07 Januari 2010

cawan dalam avatar

semalam aku pergi melayan filem Avatar di GSC Alamanda..setelah kehabisan tiket panggung 3D dulu, jadi kali ni sempat layan kat alam je la..CGI dalam cerita ini memang superb dgn gambaran hutan kat planet tu yg sangat unik..aku rasa macam nak layan 3D juga kalu sempat minggu depan!

ada sesuatu yang buat aku tertarik dalam dialog filem ini..pasal "cawan yang penuh!".
Dialog ni berlaku masa sang hero Jake nk belajar dari puak Na'vi. Jake dengan pendirian mahu belajar kehidupan bersama puak Na'vi pada mulanya tidak dipersetuji oleh Mo'at (bomoh puak Na'vi). Ini semua sebab usaha puak Na'vi nak mengajar kehidupan mereka kepada manusia (yg digelar Orang Langit dalam cerita ni) tidak pernah berjaya kerana:
.
..
Mo'at : "mereka datang dengan cawan yang penuh, bagaimana mereka boleh belajar?!"
Jake: "cawan saya kosong! saya mahu belajar..!"

haa..setelah diterjemah, lebih kurang macam tu la dialog antara Mo'at dan Jake.
Jadi, apakah maksud "cawan" itu?
.
..
bila cawan yang penuh dengan air, kita tuang lagi air, mesti air tertumpah kan..
tapi bila cawan yang kosong, kita tuang air, mesti air tu tak melimpah tumpah..
.
..
andainya cawan tu umpama diri kita, air tu umpama ilmu..
.
..
kalau kita datang dengan diri yang angkuh penuh ilmu di dada,
bagaimana kita mampu pelajari sesuatu yg ilmu yang baru..
mesti kita akan poyo sambil berkata dalam hati "hek elleh, ko ilmu cetek ni nk ngajor aku?!!" kita tak tahu sebenarnya ilmu yang dia ada, kita tidak punya..
.
..
sebaliknya jika kita datang dengan rendah diri dan kosongkan diri,
pasti lebih mudah kita mempelajari sesuatu yang baru dan baik untuk kita..
tidak salah mengambil mutiara di dalam lumpur yang kotor itu..
.
..
jadi, bila nak belajar sesuatu yang baru.
kosongkanlah cawan tu ye..
kalau cawan dah penuh, camne nak isi air lagi..!

:)

eh, ni kira entri "ulasan filem" pertama aku dalam sukahatikoje?

4 ulasan:

Wuhuu Mommy berkata...

baik jadi span...hehehehe...

cawan kalau kosong pun bila dah penuh, akan tumpah. jadi span, dia serappppp je :)

tak pun, jadi tong yang bocor. lalalala.

Dable-A berkata...

jadi laut je la rep, tak penuh2...skali tsunami baru lho tau..hehhe...btw, tak nyempat lg layan avatar tu...tapi dlm list wajib tgk..

Cherrie Pie Sweety berkata...

fine..tetiba aku pk lain ha ha ha

'arif berkata...

mommy delta- erk~mungkin eh pakai magic span yg leh serap byykkkkk air! hehe!
aziz-lyn 3d sure best bro..pegi pegi!!
cher - kamu pk apo lak?