15 April 2011

Keseronokan berkerja..(episod 2 - motivasi)

Aku rasa kedua-dua majikan dan pekerja kene buang perasaan FEAR nih..tapi kalau status kita ni orang bawahan, memang sentiasa la kita ni dihurung takut..katakanlah dalam mesyuarat yang kau dengan bos kau ada..kau ni orang yang buat kerja kat production line, bos kau jurutera..mesyuarat untuk selesaikan masalah yang terjadi kat production line..bos kau cakap sesuatu yang tak tepat..ko pun bersuara perlahan bgtahu apa sebenarnya terjadi..alih2 bos kau jeling kau, kerut dahi dia sikit.."haduii, dia nih.." dusyumm! sure kau cuak punya..FEAR is there! mesyuarat akan datang, kau mesti rasa macam alien la..sepi tak berkata apa! tak seronok langsung nak kerja macam ini!

Sekarang ni Ee Pee You tengah sibuk buat value management (VM)..projek-projek yang dilaksanakan lebih dari RM X0juta kena ada VM..supaya kos dapat dijimatkan! maka ada la bengkel sana sini dan konsultan yang dibayar tinggi untuk atur tempat korang nak berbengkel..dikumpulkanlah hasil buah fikiran korang dan dipersembahkan dengan jayanya..kos dapat dikurangkan! tapi pada pandangan aku, kebanyakan hasil adalah cost cutting dan bukan cost reduction. Bezanya? Katakanlah ada 10 skop proses yang perlu kita laksanakan dan kosnya RM10 juta..cost cutting akan jadikan ia 8 skop projek dengan kos 8 juta! cost reduction pula akan jadikan ia kekal 10 skop tp dgn harga 8 juta..Kadang-kadang aku tak faham..macam mana nak kurangkan kos kalau ia melibatkan pembelian tanah! dah harga tanah tu macam tu, nak kurang macam mana lagi?!  

Sekarang ni aku dah kembali menjalani kehidupan aktif..aku main bola, futsal, badminton..dan paling best aku dah turun kelas silat gak! Jadi bila bersukan, badan mesti berpeluh..nak segarkan badan ni, kita kene mandi, betul tak? Setiap hari kita mandi ni untuk segarkan badan..bayangkan korang tak mandi seminggu..(Mandi wajib tu lain cerita bang oi!) fuh, mesti berkuap + berlengas badan kan? sama juga di tempat kerja! apa yang boeh menyegarkan kita! memperkenalkan.. "encik MOTIVASI"! Ingat tak aku pernah tulis pasal motivation vs demotivation? sebab aku rasa kat tempat kerja aku ni sangat kurang sumber pemberi motivasi! motivasi ni macam mandi juga, daily basis dan bukannya sekali dalam setahun..pergi kem motivasi! balik je, fuh semangat2! pas seminggu..kuncup bang oi semangat tu! dah hilang ke mane entah motivasi tu..
sungguh bermotivasi ..eh, bergembira!

Motivasi tak perlu semata-mata hantar dengar ceramah, team building dsb..yang paling penting di pejabat adalah "touching the other person heart"..dengan 2 patah perkataan saja, kita boleh bagi motivasi pada orang bawahan, mber malah bos.."WELL DONE"..sambil tepuk belakang die dan senyum..dulu masa waku DPA, ayat motivasi yang femes = "u are the man, bro!"..dan aku rasa perkataan "layannn.." bukanlah satu motiasi untuk aku! Perasan tak, sebenarnya ini yang kurang banyak kat tempat kita kerja..that human touch.. yang banyak? kene maki ada la bro! haha! tak pun kene sindir..kene ngumpat..kene perli..sentap hatimaknak!

Faktor pengurangan motivasi (demotivation factor) ni boleh membunuh kerjaya kita dan semangat bekerja kita..otak dah tepu, hati dah benyek, semangat dah basi..bagi kerja apa pun jalan macam siput gak..orang dok sibuk cakap berfikir di luar kotak..di luar dimensi pun ada! la ni kalau dah tepu, nak berfikir waras pun tak boleh boss! Luar kotak penalti nak score?..jauh sekali..Kalau tempat kita kerja tiada persekitaran yang boleh mebantu kita memajukan diri, baik blah je la bro~ makin lama tanpa korang sedar, kebolehan dan keyakinan yang ada dalam diri korang akan terus terpadam..jadi, kepada semua, aku galakkan kita bagi motivasi satu sama lain kat tempat kerja! Good Luck n Good Job Bro! 


Ok, dah masa untuk Jumaat..episod akan datang aku nak cerita pasal apa yang pekerja mahukan di tempat kerja? mesti korang suka! baru seronok nak kerja! huhu!

Selain minit "untuk tindakan", "sila selesaikan", minit macam ni sekali sekala dapat menaikkan motivasi!


Tiada ulasan: