31 Oktober 2009

Siapa punya kereta, sila alihkan..!!!






From : RXXXX@ketXXX.gXX.my
To : *semua ahli KetXXa
Subject : TOLONG ALIHKAN KENDERAAN ANDA

KEPADA EMPUNYA KANCIL SILVER XXX 9XX5, TOLONG ALIHKAN KENDERAAN ANDA KERANA ANDA TELAH MENGAMBIL PETAK PARKING YANG TELAH DIPERUNTUKKAN KEPADA SAYA. SAYA HANYA KELUAR MAKAN SAHAJA TERUS PARKING DIAMBIL ORANG!!!!!!!

TOLONG JANGAN MENYUSAHKAN ORANG LAIN DENGAN SIKAP AMBIL MUDAH DAN SAMBIL LEWA ANDA.

_______________________________________________________


Kencang juga rasanya emel di atas ni. Aku rasa mungkin tuan punya petak parking ni ada hal penting nak buat. Tup Tup bila sampai basement lepas makan tengah hari, ada orang dah ambil (mungkin tumpang je) tempat letak kereta die. Terus dia keluarkan emel dengan siap gambar kereta kancil berkenaan. Tapi bagi aku, tak perlu pun keluarkan emel dengan tanda seruan yang banyak. Tulis elok-elok pun boleh sebab semua orang boleh paham, Mungkin tuan punya kancil tu dah tak tahan nak ke tandas, jadi die tumpang kejap...tak pun dia nak ambil dokumen kat bilik dia, lepas tu dia terus keluar la..


Sepanjang 3 minggu ni aku selalu berulang alik dari pejabat ke hotel palm garden. Aku kena ganti tempat bos ke Lab NKRA sampai minggu depan (harap-harap tak dilanjutkan..). Untuk makluman, aku tiada petak parking di pejabat. Jadi kena la pandai2 cari port nk letak jkj aku..Memang sentiasa bermasalah nak cari parking kat parcel E. Pusing 4 5 kali pun belum tentu boleh dapat parking. Dalam tempoh di Palm Garden, aku kadang-kadang perlu balik ke pejabat untuk urusan lain. Mencari parking yang susah dah menjadi rutin setiap kali masuk ke parcel E..


Jadi, kadang2 (ke selalu ek?!) aku tumpang parking kosong jap kat basement..mane tahu tuan punya parking tu outstation ke..kan? hehe! tapi setakat jkj aku masih belum pernah menerima emel sepeti di atas!! fiuhhh..hehe! kalau keluar gambar, glamer kereta abg, dik..!!


Nak tau gambaran situasi mencari parking kat parcel E?? tgk video kat post sebelum ni..aku rakam sendiri..





Nak cari parking di Parcel E?? ngk ni dulu..

27 Oktober 2009

tandas cangkung atau dudok..?

Jika korang datang ke rumah aku di kampung parit rambai ulu, pontian, korang boleh pilih antara dua..tandas dudok ataupun tandas cangkung..aku pasti pilih tandas cangkung..bile buat urusan tu, rasa die..perghh!! senang je..! tapi bagi orang2 berbadan besar atau org sakit2 kaki/badan, lebih selesa buat urusan pakai tandas duduk..kan? best je bila kaki sakit2, leh wat urusan dengan cara duduk..bayangkan kalau kaki bersimen + kene kat tandas cangkung..die punye siksaaaa..takde fikir "lega" tp dok ngeluh "adoi doi doi..aduh..sakitnye kaki..susahnya nk berakkkkk..ADOYAI..!"

owh~~ada kisah