KEPADA EMPUNYA KANCIL SILVER XXX 9XX5, TOLONG ALIHKAN KENDERAAN ANDA KERANA ANDA TELAH MENGAMBIL PETAK PARKING YANG TELAH DIPERUNTUKKAN KEPADA SAYA. SAYA HANYA KELUAR MAKAN SAHAJA TERUS PARKING DIAMBIL ORANG!!!!!!!
TOLONG JANGAN MENYUSAHKAN ORANG LAIN DENGAN SIKAP AMBIL MUDAH DAN SAMBIL LEWA ANDA.
_______________________________________________________
Kencang juga rasanya emel di atas ni. Aku rasa mungkin tuan punya petak parking ni ada hal penting nak buat. Tup Tup bila sampai basement lepas makan tengah hari, ada orang dah ambil (mungkin tumpang je) tempat letak kereta die. Terus dia keluarkan emel dengan siap gambar kereta kancil berkenaan. Tapi bagi aku, tak perlu pun keluarkan emel dengan tanda seruan yang banyak. Tulis elok-elok pun boleh sebab semua orang boleh paham, Mungkin tuan punya kancil tu dah tak tahan nak ke tandas, jadi die tumpang kejap...tak pun dia nak ambil dokumen kat bilik dia, lepas tu dia terus keluar la..
Sepanjang 3 minggu ni aku selalu berulang alik dari pejabat ke hotel palm garden. Aku kena ganti tempat bos ke Lab NKRA sampai minggu depan (harap-harap tak dilanjutkan..). Untuk makluman, aku tiada petak parking di pejabat. Jadi kena la pandai2 cari port nk letak jkj aku..Memang sentiasa bermasalah nak cari parking kat parcel E. Pusing 4 5 kali pun belum tentu boleh dapat parking. Dalam tempoh di Palm Garden, aku kadang-kadang perlu balik ke pejabat untuk urusan lain. Mencari parking yang susah dah menjadi rutin setiap kali masuk ke parcel E..
Jadi, kadang2 (ke selalu ek?!) aku tumpang parking kosong jap kat basement..mane tahu tuan punya parking tu outstation ke..kan? hehe! tapi setakat jkj aku masih belum pernah menerima emel sepeti di atas!! fiuhhh..hehe! kalau keluar gambar, glamer kereta abg, dik..!!
Nak tau gambaran situasi mencari parking kat parcel E?? tgk video kat post sebelum ni..aku rakam sendiri..
4 ulasan:
wow. sampai hantar emel... aku rasa tak perlu la hantar emel macam tu. parcel e ni memang problem parking. ada 15 blok dalam parcel e yg sempit tu. kita yang gi keje hari2 memang problem la nak cari parking kat situ. aku bengang bila orang block kereta tapi tak tinggalkan nombo fon. bengong betul.
haa..keluar emel ni menjadi perkara biasa..sampai aku naik bosannn...!!! Owh~dalam kereta aku pun sentiasa stand-by dengan kertas yang tercatat nombor telefonku..nak laminate lepas ni..hoho!
waaa...mmng tahap gaban betul la parking parcel ko ni. nasib baik la parcel aku ni direka okay skit dari korang huhu
haa..time nak balik lg la..memang sangkut dalam jamm ler..macam pulang berhari raya..
Catat Ulasan