09 Jun 2011

Kosmo - Rentap Futsal

Hujung bulan lepas Putrajaya disesakkan dengan kebanjiran ramai manusia dari segenap pelusuk Tanah Melayu. sempena Hari Belia yang berlangsung dari 27-29 Mei 2011..aku ni pun terjebak juga dengan program HB ni tapi aku memang malas nak meredah lautan manusia kat presint 2..aku cuma berada di Gelanggang Futsal, Presint 18 sebab Real Betis KeTTHA hantar 2 team Futsal, Team A dan Team B..aku dalam Team A..tiada beza pun team mana yang hebat..kalau ada ramai, ada la lagi Team C pula..kami register masuk kategori Lelaki Terbuka! 

Real KeTTHA mula berlatih sebulan lalu dgn kadar permainan sejam sekali main dan seminggu sekali je..maknanya 4 kali je la..dan 2 kali je aku dapat turun pasal sekali aku dihantar bertugas luar kawasan dan diserang cirit birit yg memedihkan lubang duburku..adeh~ Hari yg dinannti, 27 Mei (Jumaat) pun tiba..ikut jadual, perlawanan bermula jam 9pg dan kami game ke-4..hujan turun sejak subuh..dan perlawanan kategori Larut Malam melarat sampai ke pagi..

pukul 8.30 dah sampai dah..berkhemah bawah pokok
Tunggu punya tunggu sampai ke tengah hari, game belum mula lagi..balik umah, Jumaat dulu..pastu datang balik..dari pagi panas badan..pastu dah tahap PANAS HATI..! gua dengan jiwa lara ni memang bosan betul la..akhirnya jam 4.30 petang baru Team A main! Keputusan pusingan Kumpulan Team A:

Real KeTTHA A (mn) 3 : VS : 1 Bas Burok FC
Real KeTTHA A (klh) 0 : VS : 1 Temerloh 1

dengan keputusan di atas..kami layak ke pusingan kalah maut! Perlawanan Real KeTTHA B lewat sikit..malangay kedua2 penjaga goal Team B ni tak dapat main sebab cedera dan balik kampung kecemasan..gua pun dengan machonya menjadi sukarela jadi penjaga gol memandangkan pemain cukup2 je..ok, kali terakihir gua jaga gawang adalah masa gua darjah 4, main bola kat laman rumah Tuan Jamal kat Dusun Dato Murad, Melaka!  keputusan perlawanan pusingan kumpulan Team B:

Real KeTTHA B (mn) 2 : VS : 2 Pemuda Pas Putrajaya
Real KeTTHA B (klh) 1 : VS : 1 (tak ingat nama team)

Layak juga ke pusingan kalah maut!


tapi bila tanya penganjur, depa kata tak tahu pusingan seterusnya mula jam berapa..haduiii! lagi aku hangin..menjelang maghrib, ramai dah balik dulu..tinggal aku, aizad, lan, ariff yang bertahan pasal bimbang gak tiba2 jadual keluar..sampai jam 9, aku dah lapar n badan pun berlengas..dari pukul 7pg bro kat sana..jd, aku & aizad balik rumah aku dulu, mandi2..aku roger Miss J suruh datang desa sebab nak makan sama..ngam2 aku order makan, dapat hallo dr ariff, kata game pusingan kalah maut sudah bermula! apa itu neraka?!! gelabah gua terus pecut balik umah, salin baju balik + terus henjut ke gelanggang..aizad dah rempit dulu awal2..aku sampai2 je, game dah mula..dan pemain ngam je ada..Real KeTTHA B tewas penalti setelah seri tanpa jaringan..aizad hangin semacam masa ni..sebab pemain yang sepatutnya ada tak cukup orang dan tak sempat nak prepare mental sebelum masuk berjuang..pada aku, penganjur @ KOSMO ni pun tak patut la macam ni..perlawanan kategori Lelaki Terbuka sepatutnya hanya dari 9pg-5ptg..malam hanya untuk Kategori Larut Malam..kami kecewa..

next, game utk Real KeTTHA A kira2 jam 11mlm..malangnya penjaga gawang (farid) dah balik Klang..nak dtg memang tak sempat..aku la nampaknya jadi penjaga gawang..keputusan: 

Real KeTTHA A (mn) 5  : VS: 1 BOoragas FC..


kami layak ke peringkat seterusnya! mengubat sedikit kecewa..sekali lagi, bila tanya penganjur, depa kata tak tahu bila pusingan seterusnya mula..hampeh betul..takkan nak tunggu sampai subuh..! sipi2 jam 12mlm, akhirnya confirm, game hari ahad! bagus..hari Sabtu boleh aku tido seharian di rumah!

hari ahad pun tiba..pendaftaran team semula dan ada 4 court (kumpulan) untuk perlawanan hari ni. Kami di Court 4..ramai pula yang tak datang! "kenduri kahwin", "jauh", "tak sangka dapat sampai peringkat ni" antara alasan yang diberikan..keeper pun tak ada! yang hadir, tidak patah semangat dan perjuangan diteruskan..keputusan:

Real KeTTHA A (mn) 1 : VS : 0 Pemuda Pas Putrajaya ..
Real KeTTHA A (klh) 0 : VS : 2 (tak ingat nama team) ..

terhenti sudah perjuangan kami di Quarter final Court 4...aku tak sesal sebab kalah..kami dah cuba sebaiknya..aku cuma sesal dgn geng2 yang tak datang dengan alasan yang sungguh tidak munasabah..ini pertama kali aku join team futsal KeTTHA..dan ini kali pertama team ini dapat sampai ke peringkat yang boleh dibanggakan ni atas usaha semua yang ada..tahun depan?

Real KeTTHA pasti menyinar lagi.. :)

Real KeTTHA A






2 ulasan:

dcharmed berkata...

pergh aksi penjaga gol mmg terbaeekkkkk!

'arif berkata...

haha..bola perlahan je tu..saja gua baring2 kasi nampak bergaya dan ia berjaya~