27 Disember 2009
vroom vroom..
26 Disember 2009
bonda di hospital..
23 Disember 2009
ngompol...
ngompol itu kencing malam..
ngompol itu dalam bahasa jawa..
bile ngompol, tilam bau pesing..
pesing itu hancing..
pesing itu dalam bahasa jawa..
.
..
...
kencing malam = bedwetting dalam bahasa inggeris
.
..
...
night urine?!
.
..
..eheh! :)
21 Disember 2009
nak hilangkan ngantuk?
17 Disember 2009
16 Disember 2009
sebulan sudah
mengejar mimpi yang tidak pasti
arah mana
kanan, belakang, atas, kiri
irama mana
rock, pop, dangdut, asli
muka bumi mana
bukit, gunung, lurah, tebing tinggi
sebulan sudah
.
..
...
Rileks la bro! petang ni kita panjat dinding!
Esok kita tgk perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea!
Malaysia Vs. Vietnam
15 Disember 2009
Yearghhh...!!
seronoknya bekerja!
13 Disember 2009
Nazar, Abul & Pak Leman Dawi..
11 Disember 2009
menerobos minda mati aku..
08 Disember 2009
bangun pagi..
06 Disember 2009
keluarga yang disayangi..
25 November 2009
hahaha..hazwan punya kerja!!
.
..
...
hari ni JKJ**21 popular! nama beliau masuk dalam emel untuk semua ahli KeTTHA..minta maaf sebab ganggu lalu lintas tingkat bawah ye..
.
..
...
dalam pada emosiku yang tidak stabil & suram ni..tetiba aku terbahak2 gelak!! haha! ni suma angkara si hazwan la ni..! takyah panjang cerita..tengok hasil karya dia kat bawah ni..
siot..! haha! aku rasa gambar terakhir ni paling alien!!
24 November 2009
setia menanti..
22 November 2009
kenapa awk tak datang wedding saya?
18 November 2009
rapuh..
tidak boleh berfikir secara waras..
tidak boleh mengawal perasaan dan emosi..
tidak boleh berhadapan dengan orang yang membuat aku marah..
tidak boleh melakukan kerja dengan sempurna..
tidak boleh nak mengarang panjang lebar..
.
..
...
aku hanya boleh..
.
..
...
....
makan ice-cream...!!
17 November 2009
musim hujan..vs musim kahwin!!
Iliani @ yani..
ok..tu cerita hujung minggu..ni cerita semalam pula..hari ni aku nak cerita pasal iliani @ yani..
Masa aku mula-mula masuk ke KeTTHA (dulu KTAK) sekitar sept 07, aku diletakkan satu bilik ngan yani..dia ngah meeting masa tu jadi balik dari meeting dia masuk bilik, aku dah terpacak..
"hye..yup! baru kat sini..arif"
..
pastu yani dok pandang- pandang aku dari meja yang bersebelahan je..beberapa ketika kemudian..
"u graduate mana?"
"i kt KuiTTHO dulu.."
"owh..u memang orang johor? sekolah kat mana?"
"lahir kt mlaka..since 99 baru dok kt pontian, johor..sekolah last sekali kt STAR, perak"
"mmm..matrik ke dulu?"
"a'ah..matrik kt PTPL Shah Alam.."
"haa...!! Ko ni sama matrik aku dulu!! patut la aku macam pernah nampak je muka ko ni..macam familiar je aku tengok..!!"
"hah?? ye ke? hahaha..laaa...sory la aku tak perasan ko la.."
.
..
akhirnya borak macam-macam la..macam jejak kasih da..baru la sembang kencang lepas tu..huhu! aku ni memang tak ingat muka orang kot..sory yani! Aku berdua je dgn yani dalam bilik ni..jadi sembang dua je la..pastu tini turun dari HR join Sektor ni n lepak sekali bilik ni..jadi bertiga la kiteorang..dari member kerja makin lama bertukar menjadi member mengutuk + mengumpat + gosip-gosip + maki-maki dan seangkatan dengannya..hahaha!
.
..
tak lupa gak bila tiba masa bersedih..ye la kan..kita ni bukan sentiasa gembira je..jadi bila dia menangis kesedihan..aku pun sedih la gak..kadang-kadang aku pun kalut!
"aiseh..nangis pulak si yani ni..aduiii..cmne ak nk buat nih??!"
selalu hati aku camtu la..walau di dpn yani gua terpaksa control cool je konon..haha!
.
..
yani memang penakut tahap takut gila! jadi, memang best la aku kenekan dia..haha! tapi last2 nyusahkan aku gak! ada ke die tak bagi aku gi solat maghrib kt surau pasal takur dok sorang2 dalam bilik! pastu suruh aku solat kt bilik gak! siap bentangkan aku sejadah, cari +tuangkan air mineral utk aku amik wudu' kt bilik gak!! hampeh btol..hahaha! ni suma aku nyer pasal la ni asyik cakap ada hantu cermin laa, hantu printer laa, hantu main potostat la..haha!
.
..
macam2 lagi suka-duka aku + yani + member2 lain kat sini..bila outstation je ada ceritanya..bila ada function pun lain plak cerita..balik kampung pun penah sama-sama..lepas tu aku pergi DPA..tapi cerita kiteorg tak terputus..emel + hp la pulok..cerita gosip mosip ni mane leh putus..boring la idup nanti..hehe! kadang2 ada free time DPA, ada gak lepak makan ngan yani..balik dari DPA aku balik ke sektor ni semula..tapi dah tak duduk sebilik ngan yani..jgn risau beb, bilik pn sebelah2 je..kalau malas nk jalan dail ext je! haha!
.
..
TAPI
.
..
semua akan berubah selepas ni..semalam Yani dapat surat dari JPA..Melapor diri SERTA MERTA..!! ..ke Istana Negara..dan yani akan ke terengganu..selepas ni, takdelah lagi nak dengar yani ketawa..dah tk dpt nak menyakat yani..nak ngumpat-ngumpat pun dah tak best..tak boleh nak menakut-nakutkan dia lagi..hilang la member lunch aku makan ikan bakar kat lot10..tak dapat nak pau jambu pak ajis yang yani suka beli..tak boleh nak plan balik kg sama-sama..
.
..
..
dan..dah jauh untuk pinjamkan bahu aku buat yani nangis..
.
..
tahniah yani..
.
..
kat mane pun ko pergi, harap persahabatan kita kekal selamanya..
.
..
...
maaf salah silap aku..halalkan makan minum aku..juga halalkan ilmu yang ko beri kt aku..
.
..
...
11 November 2009
tertidur lepas maghrib td..ini cerita mimpi aku..
10 November 2009
bila korek hidung..korang campak kat mana hasilnya?
09 November 2009
04 November 2009
serabut..
01 November 2009
alamak!! lagi bape hari ni baru gaji ni...??
31 Oktober 2009
Siapa punya kereta, sila alihkan..!!!
KEPADA EMPUNYA KANCIL SILVER XXX 9XX5, TOLONG ALIHKAN KENDERAAN ANDA KERANA ANDA TELAH MENGAMBIL PETAK PARKING YANG TELAH DIPERUNTUKKAN KEPADA SAYA. SAYA HANYA KELUAR MAKAN SAHAJA TERUS PARKING DIAMBIL ORANG!!!!!!!
TOLONG JANGAN MENYUSAHKAN ORANG LAIN DENGAN SIKAP AMBIL MUDAH DAN SAMBIL LEWA ANDA.
_______________________________________________________
Kencang juga rasanya emel di atas ni. Aku rasa mungkin tuan punya petak parking ni ada hal penting nak buat. Tup Tup bila sampai basement lepas makan tengah hari, ada orang dah ambil (mungkin tumpang je) tempat letak kereta die. Terus dia keluarkan emel dengan siap gambar kereta kancil berkenaan. Tapi bagi aku, tak perlu pun keluarkan emel dengan tanda seruan yang banyak. Tulis elok-elok pun boleh sebab semua orang boleh paham, Mungkin tuan punya kancil tu dah tak tahan nak ke tandas, jadi die tumpang kejap...tak pun dia nak ambil dokumen kat bilik dia, lepas tu dia terus keluar la..
Sepanjang 3 minggu ni aku selalu berulang alik dari pejabat ke hotel palm garden. Aku kena ganti tempat bos ke Lab NKRA sampai minggu depan (harap-harap tak dilanjutkan..). Untuk makluman, aku tiada petak parking di pejabat. Jadi kena la pandai2 cari port nk letak jkj aku..Memang sentiasa bermasalah nak cari parking kat parcel E. Pusing 4 5 kali pun belum tentu boleh dapat parking. Dalam tempoh di Palm Garden, aku kadang-kadang perlu balik ke pejabat untuk urusan lain. Mencari parking yang susah dah menjadi rutin setiap kali masuk ke parcel E..
Jadi, kadang2 (ke selalu ek?!) aku tumpang parking kosong jap kat basement..mane tahu tuan punya parking tu outstation ke..kan? hehe! tapi setakat jkj aku masih belum pernah menerima emel sepeti di atas!! fiuhhh..hehe! kalau keluar gambar, glamer kereta abg, dik..!!
Nak tau gambaran situasi mencari parking kat parcel E?? tgk video kat post sebelum ni..aku rakam sendiri..
27 Oktober 2009
tandas cangkung atau dudok..?
owh~~ada kisah menarik mengenai satu kejadian (yang menimpa aku??) di tandas..kisah ini lebih best dari kisah kaisara mahupun kisah seorang anak yang duka nestapa kerana ibunya batoookkk...uhuk uhukk..hehehe!
.
..
...
satu hari ni, AK (bukan nama sebenar arif) kene attend satu meeting..AK ni pertama kali join perbincangan ni..tang silapnya, AK belasah nasi lemak (+ sambal kerang okeyyy) pagi tu..jadi perut AK memulas la..masa perbincangan tu dah takleh nak fokus..cuba sedaya upaya AK fokus sebab meeting ni mmg penting..tp takleh nk tumpu gak!! punya la siksa..!! seksaa beb..awek kat sebelah ni terlalu hot untuk AK fokus pada perbincangan..demn..! dah hilang dah rasa sakit perut..takdelah istilah menahan kentut.. hehe!
sampai masa akhirnya AK ke tandas jua..owh~ ada pilihan! tandas duduk? atau tandas cangkung??hurm..pernah tak dengar teka teki ini.. "Apakah perkara/objek/benda yang paling pantas di dunia?" pilihan jawapan:
A. elektrik - alasan: sekelip mata buka suis, lampu bilik air dah nyala
B. kelip mata - alasan : sempat berkelip sebelum lampu tu nyala..
C. tercirit dalam seluar - alasan : belum pun sempat nak buka suis lampu bilik air + kelip mata, cirit dah keluar dulu..!! hahaha!
So jawapannya? korang pilih la sendiri dalam komen korang ye.. :)
okey okey..balik pd cite asal..AK pilih tandas cangkung tanpa sempat berfikir jawapan teka teki di atas..hahaha! iskh..! okey seyes sambung cite asal..! Bagi meneruskan majlis, AK dengan berbesar hati menjemput Encik Lepaskan Aku, Dah Seminggu Aku Dikurung Dan Diberi Makan untuk keluar..perghh..mmg nikmat selepas belasah sambal kerang tu beb..
.
..
Masa nak pakai seluar..PLUPPP!!
.
..
ALAMAKKKKKK...HP GUAAAA....!!!
.
..
jerit beliau di dalam hati lantas muka berubah menjadi merah..hati berdebar2..nak amik ke taknak..nak amik ke taknak..demn! AK dah kalut..gabra dan cemasss..!! "ohh mannn.." kata beliau lg kepada sape ntah di tandas sebelah..
.
..
AK balik ke bilik mesyuarat..cuba buat seperti biasa meskipun hari AK sudah tidak macam biasa! Rasa serba tidak kena..! Namun, awek hot di sebelah tetap hot..tak berubah seperi sebelum kejadin yang menimpa AK..tak lama kemudian, mesyuarat dah selesai..tiba2.. "Encik AK, u boleh ambil nombor Handphone i..contact la i nanti ye.."
.
..
HAH? err..err..ni peluang keemasan! rasanya awek ni pun saje nak test market ngk respon AK kot?? takpun die takleh fokus mesyuarat sepanjang ketiadaan AK di sebelahnya tadi?? AK terpinga2..camne nih..
.
.
"Meh sini handphone u" katanya lebut sambil mengambil hp yang sedang ditenung AK di atas meja..
"eh..eh?!!"
"kenape? jangan risaulah, handphone kita sama..i 'save'kan nombor i dalam hp u ni ye"
"owh..ok! terima kasih.."
"nah, hp u..dah sopak skit dah ni..belilah hp baru nanti..Bye..i balik dulu ye"
.
..
..
BYe .. :)
25 Oktober 2009
ukurlah baju badan sendiri..
aku sedar skarang ni aku cepat marah..garanggg!! grrr..!! okey2..ni seyes ni..aku jadi panas baran la..jd aku yg macam dulu punya dulu..orang salah je aku nak melenting! dapat la barang sebakul dua maki hamun..tapi kadang2 jadik lawak la pulok! mcam citer kt bawah ni..
.
..
...
alkisah satu pagi yang gembire..macam biase aku akan ngadap jamm kt traffic light nk kuar dari equin..nasibla abg jemm + k.e menghiburkan aku + cik pija di sebelah..cik pija menjalankan tugas biase beliau selaku pendengar setia rintihan aku + maki hamun aku kt driver2 yg tidak beretika sunggoh di jalan raya..ngah syok2 aku drive, tetibe ada satu keta matrix ni sudah henjut+himpit dr kanan..terkejut gua! gua cecepat ke kri..sambil cik pija "eh eeh eehh.."
"celake nyer keta!!" bentak hati gua melihat die wat lg skali kt keta depan gua!
pehtu time kt 2nd t.light, die himpit lg..gua dr blakang usha.. "nak kene keta nih!!"
pas lap kat traffic light je..dua terus henjut jkj gua.. "eh, arep arep.." cik pija mcm biase bising kat sebalah tp gua tak endah..betapa marahnya gua tatkala itu..gua ligan belakang keta die..tetibe die slow jerk..gua try overtake but folow tepi keta die dulu..kire side by side ar..gua usha driver sebelah! akak gemok!! demn akak gemok ni..
aku buat muka puaka niyang rapik aku! tetibe aku nengok akak ni wat2 tido..! aik?? aku + cik pija dan konpius..eh, akak ni tido ke??!! "eh..die tido la rep.." "biau betol ni weh..kang tak pasal2 die babas cium keta aku lak.."
aku pn tekan pedal laju skit.."kah kah kah..!akak ni tido ke wat2 tido pasal die cuak weh??" aku xbleh tahan btol la ngk akak gemok ni wat2 tidao sambil mata die cover2 ngk jalan.." adoyai..memang lawak la..!!
.
.
..
mungkin die btol2 tido kot..macam leen yg tido masa tuang air..
18 Oktober 2009
aku mengejar peragut..
aku macam biase berbaju melayu la bila ari jumaat..sape lagi nk pakai baju melayu kalau bukan org melayu.."takkan melayu hilang di dunia..!!" hari ni ada jamuan raya sektor aku..sangat meriah la..n puding yg aku wat habis dgn sunggoh pantas!! best er..tak sangka sunggoh laku..!!
..deng! jam dah kul 12.45..aku rasa better aku gerak pi masjid..aku biase jalan kaki je ke masjid kat alam shah..selagi ada kaki yg kuat, kite berjalan la ke masjid ye..sok kaki dah tak kuat, takkan nak jalan pakai tgn pulok..sambil2 berjalan tu kan leh berzikir..
sedang aku mengelamun nk lintas jalan..tetibe "weii..tolonggg..tolongg..!!!" huh?? apekah itu? ada org menjeritt!! ak ngk ada sorang akak ni..eh silap.. ada sorang aweks (setalah didapati beliau cun) ni ngah menarik hand bag die dari sorang mamat! tarik2 la..eh ni sure nk kene ragut nih??! disebabkan aku bukanlah "bio-niknik" mahupun "kaber hero kaber zero kabare wak", aku tak leh la berlari laju mahupun terbang!!
.
.
.
..lantas dgn berbaju melayu aku trus berlari ke arah diorang tu..aku pakai selipar, mmg susah nk lari..ntah bile ntah tanggal tau2 aku dah berkaki ayam..time aku dekat, awek tu terlepas handbag die..lalu terjadilah aksi kejar mengejar aku ngan mamat tu..mamat ni agak malang aku rasa pasal mber die atas moto (aku rasa la) dah tinggalkan die sebab die terjatuh td..
