07 Februari 2010

evolusi..revolusi..

byk perubahan akan berlaku februari ini
evolusi
satu menjadi dua
revolusi
sedikit menjadi banyak
.
..
...
aku masih sendiri
gambar hidup ini kabur
rendah resolusinya
semakin cuba diamati
semakin cuba difahami
semakin ia kabur
.
..
...
tiada yg palsu
.
..
...
februari ini
.
..
...
dila, chot, gigie, zaleha, fairuz, faizal, zakiah, fahmi
.
.
..
SelaMat Pengantin BAru..!
.
..
cher, xetxet, leen, pija, akmal, adda, miz jay
.
.
...
korang bile lg?!
(soalan paling menyampah, kan?)
.
..
...
jangan maraaaa aaaaaa...~~

05 Februari 2010

kejuruteraan manusia

ahlil nujum yang bijaksana mampu selesaikan
sebuah masaelah
1 - banyak-banyak
2 -sedikit-sedikit
3-kadang-kadang
4-jarang-jarang
.
..
...
BANYAK-BANYAK dari kita, apabila mendapat anak, pasti terfikir mengenai masa depan anak
bagaimana bermulanya pendidikan anak
ke mana arahnya
ke timur Jepun atau ke Barat Eropah
.
..
...
bukan setakat ibu bapa
tapi semua termasuk yang bukan ibu bapa pun memikirkan bagaimana mendidik anak bangsa
.
..
...
belum cukup umur dah dimasukkan ke tadika
baru tadika dah diberi kerja rumah
baru darjah satu dah dihantar tuisyen (kelas tambahan lg??)
SEDIKIT-SEDIKIT sahaja anak kecil
dewasa dengan suasana yang lebih gembira..
.
..
...
KADANG-KADANG kita dengar
aku nak didik anak aku pandai-pandai supaya dia boleh menjadi doktor
eh, anak aku pula nak jadi jurutera
anak aku pula nak jadi peguam
owh~anak dia pandai, dari kecil nak jadi usahawan.
anak kau nak jadi saintis?!
dari kecil tau kita semua mesti didik mereka!
.
..
...
doktor boleh mengubat orang sakit
jurutera boleh bina mesin untuk merawat air tercemar
peguam boleh membela orang yang disaman
usahawan boleh membangunkan syarikat dan kilang
saintis boleh mengkaji itu dan ini
dari kecil tau kita semua mesti didik mereka!
.
..
...
pergi belajar, tak payah kemas bilik..
bibik boleh tolong kemas
pergi belajar, tak payah memasak..
bibik boleh tolong masak
pergi belajar, tak payah balik
ayah dan mak sehat ni agaknya di kampung..
.
..
...
JARANG-JARANG
anak kita dididik
dengan nilai kemanusiaan
supaya menjadi manusia
sedari kecil lagi
...
..
.
ala mak ayah ni,
.
tak payah la adik kemas bilik, sebab bibik kan ada
jd takpelah buang sampah sana sini nanti ada orang kemas, dbkl kn ada!
takpe kita cemarkan air sungai ni,
nanti jurutera akan hasilkan mesin yang lebih canggih
rugi la kalau kita pasang penapis tu kat kilang,
kita buang je toksik tu di mana2 yang org tak nampak..
kalau kantoi pun
bagi duit kopi pun mereka tak saman kot..hehe!
alaa..kalau kene saman pun, kita lantik la peguam, kan..
.
.
.
.
ilmu
.
.
.
kemanusiaan!
.
.
.
jumaat
.
.
.
eh, pi solat Jumaat jom! ehe! :)
.
.eh, kejap!
.
ahlil nujum, apakah jawapan masaelah ini?


04 Februari 2010

tudung periuk pandai menyanyi..

Parlimen Perancis mengharamkan pemakaian burqa/tudung/purdah
.
..
...
samapi ada lelaki yang tidak diberi kerakyatan Perancis sebab suruh isteri dia pakai burqa
.
..
...
masyarakat Islam sedunia menunjukkan kemarahan..
.
..
...
(korang tunjuk tak bantahan korang?)
.
..
...
Perancis melaksanakan undang-undang manusia.
.
..
...
Malaysia?
.
..
...
Macam mana kalau Malaysia haramkan pemakaian tudung?
.
..
...
korang takleh terima?
.
..
...
ok lah..ok..
.
..
...
Malaysia kata pula WAJIB PAKAI TUDUNG (bg org Islam)?
.
..
...
kalau tak pakai tak dapat kerja, tak dapat pinjaman ptptn, tak dapat pinjaman bank, tak boleh naik pengangkutan awam, tak diberi taraf kerakyatan, tak boleh itu, tak boleh ini, tak diberi itu, tak diberi ini..
.
..
...
(korang tunjuk tak bantahan korang?)
.
..
...
aku pun tak tahu..
.
..
...
yang aku tahu, ada seseorang yang akan gembira
.
..
...
.
..
...
sebabnya?
.
..
...

02 Februari 2010

selepas ini..

banyak kali aku taip


.



..



kemudian aku delete


.


..


aku taip semula dengan intonasi yg berbeza
.
..



kemudian aku delete segala


.


..



aku taip semula dengan lanskap yg berbeza


.


..


kemudian aku delete lagi sekali


.


..


sudahlah..kali ini aku taip kandungan yang sama sekali berbeza


.

..


tapi aku masih delete semua

.

..

seminggu yang singkat
byk perkara aku nk tulis
baiklah kali ini aku serius!
ini cerita yg aku nk kongsi dengan korang

.

..

...

aku taip semula dengan penuh perasaan di dalam gelap ini

.

..

...

tapi aku masih lagi tekan delete

.

..

...
barangkali butang delete ni ada hantu
yang buat aku jd tak tentu
.
..
...
dan membuang masa kamu
.
..
...