26 Januari 2012

Panggilan Ayahanda Jam 4 pagi

aku sampai lewat selepas pulang dari kampung ke kajang..baru nk lelap, terdengar lagu 4minutes sayup2 je..paparan panggilan dari "Ayahandaku"..baru aku nk jawab, dah letak..jam 430pg, sekali lagi bunyi.."Ayahandaku"

"Arep, dah kat mana tu?"
"Sampai dah ayah..tgh tidur ni"
"Ooh..risau sebab tak bgtahu dah sampai.."
"Ada..ayip dah SMS mak lepas sampai td.." (kalau lewat, aku jarang telefon, biasa SMS supaya tidur mak tak terganggu..ayah tak pakai hp)
"oklah macam tu..ayah risau je tak sampai lagi"..perbualan diakhiri..

Aku sebenarnya terdetik nak SMS atau telefon mak siangnya je..tp aku SMS on-time ak sampai hari tu..dan sebenarnya pertama kali ayah aku telefon bertanya aku dah sampai ke belum..terkebil2 juga aku..

Pada masa aku taip entry ni pun aku fikir lagi, kenapa ayah tiba2 telefon pagi2 itu..

..Barangkali sebab sebelum balik hari tu aku peluk ayah..laga pipi kiri dan kanan..

dan aku kucup dahi ayah..mak juga aku buat begitu..

Kalau pertama kali ayah telefon aku bertanya dah sampai ke belum..aku juga pertama kali buat ayah begitu.. :)

8 ulasan:

Unknown berkata...

dakapan dan laga2 pipi itu sememangnyer meninggalkan kesan positif ...

Tanpa Nama berkata...

Itu tandanya orang ada Guru.@azhar ali

UMMI YL berkata...

terkenang2 pulak kisah arwah ayah pulak..
last peluk ayah di jeti kuah sebab nak balik ke UTHM. Masa tulah kali pertama peluk dan cium pipi ayah kiri dan kanan sejak menjadi anak dara..

tapi hari tu terdetik nak peluk ayah dan cium kerana hati juga terdetik mungkin lepas ni tak berjumpa lagi. Firasat aku tak salah..

balik ke asrama tetap buat rutin hadiahkan yasin pada mak dan ayah setiap hari tapi niat kali ni berbeza..yasin itu dihadiahkan kerana ingin bantu ayah dan mak jika akan sampai detik2 akhir mereka...

selang 2 minggu dapat panggilan pada 30 shaaban/16 nov 2001 dimana esoknya puasa, ayah telah pergi dan takkan kembali lagi..

Hingga kini masih rindu untuk bersama ayah,,tapi begitulah adat dunia..Innalillahiwainnailaihiraji'un...

Tanpa Nama berkata...

terharu

Tanpa Nama berkata...

terharu baca post ni.

musdalifah - Tawau Sabah

asbesstos berkata...

erm.. aku pun jarang cium peluk ayah aku kecuali time raya.. tapi kalau being nice lebih sikit.. nanti abah aku pun akan layan aku elok semacam.. aku jadi segan and malu sendiri kalau dia caring lebih sangat. hahahaha

'arif berkata...

aku sendiri pun terharu bc entry ni semula...

Ms. Ayu berkata...

tacing plak baca~ :)