01 Januari 2012

2012..sila berbaik dengan aku!

hari ini bermulanya tahun baru 2012..ak rasa byk cerita aku tak ceritakan sepanjang bulan disember 2011..banyak yang aku lalui..fiuh..apa pun, selamat datang 2012! masa berlalau semakin pantas..(sebab tu agaknya semakin ramai tidak mampu menepati masa..hehe)..ada banyak perkara yang bakal ditemuphi sepanjang tahun ini..siapa tahu..

sepanjangan tahun lalu, beberapa perubahan hidup telah aku lakukan..ada yang aku ulangi semula..dan ada juga sesuatu yang baru aku tekadkan..yang pertama sekali perubahan semula yang aku lakukan adalah kembali kepada benda yang aku paling sayang..Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi! aku mula belajar silat ini semasa tahun 1999 si Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR, Ipoh)..kemudian di PTPL Shah Alam dan bersambung di  KUiTTHO (skrg UTHM)..dan bila berhijrah ke Putrajaya akhir tahun 2007, uniform biru gelap aku hanya tersangkut dalam almari..(eh, bilik ak mana ada almari..lantaklah)..dan ia terpendam sj sehingga awal tahun 2011! bermakna kira2 3 tahun setengah aku tidak menyarung uniform meski pun aku xputus mengambil tahu tentag silat dan persatuan..jangan tanya aku kenapa..sebab aku pun xtahu nk jawab apa..

seorang sahabat di bt pahat, syazli namanya atau lebih dikenali sbg inspektor (mmg kerja dia) yg berjaya buat ak kembali aktif semula...dia ada bg aku satu 'ayat' power lagi makan dalam dan menyentap aku..fiuhh~ thank bro! ak takkan lupa jasa kau..tapi ak tahu, kau tak sedar pun yg sampai sekarang yg kau punya ayat tu buat aku kembali aktif dalam silat ini..aku join kelas alam shah..kemudian atas izin Guru, aku ambil Sijil Menengah Persilatan..aku Konvo 15 Oktober 2011..dan aku terima tauliah tenaga pengajar..aku juga sudah join skuad demo yang dari dulu aku idamkan.. :) jadi 2012, banyak akan aku tempuhi dalam silat ini! aku penuh bersemangat! (semalam 31 disember pun buat demo..hehe!)

perkara kedua yang besar dalam hidup aku tahun 2011 adalah mengumpul harta..alhamdulillah aku dalam proses nk beli rumah..dah nk setel pun..rumah flat kecil sahaja..aku bujang lagi, jadi rumah itu aku sewakan..insyaAllah bulan ini aku akan dapat sewa pertama.. :) ia pelaburan utk aku..dan aku juga belajar beli emas..alhamdulillah ada la juga simpanannya..harap2 emas naik mendadak tahun ni..hehe!

ok, perkara ketiga pula..hurmm..apa ye...errr...aku rasa tiada kot..hehe! semua berjalan seperti biasa sahaja..kenapa seperti biasa? pahit, manis, gembira, sedih, tertawa..itu la yang semua dari kita ini lalui kan..hidup ini juga sepeti berjalan di sebuah lorong..apa sahaja yang menghalang kita melalui lorong itu, kita kena hadapinya..sama ada sukar ataupun senang..sama ada perit ataupun gembira..kita kena berjalan dalam lorong dengan seronok! :) apapun yang berlaku dalam lorong itu, ia pasti akan melepasi kita dan menjadi sejarah dalam hidup kita kan..? teruskan berjalan dengan bersemangat juga utk tahun 2012 ini! :) 



3 ulasan:

Miz Jac berkata...

Cantek gambar hiasan bang.. ^_^

'arif berkata...

sebuah lukisan boelh membawa seribu makna..sebuah gambar pula..hanaya sekadar hiasan barangkali.. :)..barangkali..

Miz Jac berkata...

ehe.. selepas agong, di hadapan raja sehari pulak.. :)