30 Jun 2010

NOKIA BARU..

ye....aku dah ada telefon bombit baru..jenama nokia, siri 2330 kot..klasik! pakai yang klasik dulu..ada duit esok boleh la beli yang canggih dan mapan!

tapi aku mula terasa susah..ada banyak nombor yang aku rasa susah aku nak dapat balik..terutama geng2 sekolah, matrik, uni..tang yang keje tu, mana2 aku jumpa trus aku minta no hp..semalam aku merayau2 kat bangunan ni untuk dapatkan no telefon..sambil2 jenguk & ziarah geng2 dalam bangunan nih..

jadi, pembaca dan rakan2 sekalian, sila sms saya nombor anda..untuk saya simpan dalam hp klasik ini..(ak masih pakai nombor lama.. 012-7**2**9)


lama dah aku tak menulis kt blog nih..

18 Jun 2010

NOKIA N81 AKU HILANG..

ya..telefon aku hilang..nombor tu aku pakai sejak 9tahun dulu..hp tu aku pakai sejak 2 tahun dulu..hp pertama aku beli dengan duit sendiri..

maka aku kehilangan semua nombor yang ada dalam tu..dan aku masih belum memiliki hp ketika ini..

nokia n81 aku hilang..

27 Mei 2010

betul..memang sukar untuk mengungkapkannya..

aku baru lepas baca blog echa
pasal kodok dia yang dilanggar oleh seorang makcik pada 14 mei yg lalu
kesian kodok dia cedera
sudah berparut di bontot
tapi yang aku sesalkan
dan aku setuju dengan echa yang bengang
kenapa ramai homo sapiens yang susah nak ucap
"minta maaf"
bila sedar dia melalukan kesilapan
yang melukakan hati orang lain
mahupun kodok orang lain..

tapi..
aku rasa aku juga ada masalah
sukar mengungkapkan sesuatu
.
..
...
saya cintakan awk..?
.
..
...
saya tidak boleh terima awak..?
.
..
..
saya rasa hubungan kita berakhir di sini..?
.
..
...
atau
.
..
...
''err..minta maaf Dato Pengerusi..saya terkentut kuat pulak, tak sangka pula busuk macam ni..nanti sya ambilkan air-freshner ye..minta maaf semua.."



Tanda oleh Cik Cherrie

alkisah tersebutlah kisah..
depa ni main tag-tag..aku ingat apa la
dah tiga pat blog aku baca baru aku paham..
mungkin aku semakin lembab
dan blur
dan bingung
dan tidak stabiL
dan kronik

K.R.O.N.I.K..!

aku telah ditanda oleh cik cher dreamy, blurry, sweety

macam inilah permainannya
(disebabkan aku malas nak terjemahkannya dalam bahasa Melayu, jadi aku salin dan tampal "the RULES")

The RULES :
i)select the 8th photo on your facebook profile
ii)post it along with the story about the photo


haaa..inilah gambar ke-8 dalam profil mukabuku aku..
kisahnya?
ni masa raya tahun lepas..
brader sebelah aku tu namanya Iman..(eh, apa nama penuh die ek??)
dia ni kira akak ipar aku punya anak..maknanya anak abang aku la kan..
(maknanya anak buah aku eh..?)

masa ni kiteorang dalam satu pasukan perang..
sedang menentang musuh2 di sekeliling rumah yang tidak pernah berputus asa berjuang saban tahun tatkala orang2 kg kt masjid sedang bertakbir..

ini antara senjata yg kami gunakan :

brader Iman ni sangat ganas..
kerana dia tidak pernah berputus asa menyuruh bapaknya melepaskan tembakan demi tembakan..lalu disambung oleh aku pulak..dan kami bergilir2 memasang peluru sambil disuruh oleh brader Iman yang otai ini..
Dia sungguh gembira apabila letupan kiteorang lebih hebat dari oarng sebelah, orang belakang, mahupun orang depan!!
.
..
...
dia memang otai
sehingga sanggup membuli bapaknya dan pak usunya sehingga kepenatan..
.
..
...
lalu atoknya mengeluarkan arahan yang lebih ganas,

"HAA..DAH LA TU..BAWAK2LA PERGI MASJID BERTAKBIR..."
sekian..