13 Disember 2011

Persembahan Diraja Silat Cekak Ustaz Hanafi Sempena Tamat Pemerintahan DYMM SPB Yang di Pertuan Agong

sejak 2 minggu yang lalu, aku berulang alik ke taman melawati untuk menjalanin latihan sempena Persembahan Diraja Silat Cekak Hanafi sempena Tamat Pemerintahan DYMM SPB Yang di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada hari semalam 12.12.2011.

Bergambar dengan Team produksi FINAS pagi2 sebelum perarakan bermula..

Persembahan dibuat di perkarangan Kompleks Bunga Raya KLIA..sebelum sampai di perkarangan kompleks, Tuanku telah diarak dengan 320 orang penari..dan mendahului perarakan adalah seekor gajah! memang ala2 zaman kesultanan dahulu! kami barisan pesilat berdiri di kompleks menghadap ke puntu besar menanti perarakan Tuanku tiba..sejam kami berdiri sambil sekali sekala berpusing menghadap sultan dan tetamu kenamaan yang lain tiba sebelum Tuanku..

bila dengar je muzik perarakan dipasang, makan debaran pun tiba..kebetulan tempat aku berdiri betul2 mengahadap jalan masuk..jadi aku nmpak perarakan Tuanku tiba dengan gajah setinggi 14 kaki di hadapan dan penari2 yang membawa gendang, sireh junjung, tombak, dan macam2 la..fiuhh~

Masuk je perarakan ke dalam perkarangan kompleks, aku dah meremang..memang aura tu sampai menusuk..terasa macam aku berdiri di hdapan Istana dan mengawal untuk menyambut ketibaan Tuanku.Tuanku dan Permasisuri tiba, turun dari kereta dan berdiri terus di atas pentas kecil di hadapan kami..

maka persembahan pun bermula..



malangnya muka aku tak masuk pula dalam live TV1 ni..dukacita betul..haha! persembahan selama 3 minit ini akan memberi kesan kepada aku selama 300 tahun!

"Mendaulatkan Silat bersama Sultan yang berdaulat!" pesan guruku.. :)

Jangan tak tau, berdasarkan dari cerita guru ke guru, silat ini pernah digunakan oleh panglima panglima kanan istana di zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin  II (Kedah)

harapan aku agar silat ini akan kembali ke tempat asalnya...di Istana!


Gambar2 menarik sekitar Perarakan korang boleh layan hasil saudara Wazari kat sini! memang cun gambarnya!

3 ulasan:

UMMI YL berkata...

shoknya ang..buat demo depan sultan lagi..tahniah..

teringin juga nak training balik..BADLY!!

tapi rasa sayang nak tinggal anak2,,terpaksa korbankan banyak benda kita minat tapi kurang penting demi anak2..sebab komitmen masa dah lain..masa untuk anak2 pun dah semakin sikit..

tapi tahniahla pada mereka yang masih aktif. dari jauh hanya boleh sampaikan doa agar guru, silat dan semua ahlinya terus sukses..:)

Miz Jac berkata...

m proud of u bebeh!

'arif berkata...

Rulza - ak pun pernah terhenti sejenak 3 tahun lamanya..kini kembali semula..

MizJac - aite, tq yo!