26 Disember 2011

Jam dan Masa

Ramai orang mampu memiliki JAM
tetapi
tidak ramai orang mampu menepati MASA

16 Disember 2011

Acara Sempena Tamat Pemerintahan SPB Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan - 2011

Entry yang lepas aku upload video silat je..ka ni dah jumpa video sambutan yang lain..
saksikan kemeriahannya :)

Video kat bawah ni masa perarakan masuk ke Kompleks bunga Raya KLIA..
Didahului oleh seeokr Gajah + 320 orang penari + 4 hulubalang
SPB Yang di Pertuan Agong dalam kereta di akhir perarakan.



Turun je kereta, Tuanku disambut dengan Persembahan Diraja Silat Cekak Ustaz Hanafi..
Lagi sekali dalam videoa ni aku tidak kelihatan..cit..haha!


Akhir sekali, sebelum Tuanku naik kapal terbang balik ke Terengganu, 
ada satu lagi persembahan..kami terlibat juga di bagagian tepi sekali..tak nampak juga dalam video ni :(


Lagu Daulat Tuanku ni aku cari tapi tak jumpa2..
mana nk dapat?

Aku harap semasa pertabalan SPB Yang Dipertuan Agong yang baru nanti,
kami dijemput sekali lagi!
:)

15 Disember 2011

830mlm, 10 saat...aku sangat penat hari ini..

bangun pagi seperti biasa..batteri kereta ngam2 untu sampai ke pejabat sebab aku tak cas di rumah,,dalam hati aku mula nk hangin dengan vendor sebab janji nak pasang meter tapi tak pasang2 lagi dari minggu lepas..sampai je ofis, aku naik atas..baru perasan beg + dokumen kerja aku tertinggal kat rumah..urgent, jadi kena patah balik rumah..aku pinjam kereta daniel memandangkan kereta tak cukup bateri nak balik..masa nk gerak, baru aku perasan kunci kereta xde dalam poket..patah balik, naik atas..cari kunci dalam bilik! tak jumpa!

aku terus roger syafik, mujur dia masih belum pergi kerja..ak minta die cari kunci sambil ak memandu tanpa pakai set tangan percuma..kereta manual plak..adoyai..dah la byk simpang + lampu trafik..kunci tak jumpa jua katanya! aku minta dia tunggu lalu aku pecut balik rumah..

cari kunci dah satu hal, jumpa juga akhirnya kat dalam gen2 aku! cicir masa aku amik barang dalam gen2 sebelum pergi kerja naik EV..pecut balik opis untuk buat kerja..sampai je opis, bos kata kul 1.15 ptg ni ada miniting dgn menteri..jadi kena siapkan dokumen..ni kira adhoc la ni! kerja sedia ada ditangguhkan dulu atas meja ni..aku tutun bawah beli roti buat sarapan..rs nak amik air kotak tapi difikirkan minum air panas buat sendiri pun sedap..naik je atas, baru perasan segala 3 in 1 kt pantry ni dah habis..nk turun balik? terpaksa juga sebab aku haus dok kelam kabut balik rumah td..

btw, pd masa yg sama, aku kena ulang alik ke lobi..sebab stesen caj kereta ada probelm..jadi kena pi tgk n rekod every 30 minutes..menyampah gak kadang2! Nasib hari ni proton team datang..depa akan buat trobleshoot..

buat itu ini, surat, memo, minit stgh jalan.. tup2 kul 1 dah..siap2 nk ngadap menteri dan Presiden TEPSCO? kome tahu tak sape TEPSCO? glamer sejak loji fukushima rosak teruk tempoh hari..tgh stress, naik atas masa bos ngah diskus, ak cabut nk jumpa awek jap, malangnya awek buat muka masam pula..aku datang pun dia buat tak layan..ak tanya pun dia tak layan..hampa betul..lepas pre-council, bos kata dia ada urgent..jadi minta aku je wakilkan dia..apa mahu buat, SYMP..nasib pengarah PPAMPS ada sama..jadi, aku tak kisah..

tup tap tup tap..miting sampai kul 2..aku lari turun pi cafe,,harapkan makanan, tapi langusng sudah kehabisan spt biasa..kelaparan! tgh2 lapar tu, dapat call dari bo, suruh masuk meeting dengan TKSU jumpa org dubai pula kul 230ptg! subject matter = unknown! who = unknown! why = unknown! how = unknown! when = within 30 minutes! ok..sangat baguss! kelam kabut aku naik atas semula cari info berkaitan..

230 aku terpacak kat bilik meting..235..240..sorang pun xde! pergi bilik azie, dia minta maaf..org dubai dan rombongan masih belum sampai..turun semula dan azie akan call bila depa sampai..aku report pd bos, jom join sekali la..3.15 depa sampai, bos aku plak xde dalam bilik..aku masuk dulu borak2..azie kata bos beliau ada meeting lain dulu..ok, aku sorang terpacak dgn org dubai ni..dah agak dah dia akan tanya soalan yg aku tak berapa familiar! green tech + energy..kalau air memang laju je aku jawab..chairman sampai, meeting sampai kul 430..

430 petang turun je, bos kata masuk lg 1 miting! untuk setelkan MJM..ok, hari ni last day beliau, jadi kena setelkan juga..tup tap sampai sipi2 kul 6 juga..oh ye, tak lunch lagi rupanya! patut lapar! belasah kuih 4 ketul dulu..dan aku masih ulang alik ke lobi untuk tgk keadaan kereta..

tutt..dapat SMS member, katanya ada training silat malam ni! ok, aku sangat teruja! persembahan silat untuk rancangan scoreboard TV3! teruja psal masa persembahan depan agong tu muka aku tak masuk tv! haha! jadi ni la harapan lagi sekali! tapi kerja banyak tak setel..xpe, mesti siapkan apa yang mampu! hiapppppp!!

kul 8mlm, punch out! cabut terus sebab nak siap2 pi training..! semangat-semangat! hahaha! 830, awek sms merajok sebab aku asyik sibuk je lately..tak dapat tgk ombak rindu lagi..

830mlm, 10 saat...aku..aku sangat penat hari ini..






13 Disember 2011

Persembahan Diraja Silat Cekak Ustaz Hanafi Sempena Tamat Pemerintahan DYMM SPB Yang di Pertuan Agong

sejak 2 minggu yang lalu, aku berulang alik ke taman melawati untuk menjalanin latihan sempena Persembahan Diraja Silat Cekak Hanafi sempena Tamat Pemerintahan DYMM SPB Yang di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada hari semalam 12.12.2011.

Bergambar dengan Team produksi FINAS pagi2 sebelum perarakan bermula..

Persembahan dibuat di perkarangan Kompleks Bunga Raya KLIA..sebelum sampai di perkarangan kompleks, Tuanku telah diarak dengan 320 orang penari..dan mendahului perarakan adalah seekor gajah! memang ala2 zaman kesultanan dahulu! kami barisan pesilat berdiri di kompleks menghadap ke puntu besar menanti perarakan Tuanku tiba..sejam kami berdiri sambil sekali sekala berpusing menghadap sultan dan tetamu kenamaan yang lain tiba sebelum Tuanku..

bila dengar je muzik perarakan dipasang, makan debaran pun tiba..kebetulan tempat aku berdiri betul2 mengahadap jalan masuk..jadi aku nmpak perarakan Tuanku tiba dengan gajah setinggi 14 kaki di hadapan dan penari2 yang membawa gendang, sireh junjung, tombak, dan macam2 la..fiuhh~

Masuk je perarakan ke dalam perkarangan kompleks, aku dah meremang..memang aura tu sampai menusuk..terasa macam aku berdiri di hdapan Istana dan mengawal untuk menyambut ketibaan Tuanku.Tuanku dan Permasisuri tiba, turun dari kereta dan berdiri terus di atas pentas kecil di hadapan kami..

maka persembahan pun bermula..



malangnya muka aku tak masuk pula dalam live TV1 ni..dukacita betul..haha! persembahan selama 3 minit ini akan memberi kesan kepada aku selama 300 tahun!

"Mendaulatkan Silat bersama Sultan yang berdaulat!" pesan guruku.. :)

Jangan tak tau, berdasarkan dari cerita guru ke guru, silat ini pernah digunakan oleh panglima panglima kanan istana di zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin  II (Kedah)

harapan aku agar silat ini akan kembali ke tempat asalnya...di Istana!


Gambar2 menarik sekitar Perarakan korang boleh layan hasil saudara Wazari kat sini! memang cun gambarnya!

Kejohanan Bola Sepak & Bola Jaring Silat Cekak Hanafi

3 Disember yang lepas..ada 2 aktiviti dalam diary aku..dan aku kena pilih! Kejohanan Bola Sepak atau Energy Run Terbuka Lelaki! nak main bola 9 sebelah bersama keluarga silat atau nak lari 7km dengan geng2 satu opis..

dan pilihan aku, main bolaaaa! hahaha! sebab utama? aku suka main bola la yob..lagipun dengan keluar cekak hanafi ni aku dah lama tak join program macam ni..kejohanan bola sepak ni diadakan 9 sebelah kat Padang Varsity UM..pertama kali la aku main kat sini..Pembahagian pemain dibuat secara undian..maknanya, cabut undi & korang akan masuk team mana..aku masuk team UMUM FC! haha! nama diambil sempena peringkat umum dalam silat ni..nama2 team lain macam ABCD FC, Siku Potong FC etc..

Ni geng Kokun hijau aku masa satu rumah kat Parit Raja dulu...

ada 8 team semuanya..dibahagikan dalam 2 kumpulan..team aku kalah kat peringkat kumpulan lagi..aiseh..jadi, cerita entry kali ini pendek je la..kalau menang, memang gua tulis berjela2 ketangkasan gua menggelecek mahupun mengayamkan pihak lawan..haha!

Perlawanan persahabatan antara Veteran Sri Lading  Vs Vet-Junior Negeri Sembilan juga diadakan..

aku memang kagum la dgn passing skill YM Syeikh..memang kelam kabut defend dibuatnya..

Harap2 program macam ni diadakan selalu pada masa akan datang!
Jangan tak tahu, Kelab Sri Lading pernah memasuki liga bola sepak divisyen 2 satu ketika dahulu 

10 Disember 2011

Jangan Ucap Selamat Tinggal..uhh

Korang pernah layan lagu shades?
jangan diucap selamat tinggal..
aku membesar dgn lagu ini juga..
haha!

kalau diterjemahkan dalam bahasa Inggeris, ia menjadi
Don't Say Good Bye
agaknya la kot..pasal aku ni muet pun kena ambil 2 kali..haha!
tadi aku buka channel 391..ada lagu dari duo Korea
Davichi!
Kat bawah ni lagunya.



aku rasa duo ni nyanyi sangat layan..walaupun aku tak faham liriknya
ia lebih layan dari beribu sesalan..
hehe
eh cop! 
walau apapun, lagu ni tiada kena mengena dengan emosi aku ketika ini!

08 Disember 2011

1 Muharam detik permulaan

1 Muharam 1433H bersamaan 27 November 2011
aku di UPSI masa itu
buat apa? ni haa gambarnya
Hidup Cekak Hanafi!

menjelang tahun baru masehi, kita akan bercerita pasal azam tahun baru
jarang pula yang berbicara tentang azam dan hijrah semasa tahun baru hijrah
.
..
...
Sempena hijrah 1433, aku ada azam!
oh ye, bulan hijran kat Malaysia ni sangat snonim dengan lagu ni


Aku suka lagu ni..pasal lagu ni la mengingatkan aku peristiwa hijrah nabi!
dan di situlah bermulanya detik permulaan tahun umat Islam..
cuma seorang sahabat pernah bertanya aku beberapa tahun dahulu
"Kau tahu tak kenapa kalender Islam bermula semasa penghijrahan nabi?"
"kenapa tidak semasa peristiwa lain? Isra' Mikraj ke, masa nabi lahir ke, masa wahyu pertama turun ke.."
...
..
.
aku masih tidak dapat jawapannya.

07 Disember 2011

Terowong oh terowong..


Cuba cari Encik Ilham Badai? ni gmbar tahun lepas masa majlis pelancaran Tunnel Boring Machine..TBM ni digunakan untuk pengorekan terowong ari merentasi banjaran Titiwangsa..dari Pahang ke Selangor..Gambar ni ada kat site office projek..kebetulan aku ternampak masa lawatan tapak bulan lepas..

aku masuk terowong ni..
4km dah korek..
kalau joging penat wooo
ni kat adit..sebelum masuk terowong masa itu..kehkeh



Rasa macam jadi juruterrer pun ada
kuikui~

Jeng Jeng Jengggg~

Kereta EV & REEV from Proton bebeh!


30 November 2011

hargailah dia

aku memang banyak buat silap
aku minta maaf
.
..
...

24 November 2011

nazmi dan fakri

dua nama ini semakin terkenal
dua nama ini terkenal dengan punca yang berbeza
tapi kedua-duanya punya perjuangan yang sama
.
..
...
apa pun
moga Harimau Malaya terus bersinar
.
..
...
tak kira 
Harimau MUDA
ataupun 
Harimau MATANG.

Hidup Harimau Malaya



16 November 2011

Ini permainan baru di rumah

kadang2 duduk rumah kan bosan
kelmarin aku balik dari sarawak..
Tiba2 terlihat sesuatu di satu sudut sana
ada helikopterrrrrrr...!!
haha!

si apis tiber beli..katanya senang nanti
boleh order burger kat depan tu pakai heli je..
haha!

heli ni telah dirampas oleh gua dari tuannya..oh yeahh!

14 November 2011

Hari Sungai Sedunia 2011 Peringkat Kebangsaan

Hari Sungai Sedunia (HSS) disambut oleh seluruh dunia bermula pada tahun 2005. Nak tahu pasal info Hari Sungai Sedunia korang boleh la rujuk kat sini World Rivers Day. Bagi negara kita, HSS pertama kali disambut tahun ni dan tempat pertama sambutannya adalah di Kuching Waterfront, Sarawak pada 12 November 2011 dan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak..

Aku kena pergi bertugas juga sempena HSS 2011 di Sarawak..Haa, ni lah pertama kali aku jejak bumi kenyalang ni! hoho! maka lengkaplah jelajah seluruh Malaysia aku..oh yeahhh!! :)

Banyak aktiviti yang dijalankan sempena HSS 2011 ni..ada pertandingan fotografi, esei, kuiz, sukan air, pameran dan macam2 la..aku cuma terlibat dengan pameran je..nak pikul barang2 pameran dari Putrajaya ke Sarawak memang sangat mencabar..beratnya beratus kilo wooo!

apapun, seronok juga ke sana walaupun penat..meriah dan penuh warna warni!

Majlis Perasmian Hari Sungai Sedunia 2011




11 November 2011

Basikalku yang laju..

basikal gunung aku yang dibeli masa tingkatan 1 masih boleh dikayuh lagi..malangnya gearnya dah dicuri orang..rim plak bukan rim aloi, jadi dah karat..masa raya puasa haritu aku tarik keluar setelah terperan bertahun-tahun dalam stor..

Masa tu aku repair sekali basikal tua abg aku..woaaa, tiba2 aku jatuh cinta dgn basikal tua pula! terus aku terpikir nak beli satu! sebab yang ni abg aku bunya, aku signal2 nak minta tapi dia mcm syg sgt..maklumlah basikal tu dia buat kayuh pi sekolah dari tingakatan 1-5...

di saat orag dok sibuk pasal mountain bike la, fixie bewarna warni la, aku sebaliknya memulakan misi mencari basikal tua yg vintage..ohooho! dan akhirnya aku bertemu hari selasa lepas kat pontian! yg dicari telah ditemu, aku terus bungkus masuk gen-2 dan mengembara ke desa pinggiran putra.. Bagi menjawab segala misteri, Iiilah dia basikal baru aku! fuh fuh fuhhh~
"double stand" ala2 moto GP..

Tiub lama pakai 'cacing' lagi..siap dapat cacing extra!

Lampu menggunakan teknologi hijau! dinamo..~

Tadaaaaa...!! Boleh la gua bersiar2 di desa petang2 lepas ni..hehe!

09 November 2011

Hujan di luar..

mungkin boleh mendorong aku melelapkan mata..
Jarum pada paras 4.29pg..
mata masih tidak terlelap jua..
.
..
...
hujan di luar
mungkin boleh membantu aku melelapkan mata..

06 November 2011

ada apa dgn 9 Zuhijjah?

pada 9 Zulhijjah..umah Islam yang mengerjakan haji akan berhimpun di padang Arafah..wuquf..
pada 9 Zulhijjah 1403, pasangan Puan Rokiyah telah melahirkan anak bongsu beliau..anak ke-5 beliau ni lelaki yang kemudiannya dinamakan 'arif sempena hari Arafah..

:)

03 November 2011

Kalau malas kerja, tak payah la buat..

kenapa mesti bekerja..untuk gaji la kan...ke untuk ibadah? aku rasa ramai yang mengeluh bila ada kerja..biala tak ada kerja juga akan mengeluh..pelik bukan..tapi itu la yang berlaku kat aku juga..

kadang kala kita mengalamai situasi di mana pencapaian kita memang tiptop..dipuji setiap masa..disayangi oleh bos2 dan member2 lain juga..tapi kadang kala prestasi kita turun juga..kerja kita jadi tidak menentu..kelam kabut dan tidak terurus..

semalam aku sembang dengan bekas bos aku yang sangat aku kagumi..tanpa aku bertanya, dia memang suka bercerita..katanya, siapa yang tak mahu buat kerja dengan baik? semua orang berusaha buat kerja dengan baik..tetapi kita perlu faham, kerja yang baik itu pada ketika dan persekitaran yang baik..kalau la masa itu fikiran kita bercelaru dengan masalh lain, kerja kita pasti akan terjejas juga..jadi kalau kita bos, kita tak boleh senang2 nak marah kesilapan orang..mungkin ketika itu persekitarannya tidak baik...

banyak lagi yang dibualkan..walaupun tak sampai sejam bersua..banyak ilmu yang aku dapat..berbual dengan orang lama memang banyak faedahnya..kadang2 bila aku lepak ngeteh ke, jalan2 ke, bila aku ngk ada orng tua di suatu sudut sana, ak teringin nak lepak dan ngeteh bersama..walaupun aku tak kenal dia..sebab siapa tahu ilmu dan pengalam dia boleh dijadikan teladan dan ikhtibar..

sejak akhir2 ini aku memang banyak kerja..aku nak mengeluh pun tak tahu la macammana..apapun, selamat datang pada 3 orang yang baru join keluarga Sektor Air..baru seminggu, mereka juga mengeluh kerja sini banyak rupanya! :) hehehe..yup, itulah yang aku alamai sejak 4 tahun yang lalu..

banyaknya kerja aku ni wehhhhhhh~

29 Oktober 2011

Selamat Pengantin Baru Cherrie! :)

Masa fara kahwin..kami serbu batu pahat beramai2..lepas tu pija kahwin, kami ke utara pula beramai2..tambah seorang ahli, fahad! hehe..minggu lepas giliran Cher plak..setel dah anak gadis bff aku dah jadi bini orang..kehkeh..yang masih belum setelnya adalah aku..

owh, tak lupa juga Xetxet pun dah kahwin dgn encik bawang...tinggal aku? silappp, akmal ada lagi! hehe! Leen leen pun belum lagi..cipon? pun belum..rilek arep..rilek dulu..huhu!

Apa pun, Selamat Pengantin BAru Buat Syarifah Nur Diana a.k.a Cherrie dan pasangannya Hafiz! aku mula2 ingat mana la aku letak kad si cherrie ni..rupanya ada je lat dalam kereta..sape suruh dia letak nama DIANA! kan aku dah tak kenal..kehkeh! Jgn marah aaa cher~

Hafiz & Diana! :)

Zaimee memulakan gerakan meng'hijack' kaunter karaoke..

Selamat Pengantin Baru Cher & Epit.. :)

23 Oktober 2011

saya konvo lagi :)


aku konvo sekali lagi..aku muat urun gambar pakai baju melayu + tanjak + samping siap ikat bunga tu dalam GB..ramai la yang tertanya konvo apakah berpakaian sedemikian rupa...maka, gambar di atas ini la yang menjawab soalan itu..tadaaaaaaa!

Aku rasa konvo kali ni jauh lagi seronok berbanding aku konvo degree dulu..

07 Oktober 2011

Tengkolok disarung kembali..

As salam semua..

Seminggu ni aku berulang alik dari putarajaya ke Taman Melawati..tiap2 malam pergi ke sana..dengan satu tujuan dan matlamat..SATU SUARA, SATU HATI! setelah arakian lamanya tidak menyarung tengkolok, InsyaAllah ia akan dipakai pada hari esok dan ahad ini..rasa yang lain macam pun ada..! semua sahabat yang baru aku kenal seminggu ni kecuali seorang saja..

sebenarnya aku rasa sedikit cuak, bro! sebab lama sangat aku tak join team demo..last sekali 3-4 tahun lepas aku rasa..tu pun sama aku kat Batu Pahat dulu..dengan member2 yang hebat di sana..kini, ak punya sahabat baru..dan SEMANGAT yg baru! oh yeahh!

walaupun sebenarnya, kami di mana2 pun satu keluarga yang besar! cerita banyak pun tak guna..mai datang Paya Indah Wetland, saksikan demo Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi!

Jom Silat!

Demo Silat kami sempena program ni! Mari datang beramai2!

04 Oktober 2011

Raya ada lagi ke?


lepas raya edulfitri..datang la musim raya haji pula..lepas puasa sebluan, kita sudah ramai yang bantai stok makan lebih sebulan..apa ada hal..ramai orang jemput datang rumah depa nk kasi makan..tapi kadang2 aku pelik gak..dah habis syawal pun masih ada majlis Raya..jamuan Raya, konsert Raya..

ni nak raya sampai bila ni..sambung terus sampai Deepavali n raya Haji kot..lantak la korang..walaupun aku rasa macam tak patut pun ada..tapi ada satu je sempena Raya yang aku tak kisah sm[ai bila2 ada! iaitu JUALAN MURAH SEMPENA HARI RAYA! HAHAHA..!

baju melayu gua dengan tema zaman komunis bukit kepong

oh yeah bebeh! korang cari la..ada lagi kedai yang masih buat jualan murah sempena hari raya..aku jumpa semasa misi mencari kanta berkuasa yang boleh memberi penglihatan lebih jelas kepada aku..dan bingkai porsch itu sungguh menyakitkan mata..dan hati aku! sebab aku tak mampu beli..oh yeah!

Apa cerita pun, seperti lazimnya semua orang akan update pasal raya..kat bahagian aku pun buat jamuan raya penutup la kat kementerian aku ni..potluck? ye, org bujang macam aku pun bawa potluck gak meskipun tiada tong gas di rumah..menu potlusk istimewa aku adalah KACANG NGAN YIN..oh yeah!! laku beb, habissss walaupun gua beli siap bawa bakul lagi aritu..!

eh, cop! potluck tu dalam bahasa Melayu apa ek??

capal tu ada baru engkap yo!
ni la keluarga aku kat pejabat yo!

22 September 2011

suram hiba..

beberapa hari ini aku berasa sungguh tidak tenteram..aku berasa sungguh hiba dan duka..aku berasa sedih juga kecewa..aku sungguh menyesal dengan apa yang telah berlaku..

aku tidak sedar..perbuatan aku dahulu menyakiti orang lain..orang lain itu banyak pula berkorban untuk aku..mempertahankan aku..meskipun dirinya dicaci cemuh oleh taulan..sungguh mulia orang lain itu

dan bila aku sedar perbuatanku, aku sudah terlambat..sudah terlambat..tiada apa pun yg mampu aku buat..

moga maaf aku diterima..moga kesilapan ku diampuni..aku sungguh suram hiba..

ada suatu cerita di sebalik HTS ini..

19 September 2011

Percayalah

tahu ke apa maksud percaya?

percaya dalam rukun iman?
percaya dalam rukun negara?
percaya dalam hubungan?
percayalah lagu siti nurhaliza?

kalau sudah hilang kepercayaan, ke mana lagi hendak ditujunya?

naik basikal menuju ke masjid di pagi raya lebih bestttt..

14 September 2011

surat khabar lama..surat khabar lamaaaaAAA..

perbualan aku dan seorang sahabat..

'kau rasa pelik tak kalau aku tak baca surat khabar setiap pagi?"
"kau ni apesal? pagi2 dah emel aku tanya soalan cmni..aku rasa biasa je kalau tak selak paper.."
"bos aku ni selalu tegur aku tak baca paper..dia kata aku ketinggalan tak tahu dunia luar..kau baca ke?"
"aku? aku jarang buka paper..ak baca online je pagi2 sebelum buat kerja..berita harian, metro, malaysian insider, malaysia kini..pastu aku baca gak blog2 politik ni.."
"aku asyik kena je dgn bos..dia kata kena ambil tahu perkembangan ekonomi u.s, duia..akan ada kesan pada investment and sales company..dia tanya macammana aku nak plan market company ni kalau ak tak tau pasal situasi ekonomi semasa..aku ni kalau tanya pasal Man u., rooney, EPL, champion league, confirm laju aku jawab"
"hahaha..aku pun kena gak dgn bos aku bro! dia selalu gak tegur, u all ni tak baca paper ke? tak tahu pasal ekonomi? apa kesannya pada industri air di negara kita..? ..aku blur gak..pasal kalau bab ekonomi asing tu aku baca tp tak tahu macam mana nak kaitkan.."
"hurmm..aku rasa aku memang pelik la.."

..aku rasa aku tak pelik..aku cuma tak pandai ekonomi macam bos aku..bagi aku, tak semua yang aku baca, korang akan baca..dan tak semua yang aku faham, korang akan faham..jadi, daripada aku menyoal apa yang korang tak tahu, lebih baik aku berkongsi apa yang aku tahu..yang aku tahu sekarang ialah, mari baca surat khabar!

surat khabar hari ni banyak iklan+hiburan dari berita..iklan nombor ekor pun makin bertambah saban hari..

nora elena punya pasal, buku ni pun masuk mesyuarat juga..


13 September 2011

jajah ke tidak sebenarnya ni..

lepas Mat Sabu buat kita semua buka balik buku sejarah komunis, sekarang ni Zainal Kling pula buat kita selak artikel dan perjanjian semasa kedatangan British dahulu..dan mungkin sejarah perlu dikaji semula semenjak zaman kesultanan melayu melaka lagi..

siapa yang keliru dan siapa yang mengelirukan..macam2 tuan penasihat 25% muncul waktu ini..soalnya, siapa yang boleh mencatatkan semua sejarah itu dengan benar..pada zaman ini, pada deyik ketika ini, kalau benar tanah tumpah harimau malaya ini tidak pernah dijajah, apa kebaikannya kepada kita? kalau pernah dijajah apa pula keburukannya..

aku pun tak tahu..

aku semakin keliru..makin banyak aku baca dan makin banyak aku tahu..sebenarnya dah jadi makin banyak aku tak tahu..

nah, layan lagu ni untuk korang dapatkan ilham..

Juara Lpgu 1992 - Pak Pandir - Yang Remeh dan Yang Temeh


12 September 2011

kassim selamat bin osman selamat..

raya sudah dua minggu..maih ada macam2 cerita yang diulang tayang kat tv ni susulan daripada raya..tapi, banyak2 filem, cerita hitam putih p.ramlee juga yang tetap aku layan sepanjang raya..

malam ni layan kassim selamat..aku rasa jeritan batinku sungguh menusuk..

10 Ogos 2011

ia kembali

 ilhambadai kembali semula..sebulan menuntut dan mencari sesuatu..akhirnya, dapat juga sesuatu..satu yang dipelajari terpahat dalam hati..itulah "kemuliaan"..ia semakin hilang di kalangan kita..kita perlu kembalikannya semula..

05 Julai 2011

hurm

Apa nak buat..
Published with Blogger-droid v1.7.2

25 Jun 2011

cerita opis..

minggu ni aku rasa agak sibuk dan aku buat2 sibuk semasa bekerja..bila rajin aku bekerja, bila masa aku buat2 sibuk dan malas tahap nak cerita pun malas..keseronokan bekerja itu terganggu sebab internet kat opis aku dah kena ceroboh barangkali..mungkin Green Data Centre yang canggih itu masih hijau ketika ini..maka minggu ni pula ada banyak maklumat aku kena cari..maka aku pun hilang keghairahan bekerja dan aku lebih suka masuk mesyuarat dan diskusi lantas meninggalkan kerja tersadai di penjuru meja itu..dan suhu bilik aku pula menjunam turun sampai aku rasa nak pergi universal traveller membeli barangan yg sesui untuk dipakai semasa bekerja..

hari selasa, pagi2 lepas aku kena tegur dengan bos..biasa la kan..tapi aku sedikit kecewa dgn immediate boss yang tak back up aku pd mulanya..terpaksa aku defend diri sendiri..tatkala kena sembur tu, aku rasa ak patut diberi peluang mempertahankan diri dan tindakan aku..dan perkara yang benar aku tak perlu takut..jarang2 kena marah, aku rasa macam kaw2 je kali ni..mungkin angin bos kurang baik..

sampai waktu makan, sedang aku menyantap, nmpak la boss yg marah aku tadi tu baru turun dan ambil makana..aku terus panggil, "Tuan, mari makan sini sama.." ye, makanlah kami bersama dan bercerita tentang hal apa yang aku sudah lupa..hal dunia dan kereta myVi baru je yg aku ingat..kehkeh..

kadang2 aku rasa bos memang patut marah bila aku buat salah..tapi bos kena bagi peluang dulu aku jelaskan apa yg berlaku sebelum menuduh yang bukan2..sebab nanti bos yang akan malu..satu hari nanti jika panjang umur dan masih dikurniakan rezeki kudrat, mana tahu aku juga berada di tempat seperi dia..btah apa la yg akan jadi pada aku yang panas baran ni..

lepak makan2 kat umbai dulu ni dengan bos2 dan rakan2..

20 Jun 2011

Pemergian Pak Uda dan Qayyum..

Aku memang minat siri Pi Mai Pi Mai Tang Tu..watak2 dalam flat Sri Wangi macam Budin, Pak Busu, Ravi, Lucy juga pak uda memang sinonim dengan aku dari dulu smpai la sekarang..ye, aku layan PMPMTT lagi kat astro sekarang ni..Pagi ini Pak Uda atau namanya Zami Ismail telah meninggal dunia di IJN kira2 jam 10.30 pagi, 19 Jun 2011 akibat kegagalan jantung..

dan hari ini juga seorang pelukis komik Ujang telah juga meninggal dunia..korang kenal Qayyum? Arwah meninggal jam 7.30 mlm, 19 Jun 2011 akibat stroke.. :( dalam Ujang Siri Tv la pulak, Qayyum ni la Mat Despatch..

Al-fatihah buat kedua-dua arwah Zami Ismail dan Qayyum..


*Arwah Qayyum sebagai Mat Despatch dalam Ujang Siri TV lah pulak~

Pra Olimpik : Malaysia lwn Lubnan

fuh..baru lepas layan siaran langsung kelayakan olimpik, Malaysia lawan Lubnan..FIFA ranking terkini menunjukkan Harimau malaya di tangga 143 dan Lubnan 178...main kat beirut, siaran langsung tak lain tak bukan kat astro arena 801! separuh masa pertama nampak juga skuad Harimau Malaya  kita ni gabra gak..tak boleh nak pegang bola lama2 + passing pun berterabur..kesan kekalahan perlawanan persahabatan ke nih? aku yang tgk ni pun gabra juga..jangan la apek tewas dulu..tiada jaringan separuh masa pertama..fiuh..izzaq farris free header tak berapa cun..silaukah? masuk separuh masa kedua, baru nampak Harimau Malaya menunjukkan taring..hoho! beberapa percubaan tepat..cayalah! Malangnya masih tidak dapat menggegar jaring lubnan..keputusan:


Secara keseluruhan, pertahanan yg dikepalai Muslim memang superb! long pass lubnan semua depa leh pancung..apek pun tak ada kena bola yg payah..tengah? kena pertingkatkan lagi..kiri kanan? Wan Zack + Kecik main smart..patut masuk kecik awal2 pun ok..berani bawa bola terjah masuk..penyerang? izzaq dapat sekali je peluang..Ong siew kim kena buat srtatergi serangan yg lebih garang rasanya..

kalau korang perasan, stadiun kat Beirut tu tak banyak pun penyokong Lubnan..aku dengar suara penyokong Harimau Malaya je..Lubana tak dapat sokongan penyokong yang ramai, jadi pemain kita pun takde la saiko sangat..jom kita gegar Stadium Nasional Bukit Jalil hari Khamis depan 23 Jun 2011..Kali terakhir aku pergi masa Kelayakan pusingan pertama,  Malaysia Lawan Pakistan kat Stadium Shah Alam..tak ramai masa itu.. :( Takkan nak tunggu Malaysia layak baru nak turun stadium beb? Olimpik 2012 kat London tuuu~

Jom Turun Stadium! *pss: korang rasa Ketua Menteri Sarawak bawak bini dia tak pi SNBJ nanti? hehe~

18 Jun 2011

make over der~

hari sabtu..bosan2 lepak rumah..cerita tak ada yang menarik..layan surfing..FB pun gua rasa dah bosan..otak tepu semalam balik kerja lewat malam..pagi ni kena gegar awal pagi dgn aizad..Miss J pergi makan dah..aku bantai megi je la jap lagi..

tiba2 aku terbahak..haha..tak sangka betul, boleh make over smpai tahap macam nih! macam siot..



*sumber dari theCHIVE.

Gerhana..Woo..gerhana

16 Jun lepas ada Gerhana Bulan yang boleh dilihat..gerhana bermula kira2 jam 1pg dan tamat pada jam 6.59 pagi..gerhana penuh dijangja kira2 jam 3pagi...disebabkan ianya berlaku kira2 11 tahun sekali..aku pun bersemangat waja la juga..dulu aku memang minat dengan langit angkasa ni..astronomi punya bidang..siap gua merajuk dengan abg gua pasal dia janji nak belikan gua teleskop masa besday gua yang ke 15! tp smpai ke 35 ni gua tak dapat lagi..huu~

aku ajak zahirie pi masjid putra..dengarnya ada cerapan kat sana..tapi dia tak mahu..tak ada geng, memang rasa berat la nak pergi..aku decide tengok kat rumah je la..kalau tidur, takut tak bangun langsung..jadi aku pun berjaga la yob..kat bawah ni gambar bulan jam 1.45pg..pastu jam 2.30 pg..dan jam 3 pg..sebagai seoarang yg tahap amatur pun belum dicapai, gambar ni mmg tak clear la yob..lg pun aku pakai kamera biasa je..

nampak la juga kot gerhana ni~
bila jam 3pagi je..fuh, berkemutih awan nano menutup langit..ilang terus pandangan bulan kalau guna mata kasar aku ni..apa nak buat..mata pun dah ngantuk..tak ada rezeki nak tgk gerhana ni bulan rejab kali ini..sebelum tidor, gua layan lagu Gerhana dari kembara kat bawah ni..lagu cari makan aku kalau pi karaoke..haha!


aku tak tahu la video klip ni asli ke atau asli yg palsu..yang aku tahu, aku bukan keturunan super saiya..pasal masa aku tgk bulan tu, aku tak berubah menjadi gorilla ganas! mungkin benar aku cuma bergenetik mutant~

15 Jun 2011

Gegaran muncul semula..

semalam, 2 kali gegaran berlaku di sumatera..kesannya dirasai sampai la ke bangunan E4/5 ni juga..gegeran pertama? aku masih di rumah..sampai2 kat cafe, ada yang dah bersembang..tak lama kemudian tu baru tahu ada info rasmi dari Jabatan Meteorolgi Malaysia bahawasanya berlaku gempa di Sumatera Utara, Indonesia..Lebih kurang jam 11pg, satu lagi gegeran susulan berlaku..kali ni ada pengumuman untuk pengungsian bangunan..semua pun pakat turut la..tempat berkumpul di sebelah belakang, jadi tak nampak mcmmana bangunan yang lain..khabarnya MOH & KPT semua pun turun..

pelbagai topik dibincangkan semasa melepak2 di bawah ni.

dalam 10 minit, tiada apa2 dan kita punya Mr. W pun maklumkan boleh naik..waah, aku ingatkan bomba yang akan datang periksa bangunan baru selamat untuk dinaiki..walaupun gegaran sikit je tapi bangunan kat sini mana ada penyerap gegaran..takpelah, dalam hati aku pun sebenarnya, "ok, jom naik balik sambung kerja!"..tapi kan, aku tak tahu berapa ramai yang sedar bahawa bukan pekerja pakai tag gomen saja yang ada di sini? masa dah berhimpun tu, di manakah ANAK2 KECIL KAT TASKA YANG ADA KAT BANGUNAN NI JUGA?


kalau ibu bapa kerja kat sini, boleh lari terus utk dptkan anak2 mereka..kalau yang ibu bapa tidak bekerja di bangunan ini? ye la, semalam tiada apa2 berlaku..akan datang? terhantuk baru terngadah agaknya..aku borak2 dengan beberapa orang member, katanya mana pasukan kecemasan di kalangan pekerja? ada yg jawab, depa tu train utk kebakaran je..utk gempa dan lain2 takde latihan lg kot.Oooo~


takpelah..untuk peringatan buat aku dan korang semua juga..kalau ada berlaku kecemasan di mana2, selepas selamatkan diri sendiri, baru selamatkan org lain ye..bergegar kecil2an ni aku tak bimbang sangat..tapi yang aku kesahkan kalau internet/server down sampai emel pun tak boleh buka! dan air-cond yg sejuk melampau sampai aku rasa tangan aku nak letak bawah pungkok untuk dapatkan habanya..nak buat kerja pun tak berapa nak senang..

Indonesia ada Gunung Berapi tergempaq = Krakatoa. kalau berlaku gempa dan krakato meletup lagi, kita kat malaysia antara yang awal terkorban agaknya..

13 Jun 2011

pengorbanan seorang ibu

Kalau korang pergi ke Parcel E Putrajaya dan masuk ke dalam parcel tu, korang akan lihat betapa bersepahnya kenderaan kat dalam tu..aku sebenarnya berpendapat, suasana persekitaran kat parcel E tu sangat cantik..dengan lanskap dan rimbun pokok2 di celah2 bangunan..memang tahan internationaleee~~ tapi keindahannya telah dicacatkan..kalu korang masuk, kereta bersusun parkir di bahu jalan..bas2 kementerian/jabatan pun bersepah je..kon keselamatan yg berantai2 menjadi hiasan utama!! kat lobi setiap bangunan pula, banyak motosikal pak & mak guard, penghantar surat, dan brader2 maintainance bangunan..!







dulu aku pernah upload video masa aku tak ada parkir mula2 masuk kerja..itu dulu..sebenarnya, dah ada kawasan letak kereta bersebelahan parcel E ni..tapi ramai yang tak mahu parkir di san..mungkin sebabnya ada caj letak kereta = RM1/ jam..maknanya kalau korang kerje sehari 8jam dan tak keluar pejabat, caj parkir = RM 8...owh, ini sama harga dengan caj bil pembetungan anda selama sebulan!! disebabkan parkir yang terhad dan bersepah ini, maka siapa cepat dia dapat menjadi amalan..namun begitu, setelah layan video ni dan katakan anda mencari parkir setelah berpusing2 selama 15 minit..anda ternampak satu tempat kosong! YAYYY..!! bila anda parkir je dan keluar kereta, anda terbaca ini:



apa pilihan korang?

09 Jun 2011

Kosmo - Rentap Futsal

Hujung bulan lepas Putrajaya disesakkan dengan kebanjiran ramai manusia dari segenap pelusuk Tanah Melayu. sempena Hari Belia yang berlangsung dari 27-29 Mei 2011..aku ni pun terjebak juga dengan program HB ni tapi aku memang malas nak meredah lautan manusia kat presint 2..aku cuma berada di Gelanggang Futsal, Presint 18 sebab Real Betis KeTTHA hantar 2 team Futsal, Team A dan Team B..aku dalam Team A..tiada beza pun team mana yang hebat..kalau ada ramai, ada la lagi Team C pula..kami register masuk kategori Lelaki Terbuka! 

Real KeTTHA mula berlatih sebulan lalu dgn kadar permainan sejam sekali main dan seminggu sekali je..maknanya 4 kali je la..dan 2 kali je aku dapat turun pasal sekali aku dihantar bertugas luar kawasan dan diserang cirit birit yg memedihkan lubang duburku..adeh~ Hari yg dinannti, 27 Mei (Jumaat) pun tiba..ikut jadual, perlawanan bermula jam 9pg dan kami game ke-4..hujan turun sejak subuh..dan perlawanan kategori Larut Malam melarat sampai ke pagi..

pukul 8.30 dah sampai dah..berkhemah bawah pokok
Tunggu punya tunggu sampai ke tengah hari, game belum mula lagi..balik umah, Jumaat dulu..pastu datang balik..dari pagi panas badan..pastu dah tahap PANAS HATI..! gua dengan jiwa lara ni memang bosan betul la..akhirnya jam 4.30 petang baru Team A main! Keputusan pusingan Kumpulan Team A:

Real KeTTHA A (mn) 3 : VS : 1 Bas Burok FC
Real KeTTHA A (klh) 0 : VS : 1 Temerloh 1

dengan keputusan di atas..kami layak ke pusingan kalah maut! Perlawanan Real KeTTHA B lewat sikit..malangay kedua2 penjaga goal Team B ni tak dapat main sebab cedera dan balik kampung kecemasan..gua pun dengan machonya menjadi sukarela jadi penjaga gol memandangkan pemain cukup2 je..ok, kali terakihir gua jaga gawang adalah masa gua darjah 4, main bola kat laman rumah Tuan Jamal kat Dusun Dato Murad, Melaka!  keputusan perlawanan pusingan kumpulan Team B:

Real KeTTHA B (mn) 2 : VS : 2 Pemuda Pas Putrajaya
Real KeTTHA B (klh) 1 : VS : 1 (tak ingat nama team)

Layak juga ke pusingan kalah maut!


tapi bila tanya penganjur, depa kata tak tahu pusingan seterusnya mula jam berapa..haduiii! lagi aku hangin..menjelang maghrib, ramai dah balik dulu..tinggal aku, aizad, lan, ariff yang bertahan pasal bimbang gak tiba2 jadual keluar..sampai jam 9, aku dah lapar n badan pun berlengas..dari pukul 7pg bro kat sana..jd, aku & aizad balik rumah aku dulu, mandi2..aku roger Miss J suruh datang desa sebab nak makan sama..ngam2 aku order makan, dapat hallo dr ariff, kata game pusingan kalah maut sudah bermula! apa itu neraka?!! gelabah gua terus pecut balik umah, salin baju balik + terus henjut ke gelanggang..aizad dah rempit dulu awal2..aku sampai2 je, game dah mula..dan pemain ngam je ada..Real KeTTHA B tewas penalti setelah seri tanpa jaringan..aizad hangin semacam masa ni..sebab pemain yang sepatutnya ada tak cukup orang dan tak sempat nak prepare mental sebelum masuk berjuang..pada aku, penganjur @ KOSMO ni pun tak patut la macam ni..perlawanan kategori Lelaki Terbuka sepatutnya hanya dari 9pg-5ptg..malam hanya untuk Kategori Larut Malam..kami kecewa..

next, game utk Real KeTTHA A kira2 jam 11mlm..malangnya penjaga gawang (farid) dah balik Klang..nak dtg memang tak sempat..aku la nampaknya jadi penjaga gawang..keputusan: 

Real KeTTHA A (mn) 5  : VS: 1 BOoragas FC..


kami layak ke peringkat seterusnya! mengubat sedikit kecewa..sekali lagi, bila tanya penganjur, depa kata tak tahu bila pusingan seterusnya mula..hampeh betul..takkan nak tunggu sampai subuh..! sipi2 jam 12mlm, akhirnya confirm, game hari ahad! bagus..hari Sabtu boleh aku tido seharian di rumah!

hari ahad pun tiba..pendaftaran team semula dan ada 4 court (kumpulan) untuk perlawanan hari ni. Kami di Court 4..ramai pula yang tak datang! "kenduri kahwin", "jauh", "tak sangka dapat sampai peringkat ni" antara alasan yang diberikan..keeper pun tak ada! yang hadir, tidak patah semangat dan perjuangan diteruskan..keputusan:

Real KeTTHA A (mn) 1 : VS : 0 Pemuda Pas Putrajaya ..
Real KeTTHA A (klh) 0 : VS : 2 (tak ingat nama team) ..

terhenti sudah perjuangan kami di Quarter final Court 4...aku tak sesal sebab kalah..kami dah cuba sebaiknya..aku cuma sesal dgn geng2 yang tak datang dengan alasan yang sungguh tidak munasabah..ini pertama kali aku join team futsal KeTTHA..dan ini kali pertama team ini dapat sampai ke peringkat yang boleh dibanggakan ni atas usaha semua yang ada..tahun depan?

Real KeTTHA pasti menyinar lagi.. :)

Real KeTTHA A






03 Jun 2011

Rejab datang lagi

Seawal pagi lagi aku terima emel bertajuk "Rejab Datang Lagi.." Yup, hari ini 3 Jun 2010 adalah 1 Rejab 2011..Emel dari seorang sahabat mengandungi artikel yang ditulis oleh : Ustaz Haji Mohd. Nawi bin Haji Ismail. Terus terang cakap, aku memang tak pandai membuat penulisan berunsur keagamaan. Jadi, aku kongsikan artikel yang ditulis oleh ustaz Haji Mohd Nawi untuk sahabat2 sekalian..

Rejab Datang lagi..

Bulan ketujuh dalam kalendar Islam ini mempunyai keistimewaan tersendiri sebagaimana yang dijanjikan Allah seperti yang terkandung dalam al-Quran. Rejab mempunyai empat makna iaitu takzim (kebesaran, keagungan dan kemuliaan), rahmah (bulan yang penuh dengan rahmat Allah), Jud'un (pemurah) dan Birr'un (kebajikan). Bulan Rejab adalah salah satu bulan yang mulia dan banyak kelebihannya. Nabi Muhammad saw dalam satu hadis menyatakan bahawa Rejab itu bulan Allah. Sabda baginda yang bermaksud: "Sesungguhnya Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku dan Ramadan adalah bulan umatku".

Rejab dalam bahasa Arab bererti agung. Bulan ini dinamakan Rejab kerana pada bulan ini orang Arab zaman jahiliah dan awal Islam sangat menghormati dan mengagungkannya. Menurut satu kisah, di zaman dahulu, khususnya sebelum dan awal Islam, pada bulan ini petugas Kaabah membuka pintunya sebulan penuh, sedangkan pada bulan lain pintu Kaabah hanya dibuka pada hari Isnin dan Khamis. Ini kerana Rejab adalah bulan Allah. Kaabah pula adalah rumah Allah. Kita adalah hamba Allah. Oleh itu, bagi mereka tiada sebab mengapa hamba Allah dilarang memasuki rumah Allah pada bulan Allah ini. Dalam hal berkaitan, Saidina Abu Bakar pernah berkata: "Apabila tiba malam Jumaat yang pertama dalam Rejab, maka semua malaikat dari segenap penjuru sama ada dari udara, laut dan darat berkumpul di sekeliling Kaabah".

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah At-Taubah ayat 36:


Bermaksud: "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi hukum Allah ialah dua belas bulan, yang telah ditetapkan dalam kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama kamu yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu dengan melanggar larangannya.Dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa"



Rejab bererti kebesaran dan dinamakan Rejab kerana bulan ini sangat dimuliakan pada zaman Jahiliah.  Dalam bulan ini juga mencatatkan sejarah penting bagi kehidupan umat Islam kerana dalam bulan ini mengandungi peristiwa Isra' dan Mikraj Junjungan Nabi Besar kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam satu peristiwa yang kita telah maklum keagungannya. Umat Islam digalakkan untuk beribadat sebanyak mungkin pada bulan Rejab ini kerana pada bulan ini Allah Subhanahu Wataala banyak memberikan pahala kepada mereka yang mengerjakan ibadat di dalamnya. Di antara amalan-amalan yang digalakkan ke atas orang-orang Islam untuk mengerjakannya pada bulan Rejab ini ialah:-


Pertama: Membaca Salawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Umat Islam memang digalakkan untuk membanyakkan membaca salawat pada bila-bila masa terutama pada ketika pahalanya dilipat gandakan di dalamnya seperti pada bulan Rejab kerana membaca salawat sangat besar pahalanya.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Antara mafhumnya: " Barangsiapa yang membaca salawat untuk Ku satu kali, Allah bersalawat kepadanya sepuluh kali, dan barangsiapa bersalawat sepuluh kali kepada Ku, Allah akan bersalawat kepadanya sebanyak seratus kali.  Dan barang siapa yang bersalawat kepada Ku seratus kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua matanya kebebasan dari nifak dan kebebasan dari neraka.  Pada hari kiamat orang itu akan ditempatkan bersama orang-orang yang mati syahid". [Riwayat At-tabrani].

 Kedua: Bertaubat.

Kita digalakkan untuk memperbanyakkan bertaubat pada bulan Rejab kerana bulan ini adalah bulan pengampunan.

Ketiga: Berpuasa.

Kita Umat Islam digalakkan untuk banyak berpuasa  pada bulan Rejab. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi. Maksudnya:  "Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebuah sungai yang disebutkan sungai Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu, barangsiapa yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab, Allah akan memberinya minum dari sungai itu".

 Keempat: Berdoa.

Apabila berada di bulan Rejab, kita berharap agar sampai pula pada bulan Syaaban dan bulan Ramadhan.  Bulan Ramadhan bulan yang dinanti-nanti oleh setiap orang Islam yang sentiasa merindui pahala besar.

Selain daripada itu banyak lagi ibadat-ibadat lain yang mempunyai banyak kelebihan untuk kita amalkan di bulan ini seperti bersedekah dan melakukan amal jariah yang lain.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah At-Tahrim ayat 8:

Bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan bertaubat nasuha mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai".

Istimewanya  bulan ini, pada 27 Rejab ialah berlakunya peristiwa Isra' dan Mikraj.

 Disediakan oleh: Ustaz Haji Mohd. Nawi bin Haji Ismail