27 Oktober 2010

cukuplah tu..

aku ni bukan rajin sangat
pasal setiap hari waktu kerja aku akan ada masa bermalas termasuk malas bangun tidur

aku ni bukan pandai sangat
pasal setiap hari aku akan terpaksa merujuk kepada orang lain perkara yang aku tidak tahu berkaitan kerja..dan perempuan..

aku ni bukan cekap sangat
pasal setiap bulan aku ada minit mseyuarat yang aku tak setelkan termasuk mesyuarat yang pendek je pun

aku ni bukan terrer sangat
pasal setiap masa aku ada salah yang aku buat dan perlu aku perbetulkan

tapi..

aku tak faham betul la perangai korang ni..
kerja kat sini dah lebih setahun pun ada
tak reti-reti nak belajar apa yang korang kerjakan setiap hari
korang kata banyak keje tapi belum masa balik korang dah kemas siap nak balik
korang pandai masuk mesyuarat tapi tak tahu apa yang dibincang dalam mesyuarat
pastu dok main hp dan korek hidung je ke?
kamon la..
asal aku tanye je korang jawab
"saya tak tahu"
"saya tak pasti"
"itu dia yang buat"
"entah lah ye"
tapi mesyuarat tu korang urusetia dan korang yang buat minit!!
dan korang yang edarkan minit..
APE NIH??

shi-al betul laa..

Hentikanlah 
dari terus ambil golongan ini dan hantar kat tempat aku kerja
bikin aku pikir bahawa depa ni la sebab aku tak dapat bonus
.
..
...
cuma dapat sakit hati!

3 ulasan:

Miz Jac berkata...

haaa.. tengok lah Hissshhh sekali lagi.. ha3..

Qila 0126350954 berkata...

x bpe setuju ayat ini ..."Hentikanlah
dari terus ambil golongan ini dan hantar kat tempat aku kerja
bikin aku pikir bahawa depa ni la sebab aku tak dapat bonus"....stop berfikiran mcm org yg x bpe pandai okie.....sila tukar mind set awk tu!!...tq!!!

'arif berkata...

tak berapa setuju..atau tidak setuju dengan ayat itu? papehal pun, mmg banyak perkara yang aku tak bape gemar dengan golongan ini..aku citer kat tempat aku la..tempat korang, aku tak tahu~ aku rasa dieorang semua ni xde hati nak bekerja..masing2 sibuk nak cari kerja tetap kat tempat lain..jadi aku rasa semua tak bekerja dgn sepenuh hati..asal kerja siap pd hari tersebut sudah, esok lusa lupa dah..