.
.
berbekalkan semngat yg jitu (leh kot wat drama hero berbaju melayu pasnih..xyah susah2 mau pikir kostum..) aku trus kejar die..time tu die lari menuju ke alamanda..aku jerit gak.."wei tahan mamat tu..tahan weh.." tapi org2 keliling pandang wat donno jerk..siot! depa ingat ngah wat filem kot..!! tp ni la org kite..prihatin la sikit!..aku mmg dah pancit giler dah time nih..sampai area alamanda tu, die tuju jalan nk gi presint 16 ..alamak aih..ak dah nk ilang napas dah..
.
.
aku kejar lagi...
.
.
sampai satu longkang besar, mamat tu slamber je lompat..lepas!! demn..aku?? ngan bersamping lg nih..alamak aih..aku menambah kelajuan lari dan terus lompat..
.
.
dush!! badan aku bergegar..aku terketar & terkejut!!! tersentakk..!!!
.
.
orag2 sekeliling memandang aku..ada yg tersenyum sinis
.
.
owh..dah khutbah kedua rupanye..aku mimpi...
.
.
siot! aku wat2 cover..tapi muka & telinge aku berubah menjadik merah..
.
.
aku teringat cite abg aku..die tido n mimpi kene kejar anjing..lalu die terajang anjing tu & sebenarnye die terajang katil die! bengkak ibu jari kaki..mc 2 hari! tu mimpi atas katil kt umah..
.
.
kalau mimpi time khutbah jumaat??
05 Oktober 2009
Keje ko watpe sebenarnyee..?
sikit-sikit, lama-lama jadi bukit...(baik jadi emas permata..!) tapi harga tanah sekarang mmg tinggi woo..mungkin elok juga jadi bukit..
ape bende ilham sebenarnya? ilham ni petunjuk drpd Tuhan yg terbit dlm dlm hati..sesuatu yg menggerakkan hati atau menimbulkan daya cipta korang utk menghasilkan atau mencapai sesuatu..berilhamkan plak adalah mempunyai sesuatu sbg ilham.. mengilhami bukanlah halimi taifor..tapi membawa maksud memberi seseorang ilham, membisik di dlm hati..dan akhir sekali..pengilham! orang yg memberikan ilham..aku rasa antara sedar, angan, hangin..kite ni kadangkala memberi ilham kepada orang lain..kitalah pengilham!
badai??
1. angin ribut, taufan..atau
2. keadaan perasaan (fikiran dsb) yg amat tidak tenteram, keributan, kekacauan..atau?
ada lagi satu maksud badai? korang nak tahu..? rajin-rajin buka kamus..e-kamus kan banyak..dewan eja pn ada kt pc korang kan..
jadi..apa sebenarnya ilham badai?? mengapa aku memilih ilham badai..apsal tak badai ilham ke, penjejak badai ke..(eh, cite storm worriors II nk kuar dah!), badai melambong-lambong ke..tak pun "beribu bintang di langit kini menghilang..meraba aku dalam terang..sampai part "kau ilhamku...." haha! ikutlah apa pn interprestasi korang..
aku mempunyai masalah dalam menerangkan apa kerja-kerja yang aku buat kat pejabat nih..terutama sekali sahabat-sahabat bukan peted..memang aku malas nak explain pun pasal depa ni bukan paham..kejap aku kata aku buat projek..turun site..kejap kang aku cerita pasal aku pegi meeting akta itu, akta ini..esok aku buka topik pengambilan tanah..pergi dengar siasatan kt mahkamah..tapi dulu aku pergi oversea pasal persidangan..minggu lepas dapat surat lantikan pegawai penyiasat..hari ni dapat pula surat lantikan pegawai rekod jabatan?? yang dulu-dulu aku cerita pasal syabas, saj, iwk tu ape pula?..cop-cop!! bukan kelmarin aku beritahu pasal aku kena buat speech YBM untuk rasmi water congress yg diadakan esok? yang aku pernah borak pasal laman web tu kerja apa pula? owh? krisis bekalan air kat Labuan tu?! parlimen nak bersidang..apa kaitan ngan aku pula?
..asyik meeting je memanjang, nak telefon ko pun susah..keje ko watpe sebenarnya?