25 Jun 2011

cerita opis..

minggu ni aku rasa agak sibuk dan aku buat2 sibuk semasa bekerja..bila rajin aku bekerja, bila masa aku buat2 sibuk dan malas tahap nak cerita pun malas..keseronokan bekerja itu terganggu sebab internet kat opis aku dah kena ceroboh barangkali..mungkin Green Data Centre yang canggih itu masih hijau ketika ini..maka minggu ni pula ada banyak maklumat aku kena cari..maka aku pun hilang keghairahan bekerja dan aku lebih suka masuk mesyuarat dan diskusi lantas meninggalkan kerja tersadai di penjuru meja itu..dan suhu bilik aku pula menjunam turun sampai aku rasa nak pergi universal traveller membeli barangan yg sesui untuk dipakai semasa bekerja..

hari selasa, pagi2 lepas aku kena tegur dengan bos..biasa la kan..tapi aku sedikit kecewa dgn immediate boss yang tak back up aku pd mulanya..terpaksa aku defend diri sendiri..tatkala kena sembur tu, aku rasa ak patut diberi peluang mempertahankan diri dan tindakan aku..dan perkara yang benar aku tak perlu takut..jarang2 kena marah, aku rasa macam kaw2 je kali ni..mungkin angin bos kurang baik..

sampai waktu makan, sedang aku menyantap, nmpak la boss yg marah aku tadi tu baru turun dan ambil makana..aku terus panggil, "Tuan, mari makan sini sama.." ye, makanlah kami bersama dan bercerita tentang hal apa yang aku sudah lupa..hal dunia dan kereta myVi baru je yg aku ingat..kehkeh..

kadang2 aku rasa bos memang patut marah bila aku buat salah..tapi bos kena bagi peluang dulu aku jelaskan apa yg berlaku sebelum menuduh yang bukan2..sebab nanti bos yang akan malu..satu hari nanti jika panjang umur dan masih dikurniakan rezeki kudrat, mana tahu aku juga berada di tempat seperi dia..btah apa la yg akan jadi pada aku yang panas baran ni..

lepak makan2 kat umbai dulu ni dengan bos2 dan rakan2..

20 Jun 2011

Pemergian Pak Uda dan Qayyum..

Aku memang minat siri Pi Mai Pi Mai Tang Tu..watak2 dalam flat Sri Wangi macam Budin, Pak Busu, Ravi, Lucy juga pak uda memang sinonim dengan aku dari dulu smpai la sekarang..ye, aku layan PMPMTT lagi kat astro sekarang ni..Pagi ini Pak Uda atau namanya Zami Ismail telah meninggal dunia di IJN kira2 jam 10.30 pagi, 19 Jun 2011 akibat kegagalan jantung..

dan hari ini juga seorang pelukis komik Ujang telah juga meninggal dunia..korang kenal Qayyum? Arwah meninggal jam 7.30 mlm, 19 Jun 2011 akibat stroke.. :( dalam Ujang Siri Tv la pulak, Qayyum ni la Mat Despatch..

Al-fatihah buat kedua-dua arwah Zami Ismail dan Qayyum..


*Arwah Qayyum sebagai Mat Despatch dalam Ujang Siri TV lah pulak~

Pra Olimpik : Malaysia lwn Lubnan

fuh..baru lepas layan siaran langsung kelayakan olimpik, Malaysia lawan Lubnan..FIFA ranking terkini menunjukkan Harimau malaya di tangga 143 dan Lubnan 178...main kat beirut, siaran langsung tak lain tak bukan kat astro arena 801! separuh masa pertama nampak juga skuad Harimau Malaya  kita ni gabra gak..tak boleh nak pegang bola lama2 + passing pun berterabur..kesan kekalahan perlawanan persahabatan ke nih? aku yang tgk ni pun gabra juga..jangan la apek tewas dulu..tiada jaringan separuh masa pertama..fiuh..izzaq farris free header tak berapa cun..silaukah? masuk separuh masa kedua, baru nampak Harimau Malaya menunjukkan taring..hoho! beberapa percubaan tepat..cayalah! Malangnya masih tidak dapat menggegar jaring lubnan..keputusan:


Secara keseluruhan, pertahanan yg dikepalai Muslim memang superb! long pass lubnan semua depa leh pancung..apek pun tak ada kena bola yg payah..tengah? kena pertingkatkan lagi..kiri kanan? Wan Zack + Kecik main smart..patut masuk kecik awal2 pun ok..berani bawa bola terjah masuk..penyerang? izzaq dapat sekali je peluang..Ong siew kim kena buat srtatergi serangan yg lebih garang rasanya..

kalau korang perasan, stadiun kat Beirut tu tak banyak pun penyokong Lubnan..aku dengar suara penyokong Harimau Malaya je..Lubana tak dapat sokongan penyokong yang ramai, jadi pemain kita pun takde la saiko sangat..jom kita gegar Stadium Nasional Bukit Jalil hari Khamis depan 23 Jun 2011..Kali terakhir aku pergi masa Kelayakan pusingan pertama,  Malaysia Lawan Pakistan kat Stadium Shah Alam..tak ramai masa itu.. :( Takkan nak tunggu Malaysia layak baru nak turun stadium beb? Olimpik 2012 kat London tuuu~

Jom Turun Stadium! *pss: korang rasa Ketua Menteri Sarawak bawak bini dia tak pi SNBJ nanti? hehe~

18 Jun 2011

make over der~

hari sabtu..bosan2 lepak rumah..cerita tak ada yang menarik..layan surfing..FB pun gua rasa dah bosan..otak tepu semalam balik kerja lewat malam..pagi ni kena gegar awal pagi dgn aizad..Miss J pergi makan dah..aku bantai megi je la jap lagi..

tiba2 aku terbahak..haha..tak sangka betul, boleh make over smpai tahap macam nih! macam siot..



*sumber dari theCHIVE.

Gerhana..Woo..gerhana

16 Jun lepas ada Gerhana Bulan yang boleh dilihat..gerhana bermula kira2 jam 1pg dan tamat pada jam 6.59 pagi..gerhana penuh dijangja kira2 jam 3pagi...disebabkan ianya berlaku kira2 11 tahun sekali..aku pun bersemangat waja la juga..dulu aku memang minat dengan langit angkasa ni..astronomi punya bidang..siap gua merajuk dengan abg gua pasal dia janji nak belikan gua teleskop masa besday gua yang ke 15! tp smpai ke 35 ni gua tak dapat lagi..huu~

aku ajak zahirie pi masjid putra..dengarnya ada cerapan kat sana..tapi dia tak mahu..tak ada geng, memang rasa berat la nak pergi..aku decide tengok kat rumah je la..kalau tidur, takut tak bangun langsung..jadi aku pun berjaga la yob..kat bawah ni gambar bulan jam 1.45pg..pastu jam 2.30 pg..dan jam 3 pg..sebagai seoarang yg tahap amatur pun belum dicapai, gambar ni mmg tak clear la yob..lg pun aku pakai kamera biasa je..

nampak la juga kot gerhana ni~
bila jam 3pagi je..fuh, berkemutih awan nano menutup langit..ilang terus pandangan bulan kalau guna mata kasar aku ni..apa nak buat..mata pun dah ngantuk..tak ada rezeki nak tgk gerhana ni bulan rejab kali ini..sebelum tidor, gua layan lagu Gerhana dari kembara kat bawah ni..lagu cari makan aku kalau pi karaoke..haha!


aku tak tahu la video klip ni asli ke atau asli yg palsu..yang aku tahu, aku bukan keturunan super saiya..pasal masa aku tgk bulan tu, aku tak berubah menjadi gorilla ganas! mungkin benar aku cuma bergenetik mutant~

15 Jun 2011

Gegaran muncul semula..

semalam, 2 kali gegaran berlaku di sumatera..kesannya dirasai sampai la ke bangunan E4/5 ni juga..gegeran pertama? aku masih di rumah..sampai2 kat cafe, ada yang dah bersembang..tak lama kemudian tu baru tahu ada info rasmi dari Jabatan Meteorolgi Malaysia bahawasanya berlaku gempa di Sumatera Utara, Indonesia..Lebih kurang jam 11pg, satu lagi gegeran susulan berlaku..kali ni ada pengumuman untuk pengungsian bangunan..semua pun pakat turut la..tempat berkumpul di sebelah belakang, jadi tak nampak mcmmana bangunan yang lain..khabarnya MOH & KPT semua pun turun..

pelbagai topik dibincangkan semasa melepak2 di bawah ni.

dalam 10 minit, tiada apa2 dan kita punya Mr. W pun maklumkan boleh naik..waah, aku ingatkan bomba yang akan datang periksa bangunan baru selamat untuk dinaiki..walaupun gegaran sikit je tapi bangunan kat sini mana ada penyerap gegaran..takpelah, dalam hati aku pun sebenarnya, "ok, jom naik balik sambung kerja!"..tapi kan, aku tak tahu berapa ramai yang sedar bahawa bukan pekerja pakai tag gomen saja yang ada di sini? masa dah berhimpun tu, di manakah ANAK2 KECIL KAT TASKA YANG ADA KAT BANGUNAN NI JUGA?


kalau ibu bapa kerja kat sini, boleh lari terus utk dptkan anak2 mereka..kalau yang ibu bapa tidak bekerja di bangunan ini? ye la, semalam tiada apa2 berlaku..akan datang? terhantuk baru terngadah agaknya..aku borak2 dengan beberapa orang member, katanya mana pasukan kecemasan di kalangan pekerja? ada yg jawab, depa tu train utk kebakaran je..utk gempa dan lain2 takde latihan lg kot.Oooo~


takpelah..untuk peringatan buat aku dan korang semua juga..kalau ada berlaku kecemasan di mana2, selepas selamatkan diri sendiri, baru selamatkan org lain ye..bergegar kecil2an ni aku tak bimbang sangat..tapi yang aku kesahkan kalau internet/server down sampai emel pun tak boleh buka! dan air-cond yg sejuk melampau sampai aku rasa tangan aku nak letak bawah pungkok untuk dapatkan habanya..nak buat kerja pun tak berapa nak senang..

Indonesia ada Gunung Berapi tergempaq = Krakatoa. kalau berlaku gempa dan krakato meletup lagi, kita kat malaysia antara yang awal terkorban agaknya..

13 Jun 2011

pengorbanan seorang ibu

Kalau korang pergi ke Parcel E Putrajaya dan masuk ke dalam parcel tu, korang akan lihat betapa bersepahnya kenderaan kat dalam tu..aku sebenarnya berpendapat, suasana persekitaran kat parcel E tu sangat cantik..dengan lanskap dan rimbun pokok2 di celah2 bangunan..memang tahan internationaleee~~ tapi keindahannya telah dicacatkan..kalu korang masuk, kereta bersusun parkir di bahu jalan..bas2 kementerian/jabatan pun bersepah je..kon keselamatan yg berantai2 menjadi hiasan utama!! kat lobi setiap bangunan pula, banyak motosikal pak & mak guard, penghantar surat, dan brader2 maintainance bangunan..!







dulu aku pernah upload video masa aku tak ada parkir mula2 masuk kerja..itu dulu..sebenarnya, dah ada kawasan letak kereta bersebelahan parcel E ni..tapi ramai yang tak mahu parkir di san..mungkin sebabnya ada caj letak kereta = RM1/ jam..maknanya kalau korang kerje sehari 8jam dan tak keluar pejabat, caj parkir = RM 8...owh, ini sama harga dengan caj bil pembetungan anda selama sebulan!! disebabkan parkir yang terhad dan bersepah ini, maka siapa cepat dia dapat menjadi amalan..namun begitu, setelah layan video ni dan katakan anda mencari parkir setelah berpusing2 selama 15 minit..anda ternampak satu tempat kosong! YAYYY..!! bila anda parkir je dan keluar kereta, anda terbaca ini:



apa pilihan korang?

09 Jun 2011

Kosmo - Rentap Futsal

Hujung bulan lepas Putrajaya disesakkan dengan kebanjiran ramai manusia dari segenap pelusuk Tanah Melayu. sempena Hari Belia yang berlangsung dari 27-29 Mei 2011..aku ni pun terjebak juga dengan program HB ni tapi aku memang malas nak meredah lautan manusia kat presint 2..aku cuma berada di Gelanggang Futsal, Presint 18 sebab Real Betis KeTTHA hantar 2 team Futsal, Team A dan Team B..aku dalam Team A..tiada beza pun team mana yang hebat..kalau ada ramai, ada la lagi Team C pula..kami register masuk kategori Lelaki Terbuka! 

Real KeTTHA mula berlatih sebulan lalu dgn kadar permainan sejam sekali main dan seminggu sekali je..maknanya 4 kali je la..dan 2 kali je aku dapat turun pasal sekali aku dihantar bertugas luar kawasan dan diserang cirit birit yg memedihkan lubang duburku..adeh~ Hari yg dinannti, 27 Mei (Jumaat) pun tiba..ikut jadual, perlawanan bermula jam 9pg dan kami game ke-4..hujan turun sejak subuh..dan perlawanan kategori Larut Malam melarat sampai ke pagi..

pukul 8.30 dah sampai dah..berkhemah bawah pokok
Tunggu punya tunggu sampai ke tengah hari, game belum mula lagi..balik umah, Jumaat dulu..pastu datang balik..dari pagi panas badan..pastu dah tahap PANAS HATI..! gua dengan jiwa lara ni memang bosan betul la..akhirnya jam 4.30 petang baru Team A main! Keputusan pusingan Kumpulan Team A:

Real KeTTHA A (mn) 3 : VS : 1 Bas Burok FC
Real KeTTHA A (klh) 0 : VS : 1 Temerloh 1

dengan keputusan di atas..kami layak ke pusingan kalah maut! Perlawanan Real KeTTHA B lewat sikit..malangay kedua2 penjaga goal Team B ni tak dapat main sebab cedera dan balik kampung kecemasan..gua pun dengan machonya menjadi sukarela jadi penjaga gol memandangkan pemain cukup2 je..ok, kali terakihir gua jaga gawang adalah masa gua darjah 4, main bola kat laman rumah Tuan Jamal kat Dusun Dato Murad, Melaka!  keputusan perlawanan pusingan kumpulan Team B:

Real KeTTHA B (mn) 2 : VS : 2 Pemuda Pas Putrajaya
Real KeTTHA B (klh) 1 : VS : 1 (tak ingat nama team)

Layak juga ke pusingan kalah maut!


tapi bila tanya penganjur, depa kata tak tahu pusingan seterusnya mula jam berapa..haduiii! lagi aku hangin..menjelang maghrib, ramai dah balik dulu..tinggal aku, aizad, lan, ariff yang bertahan pasal bimbang gak tiba2 jadual keluar..sampai jam 9, aku dah lapar n badan pun berlengas..dari pukul 7pg bro kat sana..jd, aku & aizad balik rumah aku dulu, mandi2..aku roger Miss J suruh datang desa sebab nak makan sama..ngam2 aku order makan, dapat hallo dr ariff, kata game pusingan kalah maut sudah bermula! apa itu neraka?!! gelabah gua terus pecut balik umah, salin baju balik + terus henjut ke gelanggang..aizad dah rempit dulu awal2..aku sampai2 je, game dah mula..dan pemain ngam je ada..Real KeTTHA B tewas penalti setelah seri tanpa jaringan..aizad hangin semacam masa ni..sebab pemain yang sepatutnya ada tak cukup orang dan tak sempat nak prepare mental sebelum masuk berjuang..pada aku, penganjur @ KOSMO ni pun tak patut la macam ni..perlawanan kategori Lelaki Terbuka sepatutnya hanya dari 9pg-5ptg..malam hanya untuk Kategori Larut Malam..kami kecewa..

next, game utk Real KeTTHA A kira2 jam 11mlm..malangnya penjaga gawang (farid) dah balik Klang..nak dtg memang tak sempat..aku la nampaknya jadi penjaga gawang..keputusan: 

Real KeTTHA A (mn) 5  : VS: 1 BOoragas FC..


kami layak ke peringkat seterusnya! mengubat sedikit kecewa..sekali lagi, bila tanya penganjur, depa kata tak tahu bila pusingan seterusnya mula..hampeh betul..takkan nak tunggu sampai subuh..! sipi2 jam 12mlm, akhirnya confirm, game hari ahad! bagus..hari Sabtu boleh aku tido seharian di rumah!

hari ahad pun tiba..pendaftaran team semula dan ada 4 court (kumpulan) untuk perlawanan hari ni. Kami di Court 4..ramai pula yang tak datang! "kenduri kahwin", "jauh", "tak sangka dapat sampai peringkat ni" antara alasan yang diberikan..keeper pun tak ada! yang hadir, tidak patah semangat dan perjuangan diteruskan..keputusan:

Real KeTTHA A (mn) 1 : VS : 0 Pemuda Pas Putrajaya ..
Real KeTTHA A (klh) 0 : VS : 2 (tak ingat nama team) ..

terhenti sudah perjuangan kami di Quarter final Court 4...aku tak sesal sebab kalah..kami dah cuba sebaiknya..aku cuma sesal dgn geng2 yang tak datang dengan alasan yang sungguh tidak munasabah..ini pertama kali aku join team futsal KeTTHA..dan ini kali pertama team ini dapat sampai ke peringkat yang boleh dibanggakan ni atas usaha semua yang ada..tahun depan?

Real KeTTHA pasti menyinar lagi.. :)

Real KeTTHA A






03 Jun 2011

Rejab datang lagi

Seawal pagi lagi aku terima emel bertajuk "Rejab Datang Lagi.." Yup, hari ini 3 Jun 2010 adalah 1 Rejab 2011..Emel dari seorang sahabat mengandungi artikel yang ditulis oleh : Ustaz Haji Mohd. Nawi bin Haji Ismail. Terus terang cakap, aku memang tak pandai membuat penulisan berunsur keagamaan. Jadi, aku kongsikan artikel yang ditulis oleh ustaz Haji Mohd Nawi untuk sahabat2 sekalian..

Rejab Datang lagi..

Bulan ketujuh dalam kalendar Islam ini mempunyai keistimewaan tersendiri sebagaimana yang dijanjikan Allah seperti yang terkandung dalam al-Quran. Rejab mempunyai empat makna iaitu takzim (kebesaran, keagungan dan kemuliaan), rahmah (bulan yang penuh dengan rahmat Allah), Jud'un (pemurah) dan Birr'un (kebajikan). Bulan Rejab adalah salah satu bulan yang mulia dan banyak kelebihannya. Nabi Muhammad saw dalam satu hadis menyatakan bahawa Rejab itu bulan Allah. Sabda baginda yang bermaksud: "Sesungguhnya Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku dan Ramadan adalah bulan umatku".

Rejab dalam bahasa Arab bererti agung. Bulan ini dinamakan Rejab kerana pada bulan ini orang Arab zaman jahiliah dan awal Islam sangat menghormati dan mengagungkannya. Menurut satu kisah, di zaman dahulu, khususnya sebelum dan awal Islam, pada bulan ini petugas Kaabah membuka pintunya sebulan penuh, sedangkan pada bulan lain pintu Kaabah hanya dibuka pada hari Isnin dan Khamis. Ini kerana Rejab adalah bulan Allah. Kaabah pula adalah rumah Allah. Kita adalah hamba Allah. Oleh itu, bagi mereka tiada sebab mengapa hamba Allah dilarang memasuki rumah Allah pada bulan Allah ini. Dalam hal berkaitan, Saidina Abu Bakar pernah berkata: "Apabila tiba malam Jumaat yang pertama dalam Rejab, maka semua malaikat dari segenap penjuru sama ada dari udara, laut dan darat berkumpul di sekeliling Kaabah".

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah At-Taubah ayat 36:


Bermaksud: "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi hukum Allah ialah dua belas bulan, yang telah ditetapkan dalam kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama kamu yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu dengan melanggar larangannya.Dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa"



Rejab bererti kebesaran dan dinamakan Rejab kerana bulan ini sangat dimuliakan pada zaman Jahiliah.  Dalam bulan ini juga mencatatkan sejarah penting bagi kehidupan umat Islam kerana dalam bulan ini mengandungi peristiwa Isra' dan Mikraj Junjungan Nabi Besar kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam satu peristiwa yang kita telah maklum keagungannya. Umat Islam digalakkan untuk beribadat sebanyak mungkin pada bulan Rejab ini kerana pada bulan ini Allah Subhanahu Wataala banyak memberikan pahala kepada mereka yang mengerjakan ibadat di dalamnya. Di antara amalan-amalan yang digalakkan ke atas orang-orang Islam untuk mengerjakannya pada bulan Rejab ini ialah:-


Pertama: Membaca Salawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Umat Islam memang digalakkan untuk membanyakkan membaca salawat pada bila-bila masa terutama pada ketika pahalanya dilipat gandakan di dalamnya seperti pada bulan Rejab kerana membaca salawat sangat besar pahalanya.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Antara mafhumnya: " Barangsiapa yang membaca salawat untuk Ku satu kali, Allah bersalawat kepadanya sepuluh kali, dan barangsiapa bersalawat sepuluh kali kepada Ku, Allah akan bersalawat kepadanya sebanyak seratus kali.  Dan barang siapa yang bersalawat kepada Ku seratus kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua matanya kebebasan dari nifak dan kebebasan dari neraka.  Pada hari kiamat orang itu akan ditempatkan bersama orang-orang yang mati syahid". [Riwayat At-tabrani].

 Kedua: Bertaubat.

Kita digalakkan untuk memperbanyakkan bertaubat pada bulan Rejab kerana bulan ini adalah bulan pengampunan.

Ketiga: Berpuasa.

Kita Umat Islam digalakkan untuk banyak berpuasa  pada bulan Rejab. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi. Maksudnya:  "Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebuah sungai yang disebutkan sungai Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu, barangsiapa yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab, Allah akan memberinya minum dari sungai itu".

 Keempat: Berdoa.

Apabila berada di bulan Rejab, kita berharap agar sampai pula pada bulan Syaaban dan bulan Ramadhan.  Bulan Ramadhan bulan yang dinanti-nanti oleh setiap orang Islam yang sentiasa merindui pahala besar.

Selain daripada itu banyak lagi ibadat-ibadat lain yang mempunyai banyak kelebihan untuk kita amalkan di bulan ini seperti bersedekah dan melakukan amal jariah yang lain.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah At-Tahrim ayat 8:

Bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan bertaubat nasuha mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai".

Istimewanya  bulan ini, pada 27 Rejab ialah berlakunya peristiwa Isra' dan Mikraj.

 Disediakan oleh: Ustaz Haji Mohd. Nawi bin Haji Ismail