05 Mei 2011

Lawak Vs Nyanyi2

Sekarang ni aku rasa macam banyak sangat dan program realiti nyanyian..sampai rasa bosan pun ada gak! tahap kalau kelau iklan pun aku cepat2 tukar saluran lain! (ye, tgn aku memang sentiasa pegang alat kawalan jauh sebab iklan memang bosan..) Ada hiburan lain yang lebih menarik sekarang ni..Maharaja Lawak! haha! aku fan Jambu dengan trademark Muka Legend, Hati Jambu! haha! Layan Jambu kat bawah ni!


aku rasa kedai mamak pun patut buka Maharaja Lawak selain rancangan sukan dan gusti je memanjang..Penangan cerita ni sampai geng2 badminton pun tak main dah bila hari Jumaat. Setiap minggu kiteorang main hari Sabtu malam..daripada layan Akademi Fantasia, baik pergi bersukan! Aku rasa mesti best kalau lepak ramai2 rumah sesiapa dan layan Lawak2 Jambu, Jozan, Nabil dan kumpulan2 yang lain! 

Jom! kita kumpul kat rumah zaimee best rasanya! hehe! Zaimee pandai masak tuuu~


Tiada ulasan: