13 Disember 2009

Nazar, Abul & Pak Leman Dawi..

sana sini orang kahwin..sabtu 12 hb, ada 4 jemputan tapi aku cuma berjaya pergi dua je, nazar (roomate kt PTPL) dan abul (kerja satu bangunan dgn aku)..lagi dua tak dapat pasal aku rasa terlebih jauh, JB & Perak..walaupun aku teringin sangat nk ke parit buntar!

Majlis Nazar kat muzium Shah Alam..?!! aku ingat dalam muzium..jadi bila sampai je, terkial2 dok jenguk kt dalam muzium tu..tetiba ada orang sambut + jmput ke dewan di area tepi muzium..oo, ada dewan tepi tu..& pengantin baru sampai berarak masuk dengan alunan kompang! bile kompang je aku teringat iklan POTONG! POTONG..!! hahaha!

Nazar yang ganas bertukar menjadik comel semalam! huhu!haa..ngam2 je ko pandang kamera aku time ni..



jadi..sorang lagi budak 44B a.k.a Paracetamol dah kahwin..zahhid, bobo, saiful, nazar, bad..eh? sape lg yg dah selesai..? aku rindu zaman2 kita tong tong duit pi jammn..haha! pastu merungut takde duit nak makan! nak carik lagu nyer pasal..masuk duit 50sen kt peti muzik kedai mamak tu sambil bawak tape recorder! haha! lagu A.Halim yg aku tak tahan tu..

Dari Shah Alam trus pergi jemputan abul lak kat Ampangan N9..tang lawak dia, aku salah masuk kenduri orang lain k! nasib belum keluar kereta! hahaha! dah org tu nama kat signboard dia pun ABUL! fiuhhh..

Lepas kenduri abul, aku pergi cari cendol leman dawi yang popular itu! tapi tinggal cendol biasa je.. :( nak tahu apa special kat cendol leman dawi ni?! Check out pic kt bawah! PERCUMA???



Tiada ulasan: