Baru beberapa hari lepas aku baca surat khabar, ada lagi kena tahan kat Australia. Macam selalu kita dengar, skema jawapan adalah.."saya ni keldai bang! saya tertipuuuu~" Walaupun ko seludup dengan cara ko tolan biji tu masuk dalam usus?!! aku pun tak tahu sejauh mana kebenarannya..Aku harap-harap betul seperti apa yang didakwa..setakat ni jawapan yang paling jujur pernah aku baca adalah kes seorang student yang ditahan kat Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou China.. Ni jawapan dia:
"secara sukarela menelan 100 biji pil dadah jenis heroin dan ditawarkan upah sebanyak RM5,000 oleh seorang teman lelaki berasal dari Afrika Selatan dikenali Chimezie Michael yang dikenali melalui laman sosial Facebook"
Aku dulu pernah gak kena marah dan ayat paling lazim "bodoh macam lembu" setepek kena..sekarang ni plak keldai dah lebih glamor dari lembu nampaknya..cerita pasal keldai akan selalu korang baca dalam paper..keldai sudah pandai naik kapal terbang bawa dadah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan