13 Disember 2011

Kejohanan Bola Sepak & Bola Jaring Silat Cekak Hanafi

3 Disember yang lepas..ada 2 aktiviti dalam diary aku..dan aku kena pilih! Kejohanan Bola Sepak atau Energy Run Terbuka Lelaki! nak main bola 9 sebelah bersama keluarga silat atau nak lari 7km dengan geng2 satu opis..

dan pilihan aku, main bolaaaa! hahaha! sebab utama? aku suka main bola la yob..lagipun dengan keluar cekak hanafi ni aku dah lama tak join program macam ni..kejohanan bola sepak ni diadakan 9 sebelah kat Padang Varsity UM..pertama kali la aku main kat sini..Pembahagian pemain dibuat secara undian..maknanya, cabut undi & korang akan masuk team mana..aku masuk team UMUM FC! haha! nama diambil sempena peringkat umum dalam silat ni..nama2 team lain macam ABCD FC, Siku Potong FC etc..

Ni geng Kokun hijau aku masa satu rumah kat Parit Raja dulu...

ada 8 team semuanya..dibahagikan dalam 2 kumpulan..team aku kalah kat peringkat kumpulan lagi..aiseh..jadi, cerita entry kali ini pendek je la..kalau menang, memang gua tulis berjela2 ketangkasan gua menggelecek mahupun mengayamkan pihak lawan..haha!

Perlawanan persahabatan antara Veteran Sri Lading  Vs Vet-Junior Negeri Sembilan juga diadakan..

aku memang kagum la dgn passing skill YM Syeikh..memang kelam kabut defend dibuatnya..

Harap2 program macam ni diadakan selalu pada masa akan datang!
Jangan tak tahu, Kelab Sri Lading pernah memasuki liga bola sepak divisyen 2 satu ketika dahulu 

2 ulasan:

Miz Jac berkata...

haaa.. tawun depan saye nak join maen bola jaring la boss.. boleh? ^^

titan_jb berkata...

boooo!!! loser... ^_^