02 Februari 2012

Menunggang Jangan Sampai Tertonggeng

Aku menyambut baik langkat Perbadanan Putrajaya untuk menjadikan Putrajaya sebagai destinasi kayuhan basikal dan aktiviti berbasikal..sekarang ni sudah ada beberapa lokasi strategik juga diletakkan basikal untuk disewa..kat taman botani ada, malah kat masjid Putra pun ada! dan memang aku akui, banyak penunggang basikal di sekitar putrajaya terutama sekali pada malam hari + hari minggu ataupun cuti umum..

Tetapi ada satu yang kurang..iaitu sikap penunggang basikal..bukan semua tetapi segelintir..dan sebab segelintir ni la yang kdg kala buat aku menyampah dan rasa nk langgar je..kalau kayuh tu, tak payah la nk kayuh sampai ke tengah jalan..jalan 3 lane, korang amik 2 lane sekali gus! malah kat area bulatan/selekoh, korang boleh plak layan lap baeikkk punya smpai ke tengah..ketahuilah, LAMPU KELIP2 itu bukan lambang kekuasaan korang di jalan raya..ni pengalaman aku bukan sekali, tapi banyak kali aku kena dah..lampu isyarat pun korang langgar..

Aku tak tahula sama ada korang sedar, penunggang basikal ni tiada termasuk dalam mana2 undang2..aku difahamkan oleh seorang rakan, katanya tiada apa2 yg melindungi penunggang basikal..jadi kalau kena sondol dek kereta? aplah nasibnya..

di sekitar Putrajaya ni, ada laluan motosikal tapi mmg penunggang motor sendiri pun tak gunakan..apatah lagi nk suruh penunggang basikal guna laluan khas itu..

Apapun, aku harap oara penunggang di luar sana lebih berhati2..lampu kelip2 itu, topi keledar dan seluar ketat tidak menjamin keselamatan kamu yang menunggang secara tidak berhemah...jangan ingat korang kayuh beramai2, orang akan beri laluan kepada kkorang walhal korang mengganggu laluan..

Kisah pelumba basikal negara dilanggar tempoh hari perlu dijadikan pengajaran..mujur tiada yang hilang nyawa..

Berbasikal memang aktiviti yang menyihatkan..atas sebab itu, aku juga memiliki basikal..

3 ulasan:

Miz Jac berkata...

saye pun kekadang x perasan, n almost terlanggar.. papehal, di putrajaya nih, usah memandu lelaju.. hu3..

Wuhuu Mommy berkata...

haha diorg ni ekkdang syok sgt smp terlupa keselamatan..main redah je lampu isyarat sbb diorg tak kena saman pon kalau redah..masalahnya kalau aku TERlanggar, aku gak yg salah...kan kan..dah masa kena buat akta kot hihik

Wuhuu Mommy berkata...

http://www.be-safe.org/css_com/bicycle/index.html