27 April 2011

Gooooolll...!!

Ahh..seronok betul main bola semalam
perlawanan persahabatan dengan komuniti Presint 9, Putrajaya
separuh masa pertama
KeTTHA Real Betis FC [0] : P.9 [1]
.
tamat separuh masa kedua
KeTTHA Real Betis FC [1] : P.9 [1]

memang best menjaringkan goll!! oh yeahhh!


18 April 2011

beri beri..

sakit perut beri-beri..aduh..dari kul 5.30 pagi tadi kat rumah..memula tidur pakai track..pastu pakai kain..udahnya aku pakai tuala je..ni sambung lagi kat opis..dah 5 kali sejak pukul 9pagi..tali leher memang dah buka la..ni kalau akau pakai kain pelekat kat opis ni plak camne la agaknya..

15 April 2011

Keseronokan berkerja..(episod 2 - motivasi)

Aku rasa kedua-dua majikan dan pekerja kene buang perasaan FEAR nih..tapi kalau status kita ni orang bawahan, memang sentiasa la kita ni dihurung takut..katakanlah dalam mesyuarat yang kau dengan bos kau ada..kau ni orang yang buat kerja kat production line, bos kau jurutera..mesyuarat untuk selesaikan masalah yang terjadi kat production line..bos kau cakap sesuatu yang tak tepat..ko pun bersuara perlahan bgtahu apa sebenarnya terjadi..alih2 bos kau jeling kau, kerut dahi dia sikit.."haduii, dia nih.." dusyumm! sure kau cuak punya..FEAR is there! mesyuarat akan datang, kau mesti rasa macam alien la..sepi tak berkata apa! tak seronok langsung nak kerja macam ini!

Sekarang ni Ee Pee You tengah sibuk buat value management (VM)..projek-projek yang dilaksanakan lebih dari RM X0juta kena ada VM..supaya kos dapat dijimatkan! maka ada la bengkel sana sini dan konsultan yang dibayar tinggi untuk atur tempat korang nak berbengkel..dikumpulkanlah hasil buah fikiran korang dan dipersembahkan dengan jayanya..kos dapat dikurangkan! tapi pada pandangan aku, kebanyakan hasil adalah cost cutting dan bukan cost reduction. Bezanya? Katakanlah ada 10 skop proses yang perlu kita laksanakan dan kosnya RM10 juta..cost cutting akan jadikan ia 8 skop projek dengan kos 8 juta! cost reduction pula akan jadikan ia kekal 10 skop tp dgn harga 8 juta..Kadang-kadang aku tak faham..macam mana nak kurangkan kos kalau ia melibatkan pembelian tanah! dah harga tanah tu macam tu, nak kurang macam mana lagi?!  

Sekarang ni aku dah kembali menjalani kehidupan aktif..aku main bola, futsal, badminton..dan paling best aku dah turun kelas silat gak! Jadi bila bersukan, badan mesti berpeluh..nak segarkan badan ni, kita kene mandi, betul tak? Setiap hari kita mandi ni untuk segarkan badan..bayangkan korang tak mandi seminggu..(Mandi wajib tu lain cerita bang oi!) fuh, mesti berkuap + berlengas badan kan? sama juga di tempat kerja! apa yang boeh menyegarkan kita! memperkenalkan.. "encik MOTIVASI"! Ingat tak aku pernah tulis pasal motivation vs demotivation? sebab aku rasa kat tempat kerja aku ni sangat kurang sumber pemberi motivasi! motivasi ni macam mandi juga, daily basis dan bukannya sekali dalam setahun..pergi kem motivasi! balik je, fuh semangat2! pas seminggu..kuncup bang oi semangat tu! dah hilang ke mane entah motivasi tu..
sungguh bermotivasi ..eh, bergembira!

Motivasi tak perlu semata-mata hantar dengar ceramah, team building dsb..yang paling penting di pejabat adalah "touching the other person heart"..dengan 2 patah perkataan saja, kita boleh bagi motivasi pada orang bawahan, mber malah bos.."WELL DONE"..sambil tepuk belakang die dan senyum..dulu masa waku DPA, ayat motivasi yang femes = "u are the man, bro!"..dan aku rasa perkataan "layannn.." bukanlah satu motiasi untuk aku! Perasan tak, sebenarnya ini yang kurang banyak kat tempat kita kerja..that human touch.. yang banyak? kene maki ada la bro! haha! tak pun kene sindir..kene ngumpat..kene perli..sentap hatimaknak!

Faktor pengurangan motivasi (demotivation factor) ni boleh membunuh kerjaya kita dan semangat bekerja kita..otak dah tepu, hati dah benyek, semangat dah basi..bagi kerja apa pun jalan macam siput gak..orang dok sibuk cakap berfikir di luar kotak..di luar dimensi pun ada! la ni kalau dah tepu, nak berfikir waras pun tak boleh boss! Luar kotak penalti nak score?..jauh sekali..Kalau tempat kita kerja tiada persekitaran yang boleh mebantu kita memajukan diri, baik blah je la bro~ makin lama tanpa korang sedar, kebolehan dan keyakinan yang ada dalam diri korang akan terus terpadam..jadi, kepada semua, aku galakkan kita bagi motivasi satu sama lain kat tempat kerja! Good Luck n Good Job Bro! 


Ok, dah masa untuk Jumaat..episod akan datang aku nak cerita pasal apa yang pekerja mahukan di tempat kerja? mesti korang suka! baru seronok nak kerja! huhu!

Selain minit "untuk tindakan", "sila selesaikan", minit macam ni sekali sekala dapat menaikkan motivasi!


13 April 2011

Keseronokan berkerja..(episod 1-kompetensi)

tempoh hari ada je iklan sampai kat emel aku untu hantarkan artikel mengenai keseronokan bekerja..aku sampai bosan nak bukak emel tu dan aku delete je terus pasal size fail lampiran yang besar menyemak kat mailbox aku yg kecil..aku rasa aku nak tulis kot kat sini..tapi aku tak tahu sama ada betul ke sesuai tajuk ni tentang keseronokan atau tidak~

pertama sekali bila kita kerja, janganlah anggap kita ni sebagai aset company..kita ni manusia dan lebih dari aset! kalau ko ni aset, orang2 kat pentadbiran tu akan tagging ko..tett..tett..aset manegment! tapi kat opis aku ni semua bende depa tak tagging..kang aku bawa balik kerusi ngan printer ni kang best gak! xde pun orang check..borang kew-pa 7? ntah2 korang pun tahu apa benda tu..pipu~ bila kerja ni perkara yang paling penting adalah KOMPETENSI..ni la yang selalu tidak diambil peduli..dari mana nak dapat kompetensi nih?

pada pendapat aku, kat tempat aku ni, bahagian sumber manusia (H.R) hanya nak bagi latihan..only a training, not developing. Hujung tahun nanti akan edarkan satu borang besar dengan tulisan saiz sakit mata, "ok, sila pilih kursus yang anda hendak pergi" Tandakan pilihan anda dan cadangankan sekiranya tiada"..maka jebuhla aku nak baca sejibol-sejibol jenis latihan..kalau ikutkan hati, semua aku nak pergi! pasal best apa?! makan free, jalan2..jumpa memebr..lari dari opis! hahaha! aku rasa edaran borang ni bukan satu perancangan yang baik! HR patut fikirkan apa jenis latihan yang sepatutunya kite ni semua pergi! dan latihan tu mesti selari dengan objektif, misi dan visi company..cuba buat camni, HR senaraikan kursus yang depa rasa korang patut pergi dan korang plak setiap dept senaraikan kursus yang korang nak pergi! match it and see the result bebeh~ aku yakin melambak perbezaan..cubalah! 

sebab nak seronok-seronok buat kerja..janji semua orang cukup kursus setahun! tapi kursus yang membina kompetensi  ke mana pula..bile dah takde kompetensi, kita sure lembap nak wat kerja..sebab banyak perkara yang kita ni tak tahu..tak terbuka minda..macam katak lepak bawah longkang..idea ada pun tak pandai nak menyampaikan..skang ni Kopetensi letak tepi, yang depa dok bising adalah KPI..outcome, output, out of here bebeh! tapi perjalanan kita nak capai tu semua patut kene ambil kira gak..kamonlah..KPI hanya hasilnya..bila set KPI mesti nak ada benchmark..benchmark pula mesti nak letak dengan orang yang berjaya sana sini..cubalah buat benchmark dengan sesuatu yang gagal..kenapa gagal..bagaimana ia gagal..apa yang boleh dipelajari dari kegagalan..? Kerja akan lebih seronok dan menarik, kan?

Dulu masa aku DPA, pengarah program cakap..ingat ASKAR! aku la ni cuma ingat Attitude, Skill, Knowledge..AR tu mende ape weh? tolong gua! itu semua ASK tu kempotensi la tu..semua orang tahu pasal kompetensi dan komunikasi (2K) yang penting dalam bekerja! apa yang seronok kita kerja kalau nak bersuara pun tak boleh..2K ni memang perlu tetapi kita mesti tahu apa level dia..sebagai technician, sebagai CEO, sebagai pak gad, sebagai PSU, kita mesti tahu level 2K kita sepatutnya berada di mana..

kita mesti buangkan perasaan takut bila nak bersuara atau melontarkan sesuatu pandangan..lontar batu dan perasaan cinta tu lantak koranglah..aku cerita ni kat tempat kerja..Dulu zaman form 1-3, glamer benor baju billabong, quicksilver, alienworkshop..kalau korang sezaman dengan aku yang main tamiya ni la..dan ada lagi satu jenama yang femes, NO FEAR! haa..baju ni memang bagus..pasal bila kita FEAR dengan bos dan orang keliling kita kat opis, kita takkan rasa seronok bekerja..False Evidance Against Real..

nanti gua sambung lagi k bro!

tidur sambil minum air kotak memang terbaik bro!

11 April 2011

hartini @ tini @ M.O.J

Tini kat PD masa family day sektor air..bukan pandai un pakai kamera tu..heheh
kalau korang ingat..dulu ak pernah tulis pasal yani. Tahun 2009, yani blah dari opis aku nih untuk keje kat tempat baru..alhamdulillah, aku rasa kerja yani kat tempat baru tu sangat best woo..terbang sana sini..dapat wat umrah lak tu. gembira aku dengan kerja yani skang..n dah ada boyfriend dah! hehehe~
retreat kat Gambang..

skang ni aku nak tulis pasal hartini..a.k.a tini a.k.a MOJ (Mak Ok Je..) hehe! aku, yani, tini dulu satu bilik kat opis nih..ak rasa teammate terbaik ak keje awal2 dulu..+ hazwan! sampai skang aku rasa team ni paling best.. (hazwan pun dah kat tempat lain..)..minggu lepas, tini dah ke tempat baru..masa ak baru masuk sini, tini kat HR lagi..pastu die join sektor air ni n lepak satu bilik ngan kiteorang..mulalah berkenalan..minah ni arkitek rupenya,,fuh!
retreat kat langkawi..

bila dah satu bilik ni, aku pun terjebak le dalam sesi gosip2 n luahan perasaan..best la gak bila suma pun satu kepala..kan? pastu slalu kiteorng pi lunch sama2..stayback kat opis..keje di kala weeknd..kalau masing2 malas kuar lunch, tutup lampu..port bawah meja! haha! tang sejuk giler bawah meja tu yang wa xtahan..yani yang terbaeik, pasal siap ada toto + bantal wehh!! fuh~

ATV..!
sepanjang aku kenal tini..die ni memang gagah perkasa la..ngah sambung master (dah grade) + jaga anak2 lagi..anak2 comel  charlies angle die, fuh, memang aktif le..ak penah jadi babysit depa jap kat opis nih..hehe~. bak kata tini dalam ucapan masa majlis perpisahan, "dah sampai masanya saya beri perhatian pada anak2 saya.."..memang syahdu~ betula la kan..kdg2 kita ni sibuk dengan kerja sampai tak perasan anak kita ni dah besar..eh, wa ni cakap macam wa dah ada anak plak..ehe~


aku suka gak tini cakap, "kita mesti berani buat perubahan untuk diri kita..sama ada susah atau senang selepas keputusan yang kita buat, kita perlu bersedia untuk terima semuanya.." aku setuju sangat..


jamuan raya..ada pun gambar ak ngan tini..hehe

bowling..tang gaya memang tini champion!

keluarga sektor Air

Retreat terakhir tini kat sini..
papepun, kiteorang kat sini semua doakan yang terbaik kat tini dan keluarga..kat tempat baru tu, jangan lupe mber2 kat sini..kalau terbang jauh2, beli kan fridge magnet! hehe~ owh~ dah aku sungguh tak sangka tini ni punya bakat melukis..bingkai cermin yang ko bagi tu memang awesome!!skang aku dah tak perlu ke toilet pasal dah ada cermin sendiri kat bilik!  thanks beb! jumpa lagi akan datang! jaga diri!

ucapan perpisahan tini..wa memang sebak time nih..



08 April 2011

hari pertama selepas 3 tahun..

malam tadi aku turun kelas..pertama kali selepas 3 tahun aku rasa..memang sangat lama kan? Thanks kat ammar pasal bagi aku pinjam uniform + bengkung..uniform aku cam dah oldskool sangat nampaknya..memang janggal sangat plak aku rasa..pasal aku xkenal semua orang..jurulatih n tenaga pengajar yang lain..kenal pak tam sorang je..nasib la aku jupe paktam kat melaka aritu..baru aku tahu paktam ni manager kat restoran Saba, cybercaya! ohoho!

aku sampai lewat skit..kelas dah mula..so aku pun berkenalan lah ngan sharil, hafiz,..(3 org lg wa dah lupe plak namanya..masalah btol!)..bila pecah kelas, aku join kelas asas la kan..alih2 kene bagi buah plak..baru la nk refresh badan..ehe~ lama tak bg buah, rasa janggal pun ada..apepun, aku rasa kelas kat sini macam 'kaku' je plak..macam serious je..mungkin sebab depa training seminnggu 2jam je..jadi tak banyak masa ko nak gelak2..fokus!

ada yang xcukup partner..so aku volunteer jd partner.pasal aku macam blur je nak ngk bdk2 ni training n tenaga pengajar ramai plak kelas asas ni..2 jam kelas, asyik kene kilas belakang je, rs tergeliat gak..haha! pas abih kelas, pi ngeteh kat ulam aida..pastu masing-masing story mory pasal citer silat la..aku dengar je..xbape pandai nak masuk tune depa lagi..dok diam2 je la macam alien baru sampai malaysia tak bawak pasport..

tapi kelas seminggu sekali..rasa macam xpuas plak! padahal baru hari pertama ni wa datang..haha! ye la, dulu seminggu kelas ada banyak gak..aku rasa badan ak letih pasal tak berpeluh la..lately aku nk main futsal, bola, badminton..badan sihat otakkk cergas!! hoho! 



05 April 2011

uniform biru pusaka..

salam..lama dah tak sembang ringan..aku pergi menghilangkan diri sekejap..aku rasa aku mengalami perubahan skit la..bukan bermutasi jadi X-men..tapi ak masih dalam peringkat pemikiran singkat kepada berfikir dengan panjang dan lebih jauh dan lebih luas..

2 minggu sudah aku layan gi Wajadiri Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi kat UTEM Melaka..macam biasa, aku dah tau dah kalau aku gi sana, sure kene sindir macam2 la..especially kenapa dah lama tak turun kelas silat..dulu alasan aku kerja tapi skang dah takleh pakai alasan tu..baguslah..depa masih berusaha nak ngajak aku aktif silat balik..dulu, azam aku pun memang begitu..aku pun xtahu apa punca aku tak turun kelas bila kat sini..sedar2 dah 3 tahun aku tak sarung uniform biru gelap itu..

sejak dari pergi melaka hari tu, aku selalu dok menung..ngapalah aku jd cmni..ak macam hilang arah hendak dituju..apa yg berubah pada diri aku sejak 3 tahun yang lepas? dalam bank, still xbanyak duit..gaji macam tak pernah tak masuk tiap2 bulan..ilmu apa yang aku belajar selama 3 tahun ni..ada..ada sesuatu yang aku belajar..dan aku belajar dari orang yang aku benci n kutuk dulu..ak kutuk orang tu sampai aku terdetik wat blog nih! itula asalnya ilham badai..

sesuatu yang aku belajar dari orang itu, aku sendiri tak tahu macammana nk menyuratkannya..aku punya sendiri apa yang aku pelajari..orang itu memang betul2 rendah diri..


esok, aku akan mula menyarung uniform biru kembali..dengan semangat yang baru!