15. (1) Tiada sesiapa jua, semasa menjadi seorang pelajar Universiti, boleh menjadi seorang ahli, atau boleh dengan apa-apa cara bersekutu dengan, mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja atau apa-apa jua pertubuhan, badan atau kumpulan orang lain, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang, sama ada ia di dalam Universiti atau di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam Malaysia atau di luar
Malaysia, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh atau dibawah Perlembagaan, atau kecuali sebagaimana yang diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor.
Oo..sebab inilah yg depa bdk2 U tu bising? nk minta kerajaan pinda perkara ini....untuk apa? supaya mereka "boleh berpolitik"..dan melibatkan diri dengan parti politik sebenarnya..tak kiralah parti umno, PAS, DAP, PKR, SUPP dll..bila PRU menjelang tiba, perkara pasal AUKU ini akan dimainkan..terutamanya dari pekatan rakyat..sebab apa pula??
Aku juga pernah jadi bdk U..pada aku, bdk U boleh juga belajar berpolitik tanpa menyertai mana2 parti pun..politik kampus banyak caranya..debat universiti pun ada..berpolitik dgn lecture semasa tak siap tesis pun boleh..tak perlu libatkan diri pun dgn parti di luar..masa belajar bukan panjang pun, paling kurang 3-4 tahun dah setel..lepas tu, bdk U yg dah grade boleh nk join mana2 parti politik sehingga tamat riwayatnya..tiada siapa larang..dan boleh berpolitik dgn menggunakan duit sendiri juga. Ini masa zaman belajar, duit pun loan dari mak bapak dan ptptn mahupun JPA..
aku suka komen Tun M..katanya salah 1 sebab AUKU dibuat dahulu adalah kerana pelajar MELAYU terlalu cenderung terlibat dgn politik meskipun masih belajar..sedangkan pelajar lain Cina & India menumpukan pd pelajaran dan lebih cemerlang..jadi AUKU juga dibuat supaya pelajar Melayu dapat menumpukan masa 4 tahun tu utk belajar dan bersaing kemudiannya..menurut Tun, selepas AUKU diwujudkan, baru dilihat byk kejayaan akademik org melayu..baru lahir ramai doktor, jurutera, guru dsb..tapi depa yg menentang AUKU ni kata, kami semua scorer! result kami gempak wlaupun kami turn berdemo..! pada aku, tahniah diucapkan..korang mmg power lah macam tu..? tapi bagaimana generasi slpas korang pula agaknya..
sekarang ini, ada cubaan utk pinda AUKU..supaya pelajar boleh berpolitik semula (menyertai parti politik juga sebenarnya)..dan yang ramai membuat demo adalah org melayu juga..di mana org lain? ok lah, ada yg jawab, jika dibandingkan dgn kapasiti melayu & bukan melayu di universiti, mmg nisbah melayu jauh lebih ramai..sebab tu kalau demo nmpak muka melayuuuuuu saja..boleh terima tak? aku rasa tiada org boleh membuktikan kenyataan ini dgn fakta kiraan nisbahnya..
Adakah kita bersedia perenggan 15 AUKU itu dipinda..? apakah akan jadi sekiranya pelajar lebih giat berpolitik berbanding belajar? bakal guru berdemo? selpas tamat belajar, mereka mengajar di mana? sekolah kerajaan atau sekolah swasta atau menjadi ahli politik sepenuh masa?..mereka mengatakan polis sebagai anjing kerajaan tetapi bila rumah dimasuki pencuri, masih buat report polis pula...bila balik kampung, minta polis jengukkan rumah juga..aiyoo~
Apapun, kalau kita sudah cukup bersedia dan matang, tiada salah kita pinda AUKU ini..!
Semasa di universiti, sebenarnya..aku pun suka berdemo! cuma cara dan gayanya sedikit berbeza..macam kt bawah ni la aku selalu demo..
Demo 5 orang pun ok..FRU tak datang punya.. |
3 ulasan:
walau aku tak masuk U, tp zaman belajar adalah seronok skali! politik ini kotor, dan budak-budak skrg emosi lebih, untuk pertahankan bangsa katanya, tp bile kena sekali gertak, dah terberak ape cerite?
Untuk menjadi bangsa yang mulia, anak bangsa perlu cerdik dan berjaya, bukan jadi pembesar suara semata :D
Pembesar suara juga alat..
"sekali gertak, dah terberak, apa cerita?"..wah, best ni TiTi! pinjam utk masa depan ye :)
Catat Ulasan