14 November 2012

semalam

aku diceritakan kisah seram yang paling seram dalam sejarah hidup aku..

03 Oktober 2012

September

Bulan yang tiada sebarang penulisan..aku ke Shanghai

14 Ogos 2012

semoga

dipermudahkan semuanya..semoga kami diberikan kekuatan..diberikan petunjuk dan hidayah dari Yang Maha Mengetahi..

18 Julai 2012

3 bulan

sudah bulan ketiga..makanya aku akan bermula semula :)

06 Jun 2012

2 bulan

sudah bertambah lg sebulan..

03 Mei 2012

sebulan

sudah blog ini tidak dihadap

13 Mac 2012

COTi oh COTI

COTI adalah Centre Of Training Institute di Korea..Fungsinya lebih kurang sama dengan INTAN di negara kita..

Aku ada buat permohonan mengikuti kursus di sana..kursus pada April 2012 dan temuduganya tadi siang..dah lama tak hadir temuduga, jadi memang cuka la aku rasa..adoyai~ ahahaha. Cukanya pasal subjek yang akan ditanya la..khabarnya pasal 1Malaysia, NKRA, NKEA etc..memamg aku kurang bijak dalam topik2 ini..

Sebelum temuduga, macam biasa semua org pun muka tertekan je aku tgk..yang selak buka nota banyak juga..aku nak baca tapi tiada bawa apa..haha! aku sama macam Jefferson yg juga hadir temuduga ini..die buka Galaxy Notes, aku buka S.E..layari internet dan baca melalu hp saja..

Aku tengok ramai yang lain buat begitu.. :) MEmang betul, maklumat kini di hujung jari..jadi bagaimana sebenarnya sesi temuduga perlu berkembang..adakah masih perlu semua dalam kepala sedangkan kita boleh dapat maklumat itu dgn cepatnya melalui teknologi..

maksud aku temuduga yang berkaitan macam ni la..

aku nk renungkan kejap..~

01 Mac 2012

Menjelang Wajadiri..

tinggal sebulan lagi, Wajadiri Silat Cekak Pusaka Hanafi Peringkat IPT dan Sekolah akan diadakan..sudah beberapa tahun aku tidak menyertai pertandingan ini..iaitu sejak aku tidak lagi dibawah AUKU..kehkeh..

Tahun ini juga aku tidak menyertai..cuma mungkin aku boleh membantu dari segi urus setia majlis..ye, aku harap aku dapat membantu..

selain pemenang wajadiri, apa yg dinanti2 adalah persembahan demo semasa majlis pembukaan atau penutup wajadari..dan mana tahu, tahun ini aku dapat melibatkan diri dalam team demo ini.. :) harapannya begitu, jika diizinkan..

tahun lepas, demonya memang hebat..ni haa, kt bawah ni:




19 Februari 2012

Lepak di pantai..

cuti yang panjang selama 4 hari minggu yang lalu..disebabkan aku tak balik kampung, sabtu ahad aku dok pusing2 DVD je kat rumah..nak jalan pi shoping mall, duit sudah banyak lari..haha!  habis je layan DVD cerita The Sound Of Music, aku pun rasa nak pergi air terjun Sungai Gabai..

tiba2 bila enjin kereta dah hidup, aku menuju ke laut pula..haha!






malangnya, sebelum kami pulang, aku tgk banyakkkkk sangat sampah yang ditinggalkan oleh manusia yang bangang..kamonlah, jagalah kebersihan..macam mana kalau aku buang sampah depan rumah korang..haishhh..geram betul gua tgk sampah sepah2..sampah yang tidak boleh terbiodegradasi pula tu..


11 Februari 2012

sudah pukul 5 pagi

aku masih belum mahu tidur
barangkali sebab siang tadi aku sidah tidur lama
barangkali sebab tadi training tidak macam training
barangkali sebab aku pekena nescafe O kaw
barangkali sebab teringat gelagat laki bina gaduh semasa aku menikmati nescafe O kaw
barangkali sebab mata tidak mengantuk
memikirkan masa silam
memikirkan masa sekarang
memikirkan masa akan datang...

sudah jam berapa sekarang ini?

sudah pukul 5.03 pagi..



02 Februari 2012

Menunggang Jangan Sampai Tertonggeng

Aku menyambut baik langkat Perbadanan Putrajaya untuk menjadikan Putrajaya sebagai destinasi kayuhan basikal dan aktiviti berbasikal..sekarang ni sudah ada beberapa lokasi strategik juga diletakkan basikal untuk disewa..kat taman botani ada, malah kat masjid Putra pun ada! dan memang aku akui, banyak penunggang basikal di sekitar putrajaya terutama sekali pada malam hari + hari minggu ataupun cuti umum..

Tetapi ada satu yang kurang..iaitu sikap penunggang basikal..bukan semua tetapi segelintir..dan sebab segelintir ni la yang kdg kala buat aku menyampah dan rasa nk langgar je..kalau kayuh tu, tak payah la nk kayuh sampai ke tengah jalan..jalan 3 lane, korang amik 2 lane sekali gus! malah kat area bulatan/selekoh, korang boleh plak layan lap baeikkk punya smpai ke tengah..ketahuilah, LAMPU KELIP2 itu bukan lambang kekuasaan korang di jalan raya..ni pengalaman aku bukan sekali, tapi banyak kali aku kena dah..lampu isyarat pun korang langgar..

Aku tak tahula sama ada korang sedar, penunggang basikal ni tiada termasuk dalam mana2 undang2..aku difahamkan oleh seorang rakan, katanya tiada apa2 yg melindungi penunggang basikal..jadi kalau kena sondol dek kereta? aplah nasibnya..

di sekitar Putrajaya ni, ada laluan motosikal tapi mmg penunggang motor sendiri pun tak gunakan..apatah lagi nk suruh penunggang basikal guna laluan khas itu..

Apapun, aku harap oara penunggang di luar sana lebih berhati2..lampu kelip2 itu, topi keledar dan seluar ketat tidak menjamin keselamatan kamu yang menunggang secara tidak berhemah...jangan ingat korang kayuh beramai2, orang akan beri laluan kepada kkorang walhal korang mengganggu laluan..

Kisah pelumba basikal negara dilanggar tempoh hari perlu dijadikan pengajaran..mujur tiada yang hilang nyawa..

Berbasikal memang aktiviti yang menyihatkan..atas sebab itu, aku juga memiliki basikal..

31 Januari 2012

Menjadi Angkasawan Masa Hadapan!

Inilah dia cik Irma
21 Jan 2012 di pagi Sabtu yg hening itu, selesailah kami membuat persembahan Silat Cekak Pusaka Hanafi dalam rancangan Assalammualikum, TV ALHijrah..sebernarnya aku akui dulu aku tak pernah tgk rancangan ni sebelum itu..dan aku juga tak tahu Irma ni salah seorang pengacaranya..ehe~ jgn marah aa..lokasi pejabat dan studio ALHijrah terletak dekat dgn Masjid Negara..senang je pun nak pi sana..

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..ada kira2 8 scene kami buat persembahan..termasuk temubual..(akhirnya bukan aku yg ditemubual..fiuh~)..aku join 3 scene..salah satunya jadi penjahat menyerang En. Hafiz, bdk serumah aku ni..hehe! rakaman tidak pro ada kt bawah ni yo!


Si budak Hafiz ni pi tambah penyepak sambil "ciss, menyusahkan org!" haha! time rehersal tak ada pula nk buat..pandai tambah, kot2 ada pengarah nk buat casting la tu..haha! Ni pengalaman aku pertama kedua buat persembahan secara langsung kat TV..dulu pernah buat sekali masa Jom Heboh TV3..masa tu tgh siaran langsung melodi..tapi 1 scene saja, jd terus setel..

Bergambar beramai selepas selesai bersiaran

Lepas selesai kat ALHijrah ni, kami ramai2 pakat pi Planetarium Negara! Haha! ni aku punya kepala la ni..yang lain ok saja, n seronok juga layan pawagam 360' kt situ! Masuk planaterium percuma yo! tapi nak layan movie, kena bayar RM6 sahaja. Kali terakhir aku pergi adalah masa aku tingkatan 2 dulu! Rombongan dibuat oleh Cikgu Rokiyah iaitu juga mak aku :) hehe~ maklumlah, cita2 aku dulu nk jadi angkasawan!

Keratan akhbar masa hadapan yo!


26 Januari 2012

Panggilan Ayahanda Jam 4 pagi

aku sampai lewat selepas pulang dari kampung ke kajang..baru nk lelap, terdengar lagu 4minutes sayup2 je..paparan panggilan dari "Ayahandaku"..baru aku nk jawab, dah letak..jam 430pg, sekali lagi bunyi.."Ayahandaku"

"Arep, dah kat mana tu?"
"Sampai dah ayah..tgh tidur ni"
"Ooh..risau sebab tak bgtahu dah sampai.."
"Ada..ayip dah SMS mak lepas sampai td.." (kalau lewat, aku jarang telefon, biasa SMS supaya tidur mak tak terganggu..ayah tak pakai hp)
"oklah macam tu..ayah risau je tak sampai lagi"..perbualan diakhiri..

Aku sebenarnya terdetik nak SMS atau telefon mak siangnya je..tp aku SMS on-time ak sampai hari tu..dan sebenarnya pertama kali ayah aku telefon bertanya aku dah sampai ke belum..terkebil2 juga aku..

Pada masa aku taip entry ni pun aku fikir lagi, kenapa ayah tiba2 telefon pagi2 itu..

..Barangkali sebab sebelum balik hari tu aku peluk ayah..laga pipi kiri dan kanan..

dan aku kucup dahi ayah..mak juga aku buat begitu..

Kalau pertama kali ayah telefon aku bertanya dah sampai ke belum..aku juga pertama kali buat ayah begitu.. :)

25 Januari 2012

Tips Pemanduan Misteri

Tips 1.

kalau korang nk tahu, aku ni jenis suka memandu sorang2 waktu malam..kalau balik kampung atau balik dari kampung, aku gerak malam2..dalam jam 10-11mlm ak berlepas, sampai 4 jam kemudian..jadi perjalanan malam ni memang tidak dinafikan kdgkala ada kecemasan berlaku..ataupun ia tidak cemas tetapi kita yg cemas~ aku sekadar berkongsi pengalaman tidak profesional..malam tadi aku sampai rumah dekat2 kul 3pg juga..

tgh2 drive, ada pula bau kurang enak dalam kereta..setahu aku, kadar pencernaan perut aku tidak menghasilkan gas sebegitu..jika berlaku sebegini, korang jangan cemas..dan tak perlu pula korang tertanya2, "ni sape plak yg kentut ni weh..?" tenangkan diri dan teruskan memandu..

tipsnya adalah, buka tingkap semasa memandu supaya bau itu hilang ditiup hembusan bayu! Ya, pasti bau itu akan berkurangan dan hilang akhirnya..kalau tak hilang juga, buka tingkap sekali lagi..sejuk?? janganlah buka tingkap kat belah driver, buka tingkap belakang pun boleh hilang bau juga..

Lain kali aku akan bagi tips yg berlainan menikut pengalaman aku..korang pun boleh kongsikan juga.

Selamat Mencuba! :)






20 Januari 2012

Siaran Langsung rupanya!

ok, berbalik kepada cerita di bawah, esok sebenarnya bukan rakaman kat TV AlHijrah..rupanya adalah sirasan langsung!

dan semalam, aku telah dikeluarkan dari membuat persembahan silat..sebabnya? salah satu sebabnya adalah kepantasan aku tidak dapat follow teammates yg lain :) depa memang hebat woo!

dan sebab yang paling menyeramkan bulu roma aku..?!

Aku telah ditugaskan sebagai jurucakap yang akan ditemubual! oo, tak prepare apa2 lagi ni..esok?

Khabarnya rancangan "Assalammualaikum.." antara jam 9.00 pagi hingga 11.00pagi...

Aduss~ gua dalam mode seram sejuk~

18 Januari 2012

Al-Hijrah

TV Alhijrah..sebenarnya aku amat jarang sekali buka channel ni..ada kt astro aku pun tak tahu berapa nombornya nk tekan kat remote putih tu..yang aku tahu 801, 811, 132, 391, 701, 555, 131..77?

Ye, aku memang pernah pun ngadap channel al-hijrah

tapi dah 2 hari ni aku ulang alik ke Melawati untuk berlatih demo silat

katanya ada rakaman untuk rancangan kat Al-Hijrah

Penggambaran kat Masjid Negara, Sabtu ni, jam 8.00pagi..

Ye, 8.00 PAGI, SABTU!

Masalahnya aku ni aiii~

di mana dia?

aku selalu terlintas untuk menulis sesuatu di sini..
tapi kebanyakan lintasan itu semasa aku sedang sibuk membuat perkara yang lain
dan selalunya aku penat dan lebih suka tergolek layan mata dengan bantal busuk aku
..
lepas tu bila aku nk tulis
.
aku pun lupa apa lintasan tu ye..aiyooo~ masalah juga aku ni

05 Januari 2012

Ditahan oleh sekatan jalan raya

Kelmarin aku berlepas bersama JKJ menuju ke Parit Buntar..untuk menghadiri mesyuarat HAS 2012 bersama Hanafi korporat..630ptg meninggalkan pejabat..

lepas makan kat hentian Rawang, aku mmg tiada niat utk berhenti mana2..berdesup terus menuju ke Hotel Damai Pt Buntar..lepas Jelapang, jalan dah clear..Auto-Cruise JKJ pd kelajuan melebihhi 110kmj..Hanafi tidur sebelah dan kemudiannya terjaga.. "eh, apsal ni beb?" "ada road bloack la bro..aduii, aku laju td" "ni kt taiping eh, haritu masa cuti aku kena kat sini.." "kena apa?" "kena saman la..RM300" "Haa?!! aisehman..gua rs kena ni beb.." "takpe2..ko tak kena kot.." (jgn sedapkan hati aku..kau tidur, mana kau tahu aku rempit berapa laju tadi..)...

Priitt...Prittttttt! wisel Encik Polis sambil Light Saber Merah dihala kta kau..ye, dgn tiupan wisel dan arah light saber tu..aku ke tepi.. "aduuhhh, mampos beb, habis duit claim aku macam ni.."

"Boleh tgk ic & lesen encik.." (lembut betul bahasa polis ni..mmg bersopan santun..). "dari mana ni?" "saya dr putrajaya petang tadi..nk ke parit buntar..ada urusan kerja esok Tuann" jelas aku dgn buka puss in da boots sambil hulur ic & lesen..sempat aku jeling dulu tgk lesen mati ke tak..

Encik Polis tu tgk aku balik..ye, dalam lesen tu aku tahu gmbar aku masa 18thn :)

Encik Polis berjalan menghala ke sebalah kiri..tgk cukai jalan..tgk lagi dekat2..sambil aku berdoa semoga tuhan  lembutkan hati Encik Polis dan tidak menyaman aku..mmg cuak aku weh..sebab ada RM300 masih belum aku bayar!

"ok encik, boleh jalan ye.."

"eh?, terima kasih banyak2 ye Tuan.."

semoga tuhan memberi rezeki yang murah kepada Encik Polis tadi itu.. :)

Vrroomm..Auto-cruise JKJ dgn kelajuan 110kmj sj sehingga ke destinasi dituju..

04 Januari 2012

bantah AUKU? aku pun pernah berdemo masa kat U dulu..

korang di sana tahukah pasal Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU)..mengapa semenjak dua ni ramai pula pelajar universiti (bdk U) membantah AUKU? apa yang dibantah? kenapa dalam tuntutan BERSIH tiada menyentuh AUKU? Peruntukan 15 bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan ke? ni petikan perenggan 15 tu:


15. (1) Tiada sesiapa jua, semasa menjadi seorang pelajar Universiti, boleh menjadi seorang ahli, atau boleh dengan apa-apa cara bersekutu dengan, mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja atau apa-apa jua pertubuhan, badan atau kumpulan orang lain, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang, sama ada ia di dalam Universiti atau di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam Malaysia atau di luar
Malaysia, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh atau dibawah Perlembagaan, atau kecuali sebagaimana yang diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor.


Oo..sebab inilah yg depa bdk2 U tu bising? nk minta kerajaan pinda perkara ini....untuk apa? supaya mereka "boleh berpolitik"..dan melibatkan diri dengan parti politik sebenarnya..tak kiralah parti umno, PAS, DAP, PKR, SUPP dll..bila PRU menjelang tiba, perkara pasal AUKU ini akan dimainkan..terutamanya dari pekatan rakyat..sebab apa pula??

Aku juga pernah jadi bdk U..pada aku, bdk U boleh juga belajar berpolitik tanpa menyertai mana2 parti pun..politik kampus banyak caranya..debat universiti pun ada..berpolitik dgn lecture semasa tak siap tesis pun boleh..tak perlu libatkan diri pun dgn parti di luar..masa belajar bukan panjang pun, paling kurang 3-4 tahun dah setel..lepas tu, bdk U yg dah grade boleh nk join mana2 parti politik sehingga tamat riwayatnya..tiada siapa larang..dan boleh berpolitik dgn menggunakan duit sendiri juga. Ini masa zaman belajar, duit pun loan dari mak bapak dan ptptn mahupun JPA..

aku suka komen Tun M..katanya salah 1 sebab AUKU dibuat dahulu adalah kerana pelajar MELAYU terlalu cenderung terlibat dgn politik meskipun masih belajar..sedangkan pelajar lain Cina & India menumpukan pd pelajaran dan lebih cemerlang..jadi AUKU juga dibuat supaya pelajar Melayu dapat menumpukan masa 4 tahun tu utk belajar dan bersaing kemudiannya..menurut Tun, selepas AUKU diwujudkan, baru dilihat byk kejayaan akademik org melayu..baru lahir ramai doktor, jurutera, guru dsb..tapi depa yg menentang AUKU ni kata, kami semua scorer! result kami gempak wlaupun kami turn berdemo..! pada aku, tahniah diucapkan..korang mmg power lah macam tu..? tapi bagaimana generasi slpas korang pula agaknya..

sekarang ini, ada cubaan utk pinda AUKU..supaya pelajar boleh berpolitik semula (menyertai parti politik juga sebenarnya)..dan yang ramai membuat demo adalah org melayu juga..di mana org lain? ok lah, ada yg jawab, jika dibandingkan dgn kapasiti melayu & bukan melayu di universiti, mmg nisbah melayu jauh lebih ramai..sebab tu kalau demo nmpak muka melayuuuuuu saja..boleh terima tak? aku rasa tiada org boleh membuktikan kenyataan ini dgn fakta kiraan nisbahnya..

Adakah kita bersedia perenggan 15 AUKU itu dipinda..? apakah akan jadi sekiranya pelajar lebih giat berpolitik berbanding belajar? bakal guru berdemo? selpas tamat belajar, mereka mengajar di mana? sekolah kerajaan atau sekolah swasta atau menjadi ahli politik sepenuh masa?..mereka mengatakan polis sebagai anjing kerajaan tetapi bila rumah dimasuki pencuri, masih buat report polis pula...bila balik kampung, minta polis jengukkan rumah juga..aiyoo~

Apapun, kalau kita sudah cukup bersedia dan matang, tiada salah kita pinda AUKU ini..!

Semasa di universiti, sebenarnya..aku pun suka berdemo! cuma cara dan gayanya sedikit berbeza..macam kt bawah ni la aku selalu demo..



Demo 5 orang pun ok..FRU tak datang punya..





02 Januari 2012

Anak buahku Nombor 2!

cerita ni agak lambat keluar..huhu! bulan November yang lepas, akak iparku selamat melahirkan bayi perempuan..bayi dia no.2 yg menjadikan anak buah aku dah jd dua orang! baguss, no.1 lelaki (iman namanya) dan kali ni perempuan! bilau telah dinamakan Khaireen Sofi (btol kot ejaannya..aiseh).

sofi Lahir melalui pembedahan..awal 2 bulan dari jangkaan..terpaksa dikeluarkan sebab pendarahan berlaku pd mak dia..sian dia & mak dia..bila tak cukup bulan, terpaksalah sofi ditahan kt wad utk rawatan rapi dan tidak boleh dilawati..aku pun xdpt nk tgk..tup2, bila dapat tahu je sofi dah tukar wad + boleh ngk dh, terus aku ke Bt Pahat :) yay! Inilah sofiiii yg comel:

masa tgh tidur..Iman cakap Sofi kecik..macam botol kicap! hahaha!

Masa smpai dia tgh tidur plak..keciknya alamak aihhhh..baru baik dari kuning rupanya..dh makin sehat! syukur..disebabkan kedatangan pak usu dia dari jauh, mama dia pun kejutkan die! haha! mana boleh tido jer..aku ni sebenarnya seram sejuk nk pegang baby yg kecik2 ni..ntah kenapa ntah..aku suka tgk je..(tapi geraammmmm je nk pegang baling2..). Semoga sofi terus sehat..dan petah bercakap macam abang dia!

Cepat2 semboh dan terus sehat ye sofi..dah besar sikit nanti Pak Usu nk turunkan ilmu baiikkkk punya! kehkeh

01 Januari 2012

2012..sila berbaik dengan aku!

hari ini bermulanya tahun baru 2012..ak rasa byk cerita aku tak ceritakan sepanjang bulan disember 2011..banyak yang aku lalui..fiuh..apa pun, selamat datang 2012! masa berlalau semakin pantas..(sebab tu agaknya semakin ramai tidak mampu menepati masa..hehe)..ada banyak perkara yang bakal ditemuphi sepanjang tahun ini..siapa tahu..

sepanjangan tahun lalu, beberapa perubahan hidup telah aku lakukan..ada yang aku ulangi semula..dan ada juga sesuatu yang baru aku tekadkan..yang pertama sekali perubahan semula yang aku lakukan adalah kembali kepada benda yang aku paling sayang..Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi! aku mula belajar silat ini semasa tahun 1999 si Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR, Ipoh)..kemudian di PTPL Shah Alam dan bersambung di  KUiTTHO (skrg UTHM)..dan bila berhijrah ke Putrajaya akhir tahun 2007, uniform biru gelap aku hanya tersangkut dalam almari..(eh, bilik ak mana ada almari..lantaklah)..dan ia terpendam sj sehingga awal tahun 2011! bermakna kira2 3 tahun setengah aku tidak menyarung uniform meski pun aku xputus mengambil tahu tentag silat dan persatuan..jangan tanya aku kenapa..sebab aku pun xtahu nk jawab apa..

seorang sahabat di bt pahat, syazli namanya atau lebih dikenali sbg inspektor (mmg kerja dia) yg berjaya buat ak kembali aktif semula...dia ada bg aku satu 'ayat' power lagi makan dalam dan menyentap aku..fiuhh~ thank bro! ak takkan lupa jasa kau..tapi ak tahu, kau tak sedar pun yg sampai sekarang yg kau punya ayat tu buat aku kembali aktif dalam silat ini..aku join kelas alam shah..kemudian atas izin Guru, aku ambil Sijil Menengah Persilatan..aku Konvo 15 Oktober 2011..dan aku terima tauliah tenaga pengajar..aku juga sudah join skuad demo yang dari dulu aku idamkan.. :) jadi 2012, banyak akan aku tempuhi dalam silat ini! aku penuh bersemangat! (semalam 31 disember pun buat demo..hehe!)

perkara kedua yang besar dalam hidup aku tahun 2011 adalah mengumpul harta..alhamdulillah aku dalam proses nk beli rumah..dah nk setel pun..rumah flat kecil sahaja..aku bujang lagi, jadi rumah itu aku sewakan..insyaAllah bulan ini aku akan dapat sewa pertama.. :) ia pelaburan utk aku..dan aku juga belajar beli emas..alhamdulillah ada la juga simpanannya..harap2 emas naik mendadak tahun ni..hehe!

ok, perkara ketiga pula..hurmm..apa ye...errr...aku rasa tiada kot..hehe! semua berjalan seperti biasa sahaja..kenapa seperti biasa? pahit, manis, gembira, sedih, tertawa..itu la yang semua dari kita ini lalui kan..hidup ini juga sepeti berjalan di sebuah lorong..apa sahaja yang menghalang kita melalui lorong itu, kita kena hadapinya..sama ada sukar ataupun senang..sama ada perit ataupun gembira..kita kena berjalan dalam lorong dengan seronok! :) apapun yang berlaku dalam lorong itu, ia pasti akan melepasi kita dan menjadi sejarah dalam hidup kita kan..? teruskan berjalan dengan bersemangat juga utk tahun 2012 ini! :)