15 Jun 2011

Gegaran muncul semula..

semalam, 2 kali gegaran berlaku di sumatera..kesannya dirasai sampai la ke bangunan E4/5 ni juga..gegeran pertama? aku masih di rumah..sampai2 kat cafe, ada yang dah bersembang..tak lama kemudian tu baru tahu ada info rasmi dari Jabatan Meteorolgi Malaysia bahawasanya berlaku gempa di Sumatera Utara, Indonesia..Lebih kurang jam 11pg, satu lagi gegeran susulan berlaku..kali ni ada pengumuman untuk pengungsian bangunan..semua pun pakat turut la..tempat berkumpul di sebelah belakang, jadi tak nampak mcmmana bangunan yang lain..khabarnya MOH & KPT semua pun turun..

pelbagai topik dibincangkan semasa melepak2 di bawah ni.

dalam 10 minit, tiada apa2 dan kita punya Mr. W pun maklumkan boleh naik..waah, aku ingatkan bomba yang akan datang periksa bangunan baru selamat untuk dinaiki..walaupun gegaran sikit je tapi bangunan kat sini mana ada penyerap gegaran..takpelah, dalam hati aku pun sebenarnya, "ok, jom naik balik sambung kerja!"..tapi kan, aku tak tahu berapa ramai yang sedar bahawa bukan pekerja pakai tag gomen saja yang ada di sini? masa dah berhimpun tu, di manakah ANAK2 KECIL KAT TASKA YANG ADA KAT BANGUNAN NI JUGA?


kalau ibu bapa kerja kat sini, boleh lari terus utk dptkan anak2 mereka..kalau yang ibu bapa tidak bekerja di bangunan ini? ye la, semalam tiada apa2 berlaku..akan datang? terhantuk baru terngadah agaknya..aku borak2 dengan beberapa orang member, katanya mana pasukan kecemasan di kalangan pekerja? ada yg jawab, depa tu train utk kebakaran je..utk gempa dan lain2 takde latihan lg kot.Oooo~


takpelah..untuk peringatan buat aku dan korang semua juga..kalau ada berlaku kecemasan di mana2, selepas selamatkan diri sendiri, baru selamatkan org lain ye..bergegar kecil2an ni aku tak bimbang sangat..tapi yang aku kesahkan kalau internet/server down sampai emel pun tak boleh buka! dan air-cond yg sejuk melampau sampai aku rasa tangan aku nak letak bawah pungkok untuk dapatkan habanya..nak buat kerja pun tak berapa nak senang..

Indonesia ada Gunung Berapi tergempaq = Krakatoa. kalau berlaku gempa dan krakato meletup lagi, kita kat malaysia antara yang awal terkorban agaknya..

3 ulasan:

TiTi berkata...

ingatkan smlm boleh balik rumah terus! hahaha standard lar selagi takde kebakaran besar selagi tu lar semua selamba je :D

'arif berkata...

haha..ramai je yang mengulor pastu..

UMMI YL berkata...

kalau real situation, katalah gegaran boleh menyebabkan kucar kacir dan kerosakkan yang serius dikhutiri mak ayah tak sempat pi amik anak.

Rasanya Malaysia dah patut amik serius hal-hal latihan menghadapi kecemasan gempa dan bila jadi apa2 kena buat dengan serius. Contoh hal anak-anak di taska. penjaga2 di taskalah kena bawak semua keluar dengan kawalan dan prosedur yang teratur. Malaysia dah banyak bangunan tinggi. walaupun kita tak de gempa, tapi boleh jadi gegaran kecil menyebabkan bencana.