26 Disember 2011

Jam dan Masa

Ramai orang mampu memiliki JAM
tetapi
tidak ramai orang mampu menepati MASA

16 Disember 2011

Acara Sempena Tamat Pemerintahan SPB Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan - 2011

Entry yang lepas aku upload video silat je..ka ni dah jumpa video sambutan yang lain..
saksikan kemeriahannya :)

Video kat bawah ni masa perarakan masuk ke Kompleks bunga Raya KLIA..
Didahului oleh seeokr Gajah + 320 orang penari + 4 hulubalang
SPB Yang di Pertuan Agong dalam kereta di akhir perarakan.



Turun je kereta, Tuanku disambut dengan Persembahan Diraja Silat Cekak Ustaz Hanafi..
Lagi sekali dalam videoa ni aku tidak kelihatan..cit..haha!


Akhir sekali, sebelum Tuanku naik kapal terbang balik ke Terengganu, 
ada satu lagi persembahan..kami terlibat juga di bagagian tepi sekali..tak nampak juga dalam video ni :(


Lagu Daulat Tuanku ni aku cari tapi tak jumpa2..
mana nk dapat?

Aku harap semasa pertabalan SPB Yang Dipertuan Agong yang baru nanti,
kami dijemput sekali lagi!
:)

15 Disember 2011

830mlm, 10 saat...aku sangat penat hari ini..

bangun pagi seperti biasa..batteri kereta ngam2 untu sampai ke pejabat sebab aku tak cas di rumah,,dalam hati aku mula nk hangin dengan vendor sebab janji nak pasang meter tapi tak pasang2 lagi dari minggu lepas..sampai je ofis, aku naik atas..baru perasan beg + dokumen kerja aku tertinggal kat rumah..urgent, jadi kena patah balik rumah..aku pinjam kereta daniel memandangkan kereta tak cukup bateri nak balik..masa nk gerak, baru aku perasan kunci kereta xde dalam poket..patah balik, naik atas..cari kunci dalam bilik! tak jumpa!

aku terus roger syafik, mujur dia masih belum pergi kerja..ak minta die cari kunci sambil ak memandu tanpa pakai set tangan percuma..kereta manual plak..adoyai..dah la byk simpang + lampu trafik..kunci tak jumpa jua katanya! aku minta dia tunggu lalu aku pecut balik rumah..

cari kunci dah satu hal, jumpa juga akhirnya kat dalam gen2 aku! cicir masa aku amik barang dalam gen2 sebelum pergi kerja naik EV..pecut balik opis untuk buat kerja..sampai je opis, bos kata kul 1.15 ptg ni ada miniting dgn menteri..jadi kena siapkan dokumen..ni kira adhoc la ni! kerja sedia ada ditangguhkan dulu atas meja ni..aku tutun bawah beli roti buat sarapan..rs nak amik air kotak tapi difikirkan minum air panas buat sendiri pun sedap..naik je atas, baru perasan segala 3 in 1 kt pantry ni dah habis..nk turun balik? terpaksa juga sebab aku haus dok kelam kabut balik rumah td..

btw, pd masa yg sama, aku kena ulang alik ke lobi..sebab stesen caj kereta ada probelm..jadi kena pi tgk n rekod every 30 minutes..menyampah gak kadang2! Nasib hari ni proton team datang..depa akan buat trobleshoot..

buat itu ini, surat, memo, minit stgh jalan.. tup2 kul 1 dah..siap2 nk ngadap menteri dan Presiden TEPSCO? kome tahu tak sape TEPSCO? glamer sejak loji fukushima rosak teruk tempoh hari..tgh stress, naik atas masa bos ngah diskus, ak cabut nk jumpa awek jap, malangnya awek buat muka masam pula..aku datang pun dia buat tak layan..ak tanya pun dia tak layan..hampa betul..lepas pre-council, bos kata dia ada urgent..jadi minta aku je wakilkan dia..apa mahu buat, SYMP..nasib pengarah PPAMPS ada sama..jadi, aku tak kisah..

tup tap tup tap..miting sampai kul 2..aku lari turun pi cafe,,harapkan makanan, tapi langusng sudah kehabisan spt biasa..kelaparan! tgh2 lapar tu, dapat call dari bo, suruh masuk meeting dengan TKSU jumpa org dubai pula kul 230ptg! subject matter = unknown! who = unknown! why = unknown! how = unknown! when = within 30 minutes! ok..sangat baguss! kelam kabut aku naik atas semula cari info berkaitan..

230 aku terpacak kat bilik meting..235..240..sorang pun xde! pergi bilik azie, dia minta maaf..org dubai dan rombongan masih belum sampai..turun semula dan azie akan call bila depa sampai..aku report pd bos, jom join sekali la..3.15 depa sampai, bos aku plak xde dalam bilik..aku masuk dulu borak2..azie kata bos beliau ada meeting lain dulu..ok, aku sorang terpacak dgn org dubai ni..dah agak dah dia akan tanya soalan yg aku tak berapa familiar! green tech + energy..kalau air memang laju je aku jawab..chairman sampai, meeting sampai kul 430..

430 petang turun je, bos kata masuk lg 1 miting! untuk setelkan MJM..ok, hari ni last day beliau, jadi kena setelkan juga..tup tap sampai sipi2 kul 6 juga..oh ye, tak lunch lagi rupanya! patut lapar! belasah kuih 4 ketul dulu..dan aku masih ulang alik ke lobi untuk tgk keadaan kereta..

tutt..dapat SMS member, katanya ada training silat malam ni! ok, aku sangat teruja! persembahan silat untuk rancangan scoreboard TV3! teruja psal masa persembahan depan agong tu muka aku tak masuk tv! haha! jadi ni la harapan lagi sekali! tapi kerja banyak tak setel..xpe, mesti siapkan apa yang mampu! hiapppppp!!

kul 8mlm, punch out! cabut terus sebab nak siap2 pi training..! semangat-semangat! hahaha! 830, awek sms merajok sebab aku asyik sibuk je lately..tak dapat tgk ombak rindu lagi..

830mlm, 10 saat...aku..aku sangat penat hari ini..






13 Disember 2011

Persembahan Diraja Silat Cekak Ustaz Hanafi Sempena Tamat Pemerintahan DYMM SPB Yang di Pertuan Agong

sejak 2 minggu yang lalu, aku berulang alik ke taman melawati untuk menjalanin latihan sempena Persembahan Diraja Silat Cekak Hanafi sempena Tamat Pemerintahan DYMM SPB Yang di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada hari semalam 12.12.2011.

Bergambar dengan Team produksi FINAS pagi2 sebelum perarakan bermula..

Persembahan dibuat di perkarangan Kompleks Bunga Raya KLIA..sebelum sampai di perkarangan kompleks, Tuanku telah diarak dengan 320 orang penari..dan mendahului perarakan adalah seekor gajah! memang ala2 zaman kesultanan dahulu! kami barisan pesilat berdiri di kompleks menghadap ke puntu besar menanti perarakan Tuanku tiba..sejam kami berdiri sambil sekali sekala berpusing menghadap sultan dan tetamu kenamaan yang lain tiba sebelum Tuanku..

bila dengar je muzik perarakan dipasang, makan debaran pun tiba..kebetulan tempat aku berdiri betul2 mengahadap jalan masuk..jadi aku nmpak perarakan Tuanku tiba dengan gajah setinggi 14 kaki di hadapan dan penari2 yang membawa gendang, sireh junjung, tombak, dan macam2 la..fiuhh~

Masuk je perarakan ke dalam perkarangan kompleks, aku dah meremang..memang aura tu sampai menusuk..terasa macam aku berdiri di hdapan Istana dan mengawal untuk menyambut ketibaan Tuanku.Tuanku dan Permasisuri tiba, turun dari kereta dan berdiri terus di atas pentas kecil di hadapan kami..

maka persembahan pun bermula..



malangnya muka aku tak masuk pula dalam live TV1 ni..dukacita betul..haha! persembahan selama 3 minit ini akan memberi kesan kepada aku selama 300 tahun!

"Mendaulatkan Silat bersama Sultan yang berdaulat!" pesan guruku.. :)

Jangan tak tau, berdasarkan dari cerita guru ke guru, silat ini pernah digunakan oleh panglima panglima kanan istana di zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin  II (Kedah)

harapan aku agar silat ini akan kembali ke tempat asalnya...di Istana!


Gambar2 menarik sekitar Perarakan korang boleh layan hasil saudara Wazari kat sini! memang cun gambarnya!