terfikir pun perkara ini akan berlaku. aku rasa ni la pertama kali berlaku. sebab sebelum ni kalau aku menuju sesuatu, nawaitu aku dah aku tetapkan seawal detik randik itu bermula..tapi kali ini ia berbeza..ini tidak disangka..randik yg berdetik itu seakan berputar laju..tapi kadang perlahan..dan memaksa aku mengikut rentak itu pula..korban segala, demi randik yg telah lama berada di sisi aku..sedar dalam angan, aku telah dihanyutkan..oleh masa dan perasaan..lalu aku menjadi parah..
.
..
...
di mana sempadan yang memisahkan lautan
dengan ombak dan badai
dengan pasir dan pantai..

aku pun tak nampak
tp ia memang ada!

.
..
...
di mana sempadan yang memisahkan cinta
dengan hati dan perasaan
dengan magis dan keajaiban

aku pun tak tahu
tp ia memang wujud!

.
..
...
aku merasai kewujudannya..






perbezaan

kadangkala menjadi halangan
kadangkala menjadi perbalahan
kadangkala menjadi ukuran
kadangkala menjadi harapan
kadangkala menjadi sandaran
kadangkala menjadi perdebatan
.
..
...
kadangkala menjadi harapan dan pelengkap, untuk sempurnakan hidup orang lain..

07 Mac 2010

kehilangan

aih..aku tetap rasa semacam yang pelik dan lain macam bila aku ternengok gambar-gambar orang yang aku pernah suka dan jatuh hati dulu yang telah mereject aku atau meninggalkan aku lalu bercouple. bertunang, berkawen, beranak, berpinak..

ahahaha!

satu dEmi satu
hati yang punya tempat daLam hati
meninggaLkan tempat itu
membiArkan hati itu kosong
sendiri
sunyi..

hati yang mEninggaLkan
menemui hati yang Lain
membiarkan hati yAng ditinggalkan
sendiri
sunyi..

menatap hati itu gembira
meratap hati ini duka
sendiri
sunyi..

A.D.I.O.S

05 Mac 2010

SPS

Sesi Perancangan Strategik
Royale Bintang Hotel, Seremban
4-6 Mac 2010


SPS bermula..


SPS dah tamat..



muar ada mee dan mur

rabu ada mesyuarat di muar
selasa 8mlm bertolak dari putrajaya
tak berhenti mana2 sebab nak makan :


mee bandung muar yg sangat sedap

3/4 meja mesyuarat esoknya pula dipenuhi santapan



lepas mesyuarat 930pg - 600ptg
singgah jap pekena :

murtabak singapore yang besar bagak

sekeping makan 4 orang


dah habis? balik putrajaya la..tunggu apa lagi..

terus packing barang untuk menuju ke seremban pula

03 Mac 2010

antara


bila tersalah langkahnya
bila terpesong kiblatnya
bila terganggu tafsirannya
bila gulana hatinya

kelirulah dia

antara

nasihat dan umpat
kutuk dan puji
halus dan kasar
cantik dan buruk
salah dan benar

bertenanglah

bagi minda kamu rehat dahulu
dan keluar dari rimba kekalutan

maka

kamu boleh berfikir dengan lebih baik
menilai antara "antara" itu tadi..