25 November 2009

hahaha..hazwan punya kerja!!

salam..
semalam aku chat ngan member dia..aku rasa sedikit sebanyak aku dapat gambarannya..cuma perkara ini macam berulang saja..entahlaa..aku pun tak tahu ke mana bengkang bengkok nya..tapi hala tuju hidup aku memang sentiasa aku tuju..aku sedikit tenang hari ni walaupun semalam aku agak emosi..thank to my dear friends..cik pija, cher & fer..owh~thank cher utk post ko tu.. :)
.
..
...
hari ni JKJ**21 popular! nama beliau masuk dalam emel untuk semua ahli KeTTHA..minta maaf sebab ganggu lalu lintas tingkat bawah ye..
.
..
...
dalam pada emosiku yang tidak stabil & suram ni..tetiba aku terbahak2 gelak!! haha! ni suma angkara si hazwan la ni..! takyah panjang cerita..tengok hasil karya dia kat bawah ni..







siot..! haha! aku rasa gambar terakhir ni paling alien!!


24 November 2009

akur..

hidup mungkin akan kembali seperti biasa
keluarga dan teman rapat sentiasa di sisi...

setia menanti..

salam semua..3 4 ari ni agak penuh aktiviti aku..jumaat = pergi balik ipoh, Ahad = pergi balik perak, Isnin=pergi balik pahang..esok ntah nak pergi balik negeri mana la pula..yang aku tau pergi balik INSPEN Bangi..setelah menerima memo pendek sila hadir ke bengkel Pengurusan Tatatertib!! kalau tak hadir, sila kemukakan surat tunjuk sebab..hoho! aku rasa macam DPA la pulak...

Ahad lepas pi melaka ngan kenduri r lurq & azam..seronok dapat jumpa ramai mber2 lain..then ronda2 melaka naik beca Hj. Kamarudin + Hj. Yusof yang Leen takkan lupakan..haha! takyah aku cerita panjang..nanti sure Leen + Cherie update kat blog diaorang..harap2 kamera leen dah ok! Kalau tak, hilang la gambar buat tatapan semua..

Aku baru balik dari Pahang nih..jumpa org2 kampung yang terlibat ngan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang Selangor. Payah gak nak borak2 dalam kereta bila ada 3 orang yang bernama 'wan'! haha! bile tanye, kang dua2 tak jawab..kadang2, dua menjawab pulok..huhu! tapi, masak lemak ikan patin td yang gua bedal memang TARBAEEKKKK BRO..!


22 November 2009

kenapa awk tak datang wedding saya?

"hello..assalammualaikum.."
"waalaikumsalam..hey, sehat?"
"sehat..awk sehat"
"yup, sehat dan ceria..hehe"
"Kenapa awk tak datang weding saya hari tu hah?"
"eh, saya datang la..makan terus balik. tak sempat jumpa awk pun.."
"awk tipu! mama + ayah cakap awk xdtg! dieorang yg tanya saya kenapa awk tak datang!"
"hehe..sory2..saya ada byk wedding time tu sebenarnya.."
"eleh..ye la tu.."
"ye la..betull.."
"hehe..tapi angah cakap, ape la along ni, org gila je yang datang wedding x-gurlfren yg tinggalkan dia.."

18 November 2009

rapuh..

masa marah aku memang tidak boleh berfikir..
tidak boleh berfikir secara waras..
tidak boleh mengawal perasaan dan emosi..
tidak boleh berhadapan dengan orang yang membuat aku marah..
tidak boleh melakukan kerja dengan sempurna..
tidak boleh nak mengarang panjang lebar..
.
..
...
aku hanya boleh..
.











..












...









....













makan ice-cream...!!

17 November 2009

musim hujan..vs musim kahwin!!

bila hujan turun ramai yang mengeluh..susah nak bergerak la..kain baju tak kering la..mood pun suram la..tak ceria & sedih la..tapi aku memang suka hujan! dengan harapan tiada la berlaku kemarau macam kat Labuan..kesian orang-orang kat sana..dah beberapa bulan air kena catu..mujur zaimee + tina kahwin hari tu takde masalah sangat..jadi, yang sana mengharap hujan, kita kat sini jangan pula mengeluh hujan turun setiap hari..

Apa lagi musim selain hujan @ tengkujuh di penghujung tahun? dah tentu la musim cuti sekolah kan..bila cuti sekolah, maka selain cendawan tumbuh merata..kenduri kahwin pun merata-rata gak! adoi la..pening gak aku nk plan ni..banyak sangat ni..aku siap dapat sms seawal subuh semata-mata nak alamat untuk hantar kad!

poket tengah kering..nak kena mengembara jauh lak pergi kenduri,,jadi, jom kita pelan sama-sama geng! kongsi kereta n konvoiiiii...!!


antara kad hard copy yang aku dah terima..yang soft copy pun banyak..

Iliani @ yani..

salam buat semua..huh, rasa macam lama dah aku tak jenguk blog ni..walaupun baru berapa hari je sebenarnya..macam-macam perkara bermain dalam kepala otak aku ni haa..hari minggu lepas temankan kawan aku ambil kereta MyVI SE baru dia..RM54k..hurmm? pada aku sangat la mahal kereta itu..kalau kat Brunei dah boleh beli banglo 7 bilik! hoho!

ok..tu cerita hujung minggu..ni cerita semalam pula..hari ni aku nak cerita pasal iliani @ yani..


Masa aku mula-mula masuk ke KeTTHA (dulu KTAK) sekitar sept 07, aku diletakkan satu bilik ngan yani..dia ngah meeting masa tu jadi balik dari meeting dia masuk bilik, aku dah terpacak..
"hye, u officer baru kan? i yani, u?"
"hye..yup! baru kat sini..arif"
.
..
pastu yani dok pandang- pandang aku dari meja yang bersebelahan je..beberapa ketika kemudian..
"u graduate mana?"
"i kt KuiTTHO dulu.."
"owh..u memang orang johor? sekolah kat mana?"
"lahir kt mlaka..since 99 baru dok kt pontian, johor..sekolah last sekali kt STAR, perak"
"mmm..matrik ke dulu?"
"a'ah..matrik kt PTPL Shah Alam.."
"haa...!! Ko ni sama matrik aku dulu!! patut la aku macam pernah nampak je muka ko ni..macam familiar je aku tengok..!!"
"hah?? ye ke? hahaha..laaa...sory la aku tak perasan ko la.."
.
..
akhirnya borak macam-macam la..macam jejak kasih da..baru la sembang kencang lepas tu..huhu! aku ni memang tak ingat muka orang kot..sory yani! Aku berdua je dgn yani dalam bilik ni..jadi sembang dua je la..pastu tini turun dari HR join Sektor ni n lepak sekali bilik ni..jadi bertiga la kiteorang..dari member kerja makin lama bertukar menjadi member mengutuk + mengumpat + gosip-gosip + maki-maki dan seangkatan dengannya..hahaha!
.
..
tak lupa gak bila tiba masa bersedih..ye la kan..kita ni bukan sentiasa gembira je..jadi bila dia menangis kesedihan..aku pun sedih la gak..kadang-kadang aku pun kalut!
"aiseh..nangis pulak si yani ni..aduiii..cmne ak nk buat nih??!"
selalu hati aku camtu la..walau di dpn yani gua terpaksa control cool je konon..haha!
.
..
yani memang penakut tahap takut gila! jadi, memang best la aku kenekan dia..haha! tapi last2 nyusahkan aku gak! ada ke die tak bagi aku gi solat maghrib kt surau pasal takur dok sorang2 dalam bilik! pastu suruh aku solat kt bilik gak! siap bentangkan aku sejadah, cari +tuangkan air mineral utk aku amik wudu' kt bilik gak!! hampeh btol..hahaha! ni suma aku nyer pasal la ni asyik cakap ada hantu cermin laa, hantu printer laa, hantu main potostat la..haha!
.
..
macam2 lagi suka-duka aku + yani + member2 lain kat sini..bila outstation je ada ceritanya..bila ada function pun lain plak cerita..balik kampung pun penah sama-sama..lepas tu aku pergi DPA..tapi cerita kiteorg tak terputus..emel + hp la pulok..cerita gosip mosip ni mane leh putus..boring la idup nanti..hehe! kadang2 ada free time DPA, ada gak lepak makan ngan yani..balik dari DPA aku balik ke sektor ni semula..tapi dah tak duduk sebilik ngan yani..jgn risau beb, bilik pn sebelah2 je..kalau malas nk jalan dail ext je! haha!
.
..
TAPI
.
..
semua akan berubah selepas ni..semalam Yani dapat surat dari JPA..Melapor diri SERTA MERTA..!! ..ke Istana Negara..dan yani akan ke terengganu..selepas ni, takdelah lagi nak dengar yani ketawa..dah tk dpt nak menyakat yani..nak ngumpat-ngumpat pun dah tak best..tak boleh nak menakut-nakutkan dia lagi..hilang la member lunch aku makan ikan bakar kat lot10..tak dapat nak pau jambu pak ajis yang yani suka beli..tak boleh nak plan balik kg sama-sama..
.
..
..
dan..dah jauh untuk pinjamkan bahu aku buat yani nangis..
.
..
tahniah yani..
.
..
kat mane pun ko pergi, harap persahabatan kita kekal selamanya..
.
..
...
maaf salah silap aku..halalkan makan minum aku..juga halalkan ilmu yang ko beri kt aku..
.
..
...


gambar ni masa open house kat rumah aku..kiteorang buat surprise besday yani!!


jumpa lagi yani... ;(

11 November 2009

tertidur lepas maghrib td..ini cerita mimpi aku..

..kat mane aku ni..?
tempat ni tak pernah aku sampai..
bangunan runtuh sana sini..
musnah semuanya..
musnah segalanya..
aku berjalan seorang diri..tak tahu mana dah nak pergi..jalan dan terus berjalan melihat bandar yang musnah..masa ni aku rasa macam ada background muzik filem perang..masa perang dah habis dan masanya untuk memgumpul mayat-mayat...last battle trumphet
sayu dan sadis...
.
..
...
sedang aku merayau tanpa tujuan, aku ternampak 2 orang budak dan seorang perempuan tua..barangkali mak dieorang kot..aku pun menghampiri dieorang..
"owh..mirip orang palestin.."
"adakah aku di bumi palestin??!" kata hatiku..
.
..
entah kenapa aku tidak boleh bersuara walaupun aku rasa aku nak bercakap dgn dieorang nih..hanya mata saling memandang..aku memang nampak la yang dieorang dalam sengsara dan sedih..tiba-tiba mak dia masuk ke dalam satu lubang di celah2 runtuhan..
(aku rasa kot..ke gua??..aku pun tak berapa nak jelas..mimpi la katakan...)
anak-anak dia pun turut masuk..
aku mengikut dari belakang..
.
..
..."ughh..?!!"
.
aku sangat terkejut melihat banyak mayat di dalam tempat ini..mayat yang telah siap dikafan dan diletakkan di satu sudut..langsung tidak teratur dan seolah-olah dicampakkan sahaja..masa ni aku rasa jantung aku dah berdegup kencang..peluh jantan mula membasahi segenap liang badan aku...
.
..
...aku terjaga dari tidur! panas la pulak..secara automatik aku buka baju sepantas gaban dan tidur semula! mintak-mintak mimpi tadi bersambung!...
.
..
...
..ye..niatku tercapai..mmg mimpiku disambung semula! (ni tak tipu ni..)
.
..
...
dalam keadaan yang suram dan berdebu..di satu sudut aku ternampak satu mayat lelaki yang terbujur tanpa kafan yang sempurna..si ibu hanya memerhatikan aku dan anaknya pula dah bercangkung di tepi mayat tu..aku pun tak tahu kenapa tapi aku seolah-olah rasa aku perlu menyempurnakan mayat tu..aku pun pergilah kat mayat tu..dan tiba-tiba aku tersentak sebab mata mayat tu terjegil..terbeliak seolah2 amat sengsara dan takuttt! aku cuba tutupkan kelopak matanya tapi tak berjaya..
.
..
...
lantas aku terus menutupi seluruh badanya dengan kafan tersebut..perempuan tu pula menunjuk-nunjuk ke arah mayat2 lain yang banyak tadi tu..oh, mungkin dia mahukan mayat lelaki ini diletakkan di situ..aku pun cuba nak angkat, tapi tiada daya dan upaya..berat semacam! lalu aku terpaksa menolak..menarik..tolak lagi..tarik lagi..mak aih! awat payar beno nih!
.
..
...
dua budak tadi pun tolong aku gak..akhirnya kami berjaya meletakkan mayat tersebut di situ..tapi kain kafan dia dah koyak-koyak..terseksa benar jenazah ni aku rasa..aku dah tak keruan..aku sangat takut..dupdap..dupdap..dupdap..hati aku berdegup deras..
aku mahu tinggalkan tempat ini segera!!
.
..
...laalu aku berjalan ke arah cahaya laluan aku masuk tadi..betul-betul sampai di laluan tu dan masa aku nak melangkah keluar..
"ARGHHHH...!!!"
.
aku terdengar jeritan dari mayat itu?!!
aku menoleh perlahan-lahan..dan dari cahaya yang samar2 itu..aku boleh nampak mayat tu seolah-olah memanggil aku!! mata di yang terbeliak tu macam memandang tepat kat aku...
..
aku takut..sangat takut!!!
.
..
oh bulan..enggan melayan diriku lagi..pabila..air mata membasahi pipi..dan lagu-ladu di
"hello"
"hello arep..ko kat mana?"
"aku kat umah ni..tertido"
"heih..tido pulak die! bangun2! aku nak ambik ikan pekasam tadi!'
"ko kat mane?"
"aku kat roundbout rumah ko dah ni..turun cepat"
"weh..aku ngah tido kot, jap la..eh, aku lupa nk masuk peti ais la ikan pekasam! ak tertido.."
"dah..tak payah nak basoh2 muka..turun je sekarang.."
"yelah yelah..hishhh!"
.
..
...

mimpi tu tamat macam tu je? cik pija ni slack betul la tipon gua time2 ngah saspen..!!
hangin gua!!

10 November 2009

bila korek hidung..korang campak kat mana hasilnya?

..baru je aku lepas baca cik cher nya punya post terbaru, tiba-tiba aku dapat panggilan telefon dari seorang kawan lama..bile die tanya aku soalan yang sama bunyinya macam cik cher kena, aku jawab ikut skema jawapan cik cher..nasib la dia tak balas balik ngan benda yang boleh menyentap..fiuh..! Nak kahwin dah jijan nih..lepak ngan jijan sambil layan tiubkau dan borak2 pasal hal-hal dunia persilatan..rindu la aku kat mber2 silat johor..
.
..
...
lama dah aku tak menyarung uniform silat..



gambar ni antara demo yang aku paling suka..

Aku pergi wajadiri nasional sejak tahun 2000..masa tu aku tingkatan 5..ada yang aku join sebagai peserta & ada yang aku sebagai pemerhati je..setiap tahun aku tak pernah terlepas peluang untuk pergi..cuma tahun ni aku tak berkesempatan sebab aku ke kenduri kahwin zaimee & tina..tak mengapalah..zaime pun kahwin sekali je..ada rezeki, tahun depan aku ke wajadiri la..Kedah tuan rumah tahun depan..!

Pusat Latihan Silat Cekak Hanafi Batu Pahat di Taman Rona menjadi bumbung tempat aku berteduh sepanjang aku belajar kat UTHM (dulu KUiTTHO) dan masa aku bekerja di SHARP, Sri Gading..banyak sangat perkara yang mendidik aku sepanjang aku duduk kat rumah tu..aku rasa dah tak mungkin aku jumpa lagi teman serumah yang sangat rapat macam dulu..



Rumah Rona yang tak mungkin aku lupakan..
di sinlah tempat aku belajar..
tempat aku kenal erti persahabatan..
.


..


...


....


eh? ape kene mengena ngan tajuk post aku ni? korang fikirlah sendiri dulu ye..lain kali la kita sembang ok? tiba-tiba aku teringat zaman aku berhati waja dulu..

09 November 2009

jkj ku...

tiba-tiba teringat kecederaan yang pernah dialami oleh jkj ku..
jangan melintas seperti kerbau ye...




04 November 2009

serabut..

..aku pun tak tahu kenapa aku berasa sebegini tatkala ini
serabut tidak keruan..
gundah gulana gelisah..
serba tak kena je la..
macam aku ada buat salah di mana-mana tanpa aku sedar..
macam ada keinginan yang aku perlu penuhi..
macam ada hutang yang belum aku langsai..
macam ada janji yang belum aku tunai..
macam ada tanggungjawab yang tidak aku pikul..
macam ada amanah tidak aku pegang..
macam ada angin dalam perut tidak aku buang..
macam ada batu dalam kepala otak aku..
macam ada seseorang setia menanti aku di satu sudut bilik yang sunyi, sekian lama menunggu kehadiran aku menyambut tangannya..

ada perjuangan yang aku belum selesaikan..
ada kerja yang perlu aku laksanakan..
ada maaf perlu aku mohonkan..
ada ego yang perlu aku rendahkan..
ada amarah yang harus aku redakan..
ada ruang yang mesti aku gunakan..
agar mungkin hati aku kembali tenang seperti dulu!


aku seolah-olah rasa

.

..

...

....

satu dunia kini dalam kesuraman..


01 November 2009

alamak!! lagi bape hari ni baru gaji ni...??

aku rasa tatkala ini mesti ramai geng-geng gomen yang mengalami masalah kewangan..biasalah, gaji hari tu awal sangat kot..pastu gaji seterusnya akhir bulan ni pula..jadi ramai la yang sedang menjadi akauntan berkira-kira untuk membelanjakan baki simpanan yang ada dengan jayanya! :)

aku pun lebih kurang juga lah..tapi masih menyimpan hasrat untuk menonton Cuci The Musical!!

owh..hari ni melepak di rumah saja..macam biasa melalui hari minggu..hujan hari ni, jadi nk bergerak pun macam malas..layan lagu-lagu sambil melihat album gambar dalam laptop ni..gambar yang aku belum upload adalah gambar masa rumah terbuka aku!! terima kasih pada Hazwan + Zetty yg membawa DSLR korang..tahun depan agak-agak ada lg tak ek open house kt atas bumbung ni? ke masa tu aku dah kahwin & pindah rumah??