31 Januari 2012

Menjadi Angkasawan Masa Hadapan!

Inilah dia cik Irma
21 Jan 2012 di pagi Sabtu yg hening itu, selesailah kami membuat persembahan Silat Cekak Pusaka Hanafi dalam rancangan Assalammualikum, TV ALHijrah..sebernarnya aku akui dulu aku tak pernah tgk rancangan ni sebelum itu..dan aku juga tak tahu Irma ni salah seorang pengacaranya..ehe~ jgn marah aa..lokasi pejabat dan studio ALHijrah terletak dekat dgn Masjid Negara..senang je pun nak pi sana..

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..ada kira2 8 scene kami buat persembahan..termasuk temubual..(akhirnya bukan aku yg ditemubual..fiuh~)..aku join 3 scene..salah satunya jadi penjahat menyerang En. Hafiz, bdk serumah aku ni..hehe! rakaman tidak pro ada kt bawah ni yo!


Si budak Hafiz ni pi tambah penyepak sambil "ciss, menyusahkan org!" haha! time rehersal tak ada pula nk buat..pandai tambah, kot2 ada pengarah nk buat casting la tu..haha! Ni pengalaman aku pertama kedua buat persembahan secara langsung kat TV..dulu pernah buat sekali masa Jom Heboh TV3..masa tu tgh siaran langsung melodi..tapi 1 scene saja, jd terus setel..

Bergambar beramai selepas selesai bersiaran

Lepas selesai kat ALHijrah ni, kami ramai2 pakat pi Planetarium Negara! Haha! ni aku punya kepala la ni..yang lain ok saja, n seronok juga layan pawagam 360' kt situ! Masuk planaterium percuma yo! tapi nak layan movie, kena bayar RM6 sahaja. Kali terakhir aku pergi adalah masa aku tingkatan 2 dulu! Rombongan dibuat oleh Cikgu Rokiyah iaitu juga mak aku :) hehe~ maklumlah, cita2 aku dulu nk jadi angkasawan!

Keratan akhbar masa hadapan yo!


Tiada ulasan: