tempoh hari ada je iklan sampai kat emel aku untu hantarkan artikel mengenai keseronokan bekerja..aku sampai bosan nak bukak emel tu dan aku delete je terus pasal size fail lampiran yang besar menyemak kat mailbox aku yg kecil..aku rasa aku nak tulis kot kat sini..tapi aku tak tahu sama ada betul ke sesuai tajuk ni tentang keseronokan atau tidak~
pertama sekali bila kita kerja, janganlah anggap kita ni sebagai aset company..kita ni manusia dan lebih dari aset! kalau ko ni aset, orang2 kat pentadbiran tu akan tagging ko..tett..tett..aset manegment! tapi kat opis aku ni semua bende depa tak tagging..kang aku bawa balik kerusi ngan printer ni kang best gak! xde pun orang check..borang kew-pa 7? ntah2 korang pun tahu apa benda tu..pipu~ bila kerja ni perkara yang paling penting adalah KOMPETENSI..ni la yang selalu tidak diambil peduli..dari mana nak dapat kompetensi nih?
pada pendapat aku, kat tempat aku ni, bahagian sumber manusia (H.R) hanya nak bagi latihan..only a training, not developing. Hujung tahun nanti akan edarkan satu borang besar dengan tulisan saiz sakit mata, "ok, sila pilih kursus yang anda hendak pergi" Tandakan pilihan anda dan cadangankan sekiranya tiada"..maka jebuhla aku nak baca sejibol-sejibol jenis latihan..kalau ikutkan hati, semua aku nak pergi! pasal best apa?! makan free, jalan2..jumpa memebr..lari dari opis! hahaha! aku rasa edaran borang ni bukan satu perancangan yang baik! HR patut fikirkan apa jenis latihan yang sepatutunya kite ni semua pergi! dan latihan tu mesti selari dengan objektif, misi dan visi company..cuba buat camni, HR senaraikan kursus yang depa rasa korang patut pergi dan korang plak setiap dept senaraikan kursus yang korang nak pergi! match it and see the result bebeh~ aku yakin melambak perbezaan..cubalah!
sebab nak seronok-seronok buat kerja..janji semua orang cukup kursus setahun! tapi kursus yang membina kompetensi ke mana pula..bile dah takde kompetensi, kita sure lembap nak wat kerja..sebab banyak perkara yang kita ni tak tahu..tak terbuka minda..macam katak lepak bawah longkang..idea ada pun tak pandai nak menyampaikan..skang ni Kopetensi letak tepi, yang depa dok bising adalah KPI..outcome, output, out of here bebeh! tapi perjalanan kita nak capai tu semua patut kene ambil kira gak..kamonlah..KPI hanya hasilnya..bila set KPI mesti nak ada benchmark..benchmark pula mesti nak letak dengan orang yang berjaya sana sini..cubalah buat benchmark dengan sesuatu yang gagal..kenapa gagal..bagaimana ia gagal..apa yang boleh dipelajari dari kegagalan..? Kerja akan lebih seronok dan menarik, kan?
Dulu masa aku DPA, pengarah program cakap..ingat ASKAR! aku la ni cuma ingat Attitude, Skill, Knowledge..AR tu mende ape weh? tolong gua! itu semua ASK tu kempotensi la tu..semua orang tahu pasal kompetensi dan komunikasi (2K) yang penting dalam bekerja! apa yang seronok kita kerja kalau nak bersuara pun tak boleh..2K ni memang perlu tetapi kita mesti tahu apa level dia..sebagai technician, sebagai CEO, sebagai pak gad, sebagai PSU, kita mesti tahu level 2K kita sepatutnya berada di mana..
kita mesti buangkan perasaan takut bila nak bersuara atau melontarkan sesuatu pandangan..lontar batu dan perasaan cinta tu lantak koranglah..aku cerita ni kat tempat kerja..Dulu zaman form 1-3, glamer benor baju billabong, quicksilver, alienworkshop..kalau korang sezaman dengan aku yang main tamiya ni la..dan ada lagi satu jenama yang femes, NO FEAR! haa..baju ni memang bagus..pasal bila kita FEAR dengan bos dan orang keliling kita kat opis, kita takkan rasa seronok bekerja..False Evidance Against Real..
nanti gua sambung lagi k bro!
tidur sambil minum air kotak memang terbaik bro! |
4 ulasan:
hahaha.
ngeh~
hahah kelakarnye
huhu..ini adalah serius yang kelakar kot..haha
Catat Ulasan