27 Disember 2009

vroom vroom..

Perhimpunan Motor Terbesar Johor 2009, Dataran Bandaraya JB, 25-27hb Dis 09. Alang-alang aku dah kat sini, aku pun berjalan kaki je dari hospital ke dataran..dengan harapan melayan deruman ekzos motor ni. Malangnya aku hampa..motor idaman aku ducati, cagiva, aprilla dan seangkatan dengannya (moto tonggek) tak banyak ada. Yang ada byk adalah motor harley davidson, virago, goldwing dan golongan easy-rider bike..

dan aktiviti pun tiada yang menarik..hari pertama aku pergi belum banyak motor. katanya hari kedua baru banyak(sabtu)..jadi aku datang 2 hari la..dengan harapan ada kemunculan moto tonggek yg cun..tapi hari kedua pun aku hanya jumpa hayabusa, kawasaki R1, R6 (yg cun gak), zzr..ducati/cagiva/aprillia tidak muncul.. :( yg tak best depa ni sekadar datang, letak motor kat dataran tu & pulas kasik bising2..aku ingat ada la show wikang ke, willy ke..(ntah eja betul ke tak)..haha! tp penuh dengan manusia lebih separuh abad yang berlaku gaya mcm orang muda..meluat gak aku tengok..

motor+kasut kulit+jeans+bandana+rokok+sarung lengan macam tatu+helmet+boot+rider jacket..tu je la yg banyak..memang la kot, dah namanya pun pameran motor! oh, ye! vespa pun ada! lg chill aku rasa! haha! sepanjang 2 hari aku langsung tak nampak geng-geng motor cub (lbh dikenali sbg mat rempit sejati) yg datang sebagai pengunjung..kalau aku jadi dieorang pun, aku takkan datang kot..kenapa? pasal langsung takde awek beb!! takde willy willy..takde wekang! takde pape! nothing! boring! bosan! haha! memang xde jiwa orang muda yg sukakan sesuatu yg mencabar...bawak motor, letup2 enjin, parking, minum air, stat motor, jalan balik..tu je la..awek pun xde..boring boring..

haa..ada satu yg best! aku dapat jawab soalan & menang hadiah paling hebat! sebuah topi , keledar arc! yeehaa..!! nasib tak menang motor..kalau tak aku mesti dah masuk tv dan jadilah ikon..."SAYA MENANG MOTOR..!!" lalala...



BMW - motor ni sangat bagak! tahap main rally dakar ni..aku rasa kalau cherrie naik kaki tak sampai ni! haha!



ni pula..korang tengok. ni kalau leen leen atau zet zet nk cuba tunggang ni boleh rasanya ni..boleh terlungkup..haha!

haa..ni la motor yang aku teringin nak tunggang ronda2 kat pantai teluk kemang..sambil melayan lagu keindahan pantai..atau di tepi pantai yg indah..eh, apesal gambar ni senget? lantak la..aku malas nk betulkan..

26 Disember 2009

bonda di hospital..

menemani bonda..
hospital Sulatanah Aminah Johor Bahru
.
..
...
cepat sembuh ya bonda
.
..
...
aminn..

23 Disember 2009

ngompol...

ngompol..
ngompol itu kencing malam..
ngompol itu dalam bahasa jawa..
bile ngompol, tilam bau pesing..
pesing itu hancing..
pesing itu dalam bahasa jawa..
.
..
...
kencing malam = bedwetting dalam bahasa inggeris
.
..
...

night urine?!
.
..
..eheh! :)


21 Disember 2009

nak hilangkan ngantuk?

mata ngantuk
kerja banyak lagi ni
macam mana nak hilangkan ngantuk..
minum nescafe..
.
..
...
mata ngantuk..
minum tongkat ali
sambung kerja..
.
..
...
mata ngantuk..
minum redbull
sambung kerja..
.
..
...
eh
.
..
mata ngantuk lagi..
cabut bulu hidung sampai mata berair..
(adeh, pedih siot! ilang ngantok!)
.
..
...
mata ngantuk
rehat layan lagu, baca blog jap..
sambung kerja
.
..
...
mata ngantuk
basuh muka,
sambung kerja..
.
..
...
mata ngantuk
.
..
...
macam mana nak hilangkan rasa mengantuk?
ini cara terbaik..
.
..
...

buka baju

.

..

...

tanggal kain pelekat

.

..

...

boxer tu tak payah la tanggalkan bro..

.

..

...

pasang cd yg paling umph..

.

..

...

volume tu perlahan2 dah la..kang jiran dengar

.

..

...

cari bantal yg paling lembut lg empuk..
.

..

...

letak bantal kt port paling baeekkk!

.

..

...

position body yang paling selesa..

.

..

...

dah?

.

..

...
ok, pejam mata
.

..

...

t
i
d
u
r


16 Disember 2009

sebulan sudah

sebulan sudah
mengejar mimpi yang tidak pasti
arah mana
kanan, belakang, atas, kiri
irama mana
rock, pop, dangdut, asli
muka bumi mana
bukit, gunung, lurah, tebing tinggi
sebulan sudah
.

..

...

Rileks la bro! petang ni kita panjat dinding!
Esok kita tgk perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea!
Malaysia Vs. Vietnam

15 Disember 2009

Yearghhh...!!

1-0..
aku menjerit gembira!
1-1..
ak mula hangin kenapalah bertahan & tak menyerang?? lantas aku masuk bilik, salin jersi malaysia sambil berkain pelekat dan menguatkan suara pioneer teater aku..! Kasik semangat banyak!
2-1..
aku bangun terlompat menjerit2 lagi! yearghh..!!!
3-1..
ini baru bergaya!!



Tahniah Pasukan Bola Sepak Malaysia!!
Malaysia (3) tewaskan Laos (1)
.
mara ke perlawanan akhir bertemu Vietnam!!

seronoknya bekerja!

3 hari tak masuk ofis..gara-gara melepak kat seremban..(nasibla kt seremban tu mcm mini reunion) & thanks to ilmi yg jd host acara muzikal kt sremban parade utk 2 mlm berturut2!! haha! hari ni aku masuk ofis kerja dah menanti..macam biasa la..bahagian yang paling tak suka apabila jam besi warna hitam ellese yg aku beli time sale 70% ni dah tunjuk pukul 6..aku lak ngah senaraikan nama penerima2 emel yg aku nak hantar..
SUBK..SUB..
cc. KSU..TKSU..
attach..file..1..2..3..
.
..
...ok, setel!

.
..
klik hantar dan ia akan menghantar selaju gaban bertukar baju angkasanya!! yeahh!!
.
..
5 saat kemudian, cursor tgn tk gerak2..
.

?

50 saat kemudian masih begitu

aik?
.
..
...
500 saat kemudian..tgn itu masih degil walaupun aku dah hempok tetikus hitam tidak berbulu itu!

.

...
...

lima puluh ratus ribu saat kemudian..ia masih degil!
..
..

.
pegi jahanam!!
.

.


...
tutup lampu!!
.
..
..
BLAH!

13 Disember 2009

Nazar, Abul & Pak Leman Dawi..

sana sini orang kahwin..sabtu 12 hb, ada 4 jemputan tapi aku cuma berjaya pergi dua je, nazar (roomate kt PTPL) dan abul (kerja satu bangunan dgn aku)..lagi dua tak dapat pasal aku rasa terlebih jauh, JB & Perak..walaupun aku teringin sangat nk ke parit buntar!

Majlis Nazar kat muzium Shah Alam..?!! aku ingat dalam muzium..jadi bila sampai je, terkial2 dok jenguk kt dalam muzium tu..tetiba ada orang sambut + jmput ke dewan di area tepi muzium..oo, ada dewan tepi tu..& pengantin baru sampai berarak masuk dengan alunan kompang! bile kompang je aku teringat iklan POTONG! POTONG..!! hahaha!

Nazar yang ganas bertukar menjadik comel semalam! huhu!haa..ngam2 je ko pandang kamera aku time ni..



jadi..sorang lagi budak 44B a.k.a Paracetamol dah kahwin..zahhid, bobo, saiful, nazar, bad..eh? sape lg yg dah selesai..? aku rindu zaman2 kita tong tong duit pi jammn..haha! pastu merungut takde duit nak makan! nak carik lagu nyer pasal..masuk duit 50sen kt peti muzik kedai mamak tu sambil bawak tape recorder! haha! lagu A.Halim yg aku tak tahan tu..

Dari Shah Alam trus pergi jemputan abul lak kat Ampangan N9..tang lawak dia, aku salah masuk kenduri orang lain k! nasib belum keluar kereta! hahaha! dah org tu nama kat signboard dia pun ABUL! fiuhhh..

Lepas kenduri abul, aku pergi cari cendol leman dawi yang popular itu! tapi tinggal cendol biasa je.. :( nak tahu apa special kat cendol leman dawi ni?! Check out pic kt bawah! PERCUMA???



11 Disember 2009

menerobos minda mati aku..

aku baru dapat pegang komputer riba tangan kedua aku ini...
berada di bintang diraja seremban sejak 3 hari yang lalu..
malu di atas pentas itu..
gembira di dalam bilik nyanyian itu..
.
..
...
YAYYYY...!!!

08 Disember 2009

bangun pagi..

malam tadi semasa tengah layan terminator yg cute kt axn, aku terlelap..kononnya nak tgk sambungan minggu lepas supernatural jam 10.00mlm tapi aku terjaga jam 11.05mlm..hari Isnin, memang hari aku tertidur awal kot..
.
Bangun pagi-pagi ni rasa segar sikit..cukup tidur..
.

..

...

sejuk pg ni
.

..

...

sungguh sejuk
.

..

...

betul, aku tak tipu..
.

..

...
aku takut sejuk..
.

..

...


malas mandi!


06 Disember 2009

keluarga yang disayangi..


budak kecil bernama iman yang duduk atas riba mak aku tu selalu bergaduh ngan aku..
.
..
...
pasal aku kata aku lebih hensem dari dia..

25 November 2009

hahaha..hazwan punya kerja!!

salam..
semalam aku chat ngan member dia..aku rasa sedikit sebanyak aku dapat gambarannya..cuma perkara ini macam berulang saja..entahlaa..aku pun tak tahu ke mana bengkang bengkok nya..tapi hala tuju hidup aku memang sentiasa aku tuju..aku sedikit tenang hari ni walaupun semalam aku agak emosi..thank to my dear friends..cik pija, cher & fer..owh~thank cher utk post ko tu.. :)
.
..
...
hari ni JKJ**21 popular! nama beliau masuk dalam emel untuk semua ahli KeTTHA..minta maaf sebab ganggu lalu lintas tingkat bawah ye..
.
..
...
dalam pada emosiku yang tidak stabil & suram ni..tetiba aku terbahak2 gelak!! haha! ni suma angkara si hazwan la ni..! takyah panjang cerita..tengok hasil karya dia kat bawah ni..







siot..! haha! aku rasa gambar terakhir ni paling alien!!


24 November 2009

akur..

hidup mungkin akan kembali seperti biasa
keluarga dan teman rapat sentiasa di sisi...

setia menanti..

salam semua..3 4 ari ni agak penuh aktiviti aku..jumaat = pergi balik ipoh, Ahad = pergi balik perak, Isnin=pergi balik pahang..esok ntah nak pergi balik negeri mana la pula..yang aku tau pergi balik INSPEN Bangi..setelah menerima memo pendek sila hadir ke bengkel Pengurusan Tatatertib!! kalau tak hadir, sila kemukakan surat tunjuk sebab..hoho! aku rasa macam DPA la pulak...

Ahad lepas pi melaka ngan kenduri r lurq & azam..seronok dapat jumpa ramai mber2 lain..then ronda2 melaka naik beca Hj. Kamarudin + Hj. Yusof yang Leen takkan lupakan..haha! takyah aku cerita panjang..nanti sure Leen + Cherie update kat blog diaorang..harap2 kamera leen dah ok! Kalau tak, hilang la gambar buat tatapan semua..

Aku baru balik dari Pahang nih..jumpa org2 kampung yang terlibat ngan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang Selangor. Payah gak nak borak2 dalam kereta bila ada 3 orang yang bernama 'wan'! haha! bile tanye, kang dua2 tak jawab..kadang2, dua menjawab pulok..huhu! tapi, masak lemak ikan patin td yang gua bedal memang TARBAEEKKKK BRO..!


22 November 2009

kenapa awk tak datang wedding saya?

"hello..assalammualaikum.."
"waalaikumsalam..hey, sehat?"
"sehat..awk sehat"
"yup, sehat dan ceria..hehe"
"Kenapa awk tak datang weding saya hari tu hah?"
"eh, saya datang la..makan terus balik. tak sempat jumpa awk pun.."
"awk tipu! mama + ayah cakap awk xdtg! dieorang yg tanya saya kenapa awk tak datang!"
"hehe..sory2..saya ada byk wedding time tu sebenarnya.."
"eleh..ye la tu.."
"ye la..betull.."
"hehe..tapi angah cakap, ape la along ni, org gila je yang datang wedding x-gurlfren yg tinggalkan dia.."

18 November 2009

rapuh..

masa marah aku memang tidak boleh berfikir..
tidak boleh berfikir secara waras..
tidak boleh mengawal perasaan dan emosi..
tidak boleh berhadapan dengan orang yang membuat aku marah..
tidak boleh melakukan kerja dengan sempurna..
tidak boleh nak mengarang panjang lebar..
.
..
...
aku hanya boleh..
.











..












...









....













makan ice-cream...!!

17 November 2009

musim hujan..vs musim kahwin!!

bila hujan turun ramai yang mengeluh..susah nak bergerak la..kain baju tak kering la..mood pun suram la..tak ceria & sedih la..tapi aku memang suka hujan! dengan harapan tiada la berlaku kemarau macam kat Labuan..kesian orang-orang kat sana..dah beberapa bulan air kena catu..mujur zaimee + tina kahwin hari tu takde masalah sangat..jadi, yang sana mengharap hujan, kita kat sini jangan pula mengeluh hujan turun setiap hari..

Apa lagi musim selain hujan @ tengkujuh di penghujung tahun? dah tentu la musim cuti sekolah kan..bila cuti sekolah, maka selain cendawan tumbuh merata..kenduri kahwin pun merata-rata gak! adoi la..pening gak aku nk plan ni..banyak sangat ni..aku siap dapat sms seawal subuh semata-mata nak alamat untuk hantar kad!

poket tengah kering..nak kena mengembara jauh lak pergi kenduri,,jadi, jom kita pelan sama-sama geng! kongsi kereta n konvoiiiii...!!


antara kad hard copy yang aku dah terima..yang soft copy pun banyak..

Iliani @ yani..

salam buat semua..huh, rasa macam lama dah aku tak jenguk blog ni..walaupun baru berapa hari je sebenarnya..macam-macam perkara bermain dalam kepala otak aku ni haa..hari minggu lepas temankan kawan aku ambil kereta MyVI SE baru dia..RM54k..hurmm? pada aku sangat la mahal kereta itu..kalau kat Brunei dah boleh beli banglo 7 bilik! hoho!

ok..tu cerita hujung minggu..ni cerita semalam pula..hari ni aku nak cerita pasal iliani @ yani..


Masa aku mula-mula masuk ke KeTTHA (dulu KTAK) sekitar sept 07, aku diletakkan satu bilik ngan yani..dia ngah meeting masa tu jadi balik dari meeting dia masuk bilik, aku dah terpacak..
"hye, u officer baru kan? i yani, u?"
"hye..yup! baru kat sini..arif"
.
..
pastu yani dok pandang- pandang aku dari meja yang bersebelahan je..beberapa ketika kemudian..
"u graduate mana?"
"i kt KuiTTHO dulu.."
"owh..u memang orang johor? sekolah kat mana?"
"lahir kt mlaka..since 99 baru dok kt pontian, johor..sekolah last sekali kt STAR, perak"
"mmm..matrik ke dulu?"
"a'ah..matrik kt PTPL Shah Alam.."
"haa...!! Ko ni sama matrik aku dulu!! patut la aku macam pernah nampak je muka ko ni..macam familiar je aku tengok..!!"
"hah?? ye ke? hahaha..laaa...sory la aku tak perasan ko la.."
.
..
akhirnya borak macam-macam la..macam jejak kasih da..baru la sembang kencang lepas tu..huhu! aku ni memang tak ingat muka orang kot..sory yani! Aku berdua je dgn yani dalam bilik ni..jadi sembang dua je la..pastu tini turun dari HR join Sektor ni n lepak sekali bilik ni..jadi bertiga la kiteorang..dari member kerja makin lama bertukar menjadi member mengutuk + mengumpat + gosip-gosip + maki-maki dan seangkatan dengannya..hahaha!
.
..
tak lupa gak bila tiba masa bersedih..ye la kan..kita ni bukan sentiasa gembira je..jadi bila dia menangis kesedihan..aku pun sedih la gak..kadang-kadang aku pun kalut!
"aiseh..nangis pulak si yani ni..aduiii..cmne ak nk buat nih??!"
selalu hati aku camtu la..walau di dpn yani gua terpaksa control cool je konon..haha!
.
..
yani memang penakut tahap takut gila! jadi, memang best la aku kenekan dia..haha! tapi last2 nyusahkan aku gak! ada ke die tak bagi aku gi solat maghrib kt surau pasal takur dok sorang2 dalam bilik! pastu suruh aku solat kt bilik gak! siap bentangkan aku sejadah, cari +tuangkan air mineral utk aku amik wudu' kt bilik gak!! hampeh btol..hahaha! ni suma aku nyer pasal la ni asyik cakap ada hantu cermin laa, hantu printer laa, hantu main potostat la..haha!
.
..
macam2 lagi suka-duka aku + yani + member2 lain kat sini..bila outstation je ada ceritanya..bila ada function pun lain plak cerita..balik kampung pun penah sama-sama..lepas tu aku pergi DPA..tapi cerita kiteorg tak terputus..emel + hp la pulok..cerita gosip mosip ni mane leh putus..boring la idup nanti..hehe! kadang2 ada free time DPA, ada gak lepak makan ngan yani..balik dari DPA aku balik ke sektor ni semula..tapi dah tak duduk sebilik ngan yani..jgn risau beb, bilik pn sebelah2 je..kalau malas nk jalan dail ext je! haha!
.
..
TAPI
.
..
semua akan berubah selepas ni..semalam Yani dapat surat dari JPA..Melapor diri SERTA MERTA..!! ..ke Istana Negara..dan yani akan ke terengganu..selepas ni, takdelah lagi nak dengar yani ketawa..dah tk dpt nak menyakat yani..nak ngumpat-ngumpat pun dah tak best..tak boleh nak menakut-nakutkan dia lagi..hilang la member lunch aku makan ikan bakar kat lot10..tak dapat nak pau jambu pak ajis yang yani suka beli..tak boleh nak plan balik kg sama-sama..
.
..
..
dan..dah jauh untuk pinjamkan bahu aku buat yani nangis..
.
..
tahniah yani..
.
..
kat mane pun ko pergi, harap persahabatan kita kekal selamanya..
.
..
...
maaf salah silap aku..halalkan makan minum aku..juga halalkan ilmu yang ko beri kt aku..
.
..
...


gambar ni masa open house kat rumah aku..kiteorang buat surprise besday yani!!


jumpa lagi yani... ;(

11 November 2009

tertidur lepas maghrib td..ini cerita mimpi aku..

..kat mane aku ni..?
tempat ni tak pernah aku sampai..
bangunan runtuh sana sini..
musnah semuanya..
musnah segalanya..
aku berjalan seorang diri..tak tahu mana dah nak pergi..jalan dan terus berjalan melihat bandar yang musnah..masa ni aku rasa macam ada background muzik filem perang..masa perang dah habis dan masanya untuk memgumpul mayat-mayat...last battle trumphet
sayu dan sadis...
.
..
...
sedang aku merayau tanpa tujuan, aku ternampak 2 orang budak dan seorang perempuan tua..barangkali mak dieorang kot..aku pun menghampiri dieorang..
"owh..mirip orang palestin.."
"adakah aku di bumi palestin??!" kata hatiku..
.
..
entah kenapa aku tidak boleh bersuara walaupun aku rasa aku nak bercakap dgn dieorang nih..hanya mata saling memandang..aku memang nampak la yang dieorang dalam sengsara dan sedih..tiba-tiba mak dia masuk ke dalam satu lubang di celah2 runtuhan..
(aku rasa kot..ke gua??..aku pun tak berapa nak jelas..mimpi la katakan...)
anak-anak dia pun turut masuk..
aku mengikut dari belakang..
.
..
..."ughh..?!!"
.
aku sangat terkejut melihat banyak mayat di dalam tempat ini..mayat yang telah siap dikafan dan diletakkan di satu sudut..langsung tidak teratur dan seolah-olah dicampakkan sahaja..masa ni aku rasa jantung aku dah berdegup kencang..peluh jantan mula membasahi segenap liang badan aku...
.
..
...aku terjaga dari tidur! panas la pulak..secara automatik aku buka baju sepantas gaban dan tidur semula! mintak-mintak mimpi tadi bersambung!...
.
..
...
..ye..niatku tercapai..mmg mimpiku disambung semula! (ni tak tipu ni..)
.
..
...
dalam keadaan yang suram dan berdebu..di satu sudut aku ternampak satu mayat lelaki yang terbujur tanpa kafan yang sempurna..si ibu hanya memerhatikan aku dan anaknya pula dah bercangkung di tepi mayat tu..aku pun tak tahu kenapa tapi aku seolah-olah rasa aku perlu menyempurnakan mayat tu..aku pun pergilah kat mayat tu..dan tiba-tiba aku tersentak sebab mata mayat tu terjegil..terbeliak seolah2 amat sengsara dan takuttt! aku cuba tutupkan kelopak matanya tapi tak berjaya..
.
..
...
lantas aku terus menutupi seluruh badanya dengan kafan tersebut..perempuan tu pula menunjuk-nunjuk ke arah mayat2 lain yang banyak tadi tu..oh, mungkin dia mahukan mayat lelaki ini diletakkan di situ..aku pun cuba nak angkat, tapi tiada daya dan upaya..berat semacam! lalu aku terpaksa menolak..menarik..tolak lagi..tarik lagi..mak aih! awat payar beno nih!
.
..
...
dua budak tadi pun tolong aku gak..akhirnya kami berjaya meletakkan mayat tersebut di situ..tapi kain kafan dia dah koyak-koyak..terseksa benar jenazah ni aku rasa..aku dah tak keruan..aku sangat takut..dupdap..dupdap..dupdap..hati aku berdegup deras..
aku mahu tinggalkan tempat ini segera!!
.
..
...laalu aku berjalan ke arah cahaya laluan aku masuk tadi..betul-betul sampai di laluan tu dan masa aku nak melangkah keluar..
"ARGHHHH...!!!"
.
aku terdengar jeritan dari mayat itu?!!
aku menoleh perlahan-lahan..dan dari cahaya yang samar2 itu..aku boleh nampak mayat tu seolah-olah memanggil aku!! mata di yang terbeliak tu macam memandang tepat kat aku...
..
aku takut..sangat takut!!!
.
..
oh bulan..enggan melayan diriku lagi..pabila..air mata membasahi pipi..dan lagu-ladu di
"hello"
"hello arep..ko kat mana?"
"aku kat umah ni..tertido"
"heih..tido pulak die! bangun2! aku nak ambik ikan pekasam tadi!'
"ko kat mane?"
"aku kat roundbout rumah ko dah ni..turun cepat"
"weh..aku ngah tido kot, jap la..eh, aku lupa nk masuk peti ais la ikan pekasam! ak tertido.."
"dah..tak payah nak basoh2 muka..turun je sekarang.."
"yelah yelah..hishhh!"
.
..
...

mimpi tu tamat macam tu je? cik pija ni slack betul la tipon gua time2 ngah saspen..!!
hangin gua!!

10 November 2009

bila korek hidung..korang campak kat mana hasilnya?

..baru je aku lepas baca cik cher nya punya post terbaru, tiba-tiba aku dapat panggilan telefon dari seorang kawan lama..bile die tanya aku soalan yang sama bunyinya macam cik cher kena, aku jawab ikut skema jawapan cik cher..nasib la dia tak balas balik ngan benda yang boleh menyentap..fiuh..! Nak kahwin dah jijan nih..lepak ngan jijan sambil layan tiubkau dan borak2 pasal hal-hal dunia persilatan..rindu la aku kat mber2 silat johor..
.
..
...
lama dah aku tak menyarung uniform silat..



gambar ni antara demo yang aku paling suka..

Aku pergi wajadiri nasional sejak tahun 2000..masa tu aku tingkatan 5..ada yang aku join sebagai peserta & ada yang aku sebagai pemerhati je..setiap tahun aku tak pernah terlepas peluang untuk pergi..cuma tahun ni aku tak berkesempatan sebab aku ke kenduri kahwin zaimee & tina..tak mengapalah..zaime pun kahwin sekali je..ada rezeki, tahun depan aku ke wajadiri la..Kedah tuan rumah tahun depan..!

Pusat Latihan Silat Cekak Hanafi Batu Pahat di Taman Rona menjadi bumbung tempat aku berteduh sepanjang aku belajar kat UTHM (dulu KUiTTHO) dan masa aku bekerja di SHARP, Sri Gading..banyak sangat perkara yang mendidik aku sepanjang aku duduk kat rumah tu..aku rasa dah tak mungkin aku jumpa lagi teman serumah yang sangat rapat macam dulu..



Rumah Rona yang tak mungkin aku lupakan..
di sinlah tempat aku belajar..
tempat aku kenal erti persahabatan..
.


..


...


....


eh? ape kene mengena ngan tajuk post aku ni? korang fikirlah sendiri dulu ye..lain kali la kita sembang ok? tiba-tiba aku teringat zaman aku berhati waja dulu..

09 November 2009

jkj ku...

tiba-tiba teringat kecederaan yang pernah dialami oleh jkj ku..
jangan melintas seperti kerbau ye...




04 November 2009

serabut..

..aku pun tak tahu kenapa aku berasa sebegini tatkala ini
serabut tidak keruan..
gundah gulana gelisah..
serba tak kena je la..
macam aku ada buat salah di mana-mana tanpa aku sedar..
macam ada keinginan yang aku perlu penuhi..
macam ada hutang yang belum aku langsai..
macam ada janji yang belum aku tunai..
macam ada tanggungjawab yang tidak aku pikul..
macam ada amanah tidak aku pegang..
macam ada angin dalam perut tidak aku buang..
macam ada batu dalam kepala otak aku..
macam ada seseorang setia menanti aku di satu sudut bilik yang sunyi, sekian lama menunggu kehadiran aku menyambut tangannya..

ada perjuangan yang aku belum selesaikan..
ada kerja yang perlu aku laksanakan..
ada maaf perlu aku mohonkan..
ada ego yang perlu aku rendahkan..
ada amarah yang harus aku redakan..
ada ruang yang mesti aku gunakan..
agar mungkin hati aku kembali tenang seperti dulu!


aku seolah-olah rasa

.

..

...

....

satu dunia kini dalam kesuraman..


01 November 2009

alamak!! lagi bape hari ni baru gaji ni...??

aku rasa tatkala ini mesti ramai geng-geng gomen yang mengalami masalah kewangan..biasalah, gaji hari tu awal sangat kot..pastu gaji seterusnya akhir bulan ni pula..jadi ramai la yang sedang menjadi akauntan berkira-kira untuk membelanjakan baki simpanan yang ada dengan jayanya! :)

aku pun lebih kurang juga lah..tapi masih menyimpan hasrat untuk menonton Cuci The Musical!!

owh..hari ni melepak di rumah saja..macam biasa melalui hari minggu..hujan hari ni, jadi nk bergerak pun macam malas..layan lagu-lagu sambil melihat album gambar dalam laptop ni..gambar yang aku belum upload adalah gambar masa rumah terbuka aku!! terima kasih pada Hazwan + Zetty yg membawa DSLR korang..tahun depan agak-agak ada lg tak ek open house kt atas bumbung ni? ke masa tu aku dah kahwin & pindah rumah??







31 Oktober 2009

Siapa punya kereta, sila alihkan..!!!






From : RXXXX@ketXXX.gXX.my
To : *semua ahli KetXXa
Subject : TOLONG ALIHKAN KENDERAAN ANDA

KEPADA EMPUNYA KANCIL SILVER XXX 9XX5, TOLONG ALIHKAN KENDERAAN ANDA KERANA ANDA TELAH MENGAMBIL PETAK PARKING YANG TELAH DIPERUNTUKKAN KEPADA SAYA. SAYA HANYA KELUAR MAKAN SAHAJA TERUS PARKING DIAMBIL ORANG!!!!!!!

TOLONG JANGAN MENYUSAHKAN ORANG LAIN DENGAN SIKAP AMBIL MUDAH DAN SAMBIL LEWA ANDA.

_______________________________________________________


Kencang juga rasanya emel di atas ni. Aku rasa mungkin tuan punya petak parking ni ada hal penting nak buat. Tup Tup bila sampai basement lepas makan tengah hari, ada orang dah ambil (mungkin tumpang je) tempat letak kereta die. Terus dia keluarkan emel dengan siap gambar kereta kancil berkenaan. Tapi bagi aku, tak perlu pun keluarkan emel dengan tanda seruan yang banyak. Tulis elok-elok pun boleh sebab semua orang boleh paham, Mungkin tuan punya kancil tu dah tak tahan nak ke tandas, jadi die tumpang kejap...tak pun dia nak ambil dokumen kat bilik dia, lepas tu dia terus keluar la..


Sepanjang 3 minggu ni aku selalu berulang alik dari pejabat ke hotel palm garden. Aku kena ganti tempat bos ke Lab NKRA sampai minggu depan (harap-harap tak dilanjutkan..). Untuk makluman, aku tiada petak parking di pejabat. Jadi kena la pandai2 cari port nk letak jkj aku..Memang sentiasa bermasalah nak cari parking kat parcel E. Pusing 4 5 kali pun belum tentu boleh dapat parking. Dalam tempoh di Palm Garden, aku kadang-kadang perlu balik ke pejabat untuk urusan lain. Mencari parking yang susah dah menjadi rutin setiap kali masuk ke parcel E..


Jadi, kadang2 (ke selalu ek?!) aku tumpang parking kosong jap kat basement..mane tahu tuan punya parking tu outstation ke..kan? hehe! tapi setakat jkj aku masih belum pernah menerima emel sepeti di atas!! fiuhhh..hehe! kalau keluar gambar, glamer kereta abg, dik..!!


Nak tau gambaran situasi mencari parking kat parcel E?? tgk video kat post sebelum ni..aku rakam sendiri..





Nak cari parking di Parcel E?? ngk ni dulu..

video

27 Oktober 2009

tandas cangkung atau dudok..?

Jika korang datang ke rumah aku di kampung parit rambai ulu, pontian, korang boleh pilih antara dua..tandas dudok ataupun tandas cangkung..aku pasti pilih tandas cangkung..bile buat urusan tu, rasa die..perghh!! senang je..! tapi bagi orang2 berbadan besar atau org sakit2 kaki/badan, lebih selesa buat urusan pakai tandas duduk..kan? best je bila kaki sakit2, leh wat urusan dengan cara duduk..bayangkan kalau kaki bersimen + kene kat tandas cangkung..die punye siksaaaa..takde fikir "lega" tp dok ngeluh "adoi doi doi..aduh..sakitnye kaki..susahnya nk berakkkkk..ADOYAI..!"

owh~~ada kisah menarik mengenai satu kejadian (yang menimpa aku??) di tandas..kisah ini lebih best dari kisah kaisara mahupun kisah seorang anak yang duka nestapa kerana ibunya batoookkk...uhuk uhukk..hehehe!
.
..
...
satu hari ni, AK (bukan nama sebenar arif) kene attend satu meeting..AK ni pertama kali join perbincangan ni..tang silapnya, AK belasah nasi lemak (+ sambal kerang okeyyy) pagi tu..jadi perut AK memulas la..masa perbincangan tu dah takleh nak fokus..cuba sedaya upaya AK fokus sebab meeting ni mmg penting..tp takleh nk tumpu gak!! punya la siksa..!! seksaa beb..awek kat sebelah ni terlalu hot untuk AK fokus pada perbincangan..demn..! dah hilang dah rasa sakit perut..takdelah istilah menahan kentut.. hehe!

sampai masa akhirnya AK ke tandas jua..owh~ ada pilihan! tandas duduk? atau tandas cangkung??hurm..pernah tak dengar teka teki ini.. "Apakah perkara/objek/benda yang paling pantas di dunia?" pilihan jawapan:

A. elektrik - alasan: sekelip mata buka suis, lampu bilik air dah nyala
B. kelip mata - alasan : sempat berkelip sebelum lampu tu nyala..
C. tercirit dalam seluar - alasan : belum pun sempat nak buka suis lampu bilik air + kelip mata, cirit dah keluar dulu..!! hahaha!

So jawapannya? korang pilih la sendiri dalam komen korang ye.. :)

okey okey..balik pd cite asal..AK pilih tandas cangkung tanpa sempat berfikir jawapan teka teki di atas..hahaha! iskh..! okey seyes sambung cite asal..! Bagi meneruskan majlis, AK dengan berbesar hati menjemput Encik Lepaskan Aku, Dah Seminggu Aku Dikurung Dan Diberi Makan untuk keluar..perghh..mmg nikmat selepas belasah sambal kerang tu beb..
.
..
Masa nak pakai seluar..PLUPPP!!
.
..
ALAMAKKKKKK...HP GUAAAA....!!!
.
..
jerit beliau di dalam hati lantas muka berubah menjadi merah..hati berdebar2..nak amik ke taknak..nak amik ke taknak..demn! AK dah kalut..gabra dan cemasss..!! "ohh mannn.." kata beliau lg kepada sape ntah di tandas sebelah..
.
..
AK balik ke bilik mesyuarat..cuba buat seperti biasa meskipun hari AK sudah tidak macam biasa! Rasa serba tidak kena..! Namun, awek hot di sebelah tetap hot..tak berubah seperi sebelum kejadin yang menimpa AK..tak lama kemudian, mesyuarat dah selesai..tiba2.. "Encik AK, u boleh ambil nombor Handphone i..contact la i nanti ye.."
.
..
HAH? err..err..ni peluang keemasan! rasanya awek ni pun saje nak test market ngk respon AK kot?? takpun die takleh fokus mesyuarat sepanjang ketiadaan AK di sebelahnya tadi?? AK terpinga2..camne nih..
.
.
"Meh sini handphone u" katanya lebut sambil mengambil hp yang sedang ditenung AK di atas meja..

"eh..eh?!!"
"kenape? jangan risaulah, handphone kita sama..i 'save'kan nombor i dalam hp u ni ye"
"owh..ok! terima kasih.."
"nah, hp u..dah sopak skit dah ni..belilah hp baru nanti..Bye..i balik dulu ye"
.
..
..
BYe .. :)

25 Oktober 2009

ukurlah baju badan sendiri..

dua tiga empat menjak ni aku rasa ada sesuatu yang tak kene ngan diriku..aku rasa aku makin tidak kewl..macamlah aku kewl sangat dulu..tak kesah la..aku rasa aku kewl! korang rasa aku kewl tak?? haha!

aku sedar skarang ni aku cepat marah..garanggg!! grrr..!! okey2..ni seyes ni..aku jadi panas baran la..jd aku yg macam dulu punya dulu..orang salah je aku nak melenting! dapat la barang sebakul dua maki hamun..tapi kadang2 jadik lawak la pulok! mcam citer kt bawah ni..
.
..
...
alkisah satu pagi yang gembire..macam biase aku akan ngadap jamm kt traffic light nk kuar dari equin..nasibla abg jemm + k.e menghiburkan aku + cik pija di sebelah..cik pija menjalankan tugas biase beliau selaku pendengar setia rintihan aku + maki hamun aku kt driver2 yg tidak beretika sunggoh di jalan raya..ngah syok2 aku drive, tetibe ada satu keta matrix ni sudah henjut+himpit dr kanan..terkejut gua! gua cecepat ke kri..sambil cik pija "eh eeh eehh.."

"celake nyer keta!!" bentak hati gua melihat die wat lg skali kt keta depan gua!

pehtu time kt 2nd t.light, die himpit lg..gua dr blakang usha.. "nak kene keta nih!!"

pas lap kat traffic light je..dua terus henjut jkj gua.. "eh, arep arep.." cik pija mcm biase bising kat sebalah tp gua tak endah..betapa marahnya gua tatkala itu..gua ligan belakang keta die..tetibe die slow jerk..gua try overtake but folow tepi keta die dulu..kire side by side ar..gua usha driver sebelah! akak gemok!! demn akak gemok ni..

aku buat muka puaka niyang rapik aku! tetibe aku nengok akak ni wat2 tido..! aik?? aku + cik pija dan konpius..eh, akak ni tido ke??!! "eh..die tido la rep.." "biau betol ni weh..kang tak pasal2 die babas cium keta aku lak.."

aku pn tekan pedal laju skit.."kah kah kah..!akak ni tido ke wat2 tido pasal die cuak weh??" aku xbleh tahan btol la ngk akak gemok ni wat2 tidao sambil mata die cover2 ngk jalan.." adoyai..memang lawak la..!!
.
.
..
mungkin die btol2 tido kot..macam leen yg tido masa tuang air..


18 Oktober 2009

aku mengejar peragut..

Jumaat 16 oktober 09..kisah ini terjadi betul2 sebulan selepas tarikh lahir aku..bulan lepas ramai2 gi shoping kat jalan tar bersame kwn2 terchenta..tapi kali hari ni lain pula ceritenya..hari yang sangat bersejarah dalam hidupku..

aku macam biase berbaju melayu la bila ari jumaat..sape lagi nk pakai baju melayu kalau bukan org melayu.."takkan melayu hilang di dunia..!!" hari ni ada jamuan raya sektor aku..sangat meriah la..n puding yg aku wat habis dgn sunggoh pantas!! best er..tak sangka sunggoh laku..!!

..deng! jam dah kul 12.45..aku rasa better aku gerak pi masjid..aku biase jalan kaki je ke masjid kat alam shah..selagi ada kaki yg kuat, kite berjalan la ke masjid ye..sok kaki dah tak kuat, takkan nak jalan pakai tgn pulok..sambil2 berjalan tu kan leh berzikir..

sedang aku mengelamun nk lintas jalan..tetibe "weii..tolonggg..tolongg..!!!" huh?? apekah itu? ada org menjeritt!! ak ngk ada sorang akak ni..eh silap.. ada sorang aweks (setalah didapati beliau cun) ni ngah menarik hand bag die dari sorang mamat! tarik2 la..eh ni sure nk kene ragut nih??! disebabkan aku bukanlah "bio-niknik" mahupun "kaber hero kaber zero kabare wak", aku tak leh la berlari laju mahupun terbang!!
.
.
.
..lantas dgn berbaju melayu aku trus berlari ke arah diorang tu..aku pakai selipar, mmg susah nk lari..ntah bile ntah tanggal tau2 aku dah berkaki ayam..time aku dekat, awek tu terlepas handbag die..lalu terjadilah aksi kejar mengejar aku ngan mamat tu..mamat ni agak malang aku rasa pasal mber die atas moto (aku rasa la) dah tinggalkan die sebab die terjatuh td..
.
.
berbekalkan semngat yg jitu (leh kot wat drama hero berbaju melayu pasnih..xyah susah2 mau pikir kostum..) aku trus kejar die..time tu die lari menuju ke alamanda..aku jerit gak.."wei tahan mamat tu..tahan weh.." tapi org2 keliling pandang wat donno jerk..siot! depa ingat ngah wat filem kot..!! tp ni la org kite..prihatin la sikit!..aku mmg dah pancit giler dah time nih..sampai area alamanda tu, die tuju jalan nk gi presint 16 ..alamak aih..ak dah nk ilang napas dah..
.
.
aku kejar lagi...
.
.
sampai satu longkang besar, mamat tu slamber je lompat..lepas!! demn..aku?? ngan bersamping lg nih..alamak aih..aku menambah kelajuan lari dan terus lompat..
.
.
dush!! badan aku bergegar..aku terketar & terkejut!!! tersentakk..!!!
.
.
orag2 sekeliling memandang aku..ada yg tersenyum sinis
.
.
owh..dah khutbah kedua rupanye..aku mimpi...
.
.
siot! aku wat2 cover..tapi muka & telinge aku berubah menjadik merah..
.
.
aku teringat cite abg aku..die tido n mimpi kene kejar anjing..lalu die terajang anjing tu & sebenarnye die terajang katil die! bengkak ibu jari kaki..mc 2 hari! tu mimpi atas katil kt umah..
.
.
kalau mimpi time khutbah jumaat??

05 Oktober 2009

Keje ko watpe sebenarnyee..?

aku ni memang tahap tabika kemas la bila bab-bab nak mengarang ni. sebab tu kot masa bukan main panjang diambil untuk aku dok fikir apa yang aku nak tulis..dulu aku rasa macam nak sangat ada blog..bila baru bina satu blog ni aku dah tak ada idea plak..takpelah..perjalanan jauh mmh sentiasa bemula dengan satu langkah..err..atau bismillah?

sikit-sikit, lama-lama jadi bukit...(baik jadi emas permata..!) tapi harga tanah sekarang mmg tinggi woo..mungkin elok juga jadi bukit..

ape bende ilham sebenarnya? ilham ni petunjuk drpd Tuhan yg terbit dlm dlm hati..sesuatu yg menggerakkan hati atau menimbulkan daya cipta korang utk menghasilkan atau mencapai sesuatu..berilhamkan plak adalah mempunyai sesuatu sbg ilham.. mengilhami bukanlah halimi taifor..tapi membawa maksud memberi seseorang ilham, membisik di dlm hati..dan akhir sekali..pengilham! orang yg memberikan ilham..aku rasa antara sedar, angan, hangin..kite ni kadangkala memberi ilham kepada orang lain..kitalah pengilham!

badai??
1. angin ribut, taufan..atau
2. keadaan perasaan (fikiran dsb) yg amat tidak tenteram, keributan, kekacauan..atau?
ada lagi satu maksud badai? korang nak tahu..? rajin-rajin buka kamus..e-kamus kan banyak..dewan eja pn ada kt pc korang kan..

jadi..apa sebenarnya ilham badai?? mengapa aku memilih ilham badai..apsal tak badai ilham ke, penjejak badai ke..(eh, cite storm worriors II nk kuar dah!), badai melambong-lambong ke..tak pun "beribu bintang di langit kini menghilang..meraba aku dalam terang..sampai part "kau ilhamku...." haha! ikutlah apa pn interprestasi korang..

aku mempunyai masalah dalam menerangkan apa kerja-kerja yang aku buat kat pejabat nih..terutama sekali sahabat-sahabat bukan peted..memang aku malas nak explain pun pasal depa ni bukan paham..kejap aku kata aku buat projek..turun site..kejap kang aku cerita pasal aku pegi meeting akta itu, akta ini..esok aku buka topik pengambilan tanah..pergi dengar siasatan kt mahkamah..tapi dulu aku pergi oversea pasal persidangan..minggu lepas dapat surat lantikan pegawai penyiasat..hari ni dapat pula surat lantikan pegawai rekod jabatan?? yang dulu-dulu aku cerita pasal syabas, saj, iwk tu ape pula?..cop-cop!! bukan kelmarin aku beritahu pasal aku kena buat speech YBM untuk rasmi water congress yg diadakan esok? yang aku pernah borak pasal laman web tu kerja apa pula? owh? krisis bekalan air kat Labuan tu?! parlimen nak bersidang..apa kaitan ngan aku pula?

..asyik meeting je memanjang, nak telefon ko pun susah..keje ko watpe sebenarnya?






28 Ogos 2009

ilham badai..

28 Ogos 2009-jumaat-1303:

mencari ilham..