..kat mane aku ni..?
tempat ni tak pernah aku sampai..
bangunan runtuh sana sini..
musnah semuanya..
musnah segalanya..
aku berjalan seorang diri..tak tahu mana dah nak pergi..jalan dan terus berjalan melihat bandar yang musnah..masa ni aku rasa macam ada background muzik filem perang..masa perang dah habis dan masanya untuk memgumpul mayat-mayat...last battle trumphet
sayu dan sadis...
.
..
...
sedang aku merayau tanpa tujuan, aku ternampak 2 orang budak dan seorang perempuan tua..barangkali mak dieorang kot..aku pun menghampiri dieorang..
"owh..mirip orang palestin.."
"adakah aku di bumi palestin??!" kata hatiku..
.
..
entah kenapa aku tidak boleh bersuara walaupun aku rasa aku nak bercakap dgn dieorang nih..hanya mata saling memandang..aku memang nampak la yang dieorang dalam sengsara dan sedih..tiba-tiba mak dia masuk ke dalam satu lubang di celah2 runtuhan..
(aku rasa kot..ke gua??..aku pun tak berapa nak jelas..mimpi la katakan...)
anak-anak dia pun turut masuk..
aku mengikut dari belakang..
.
..
..."ughh..?!!"
.
aku sangat terkejut melihat banyak mayat di dalam tempat ini..mayat yang telah siap dikafan dan diletakkan di satu sudut..langsung tidak teratur dan seolah-olah dicampakkan sahaja..masa ni aku rasa jantung aku dah berdegup kencang..peluh jantan mula membasahi segenap liang badan aku...
.
..
...aku terjaga dari tidur! panas la pulak..secara automatik aku buka baju sepantas gaban dan tidur semula! mintak-mintak mimpi tadi bersambung!...
.
..
...
..ye..niatku tercapai..mmg mimpiku disambung semula! (ni tak tipu ni..)
.
..
...
dalam keadaan yang suram dan berdebu..di satu sudut aku ternampak satu mayat lelaki yang terbujur tanpa kafan yang sempurna..si ibu hanya memerhatikan aku dan anaknya pula dah bercangkung di tepi mayat tu..aku pun tak tahu kenapa tapi aku seolah-olah rasa aku perlu menyempurnakan mayat tu..aku pun pergilah kat mayat tu..dan tiba-tiba aku tersentak sebab mata mayat tu terjegil..terbeliak seolah2 amat sengsara dan takuttt! aku cuba tutupkan kelopak matanya tapi tak berjaya..
.
..
...
lantas aku terus menutupi seluruh badanya dengan kafan tersebut..perempuan tu pula menunjuk-nunjuk ke arah mayat2 lain yang banyak tadi tu..oh, mungkin dia mahukan mayat lelaki ini diletakkan di situ..aku pun cuba nak angkat, tapi tiada daya dan upaya..berat semacam! lalu aku terpaksa menolak..menarik..tolak lagi..tarik lagi..mak aih! awat payar beno nih!
.
..
...
dua budak tadi pun tolong aku gak..akhirnya kami berjaya meletakkan mayat tersebut di situ..tapi kain kafan dia dah koyak-koyak..terseksa benar jenazah ni aku rasa..aku dah tak keruan..aku sangat takut..dupdap..dupdap..dupdap..hati aku berdegup deras..
aku mahu tinggalkan tempat ini segera!!
.
..
...laalu aku berjalan ke arah cahaya laluan aku masuk tadi..betul-betul sampai di laluan tu dan masa aku nak melangkah keluar..
"ARGHHHH...!!!"
.
aku terdengar jeritan dari mayat itu?!!
aku menoleh perlahan-lahan..dan dari cahaya yang samar2 itu..aku boleh nampak mayat tu seolah-olah memanggil aku!! mata di yang terbeliak tu macam memandang tepat kat aku...
..
aku takut..sangat takut!!!
.
..
oh bulan..enggan melayan diriku lagi..pabila..air mata membasahi pipi..dan lagu-ladu di
"hello"
"hello arep..ko kat mana?"
"aku kat umah ni..tertido"
"heih..tido pulak die! bangun2! aku nak ambik ikan pekasam tadi!'
"ko kat mane?"
"aku kat roundbout rumah ko dah ni..turun cepat"
"weh..aku ngah tido kot, jap la..eh, aku lupa nk masuk peti ais la ikan pekasam! ak tertido.."
"dah..tak payah nak basoh2 muka..turun je sekarang.."
"yelah yelah..hishhh!"
.
..
...
mimpi tu tamat macam tu je? cik pija ni slack betul la tipon gua time2 ngah saspen..!!
hangin gua!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan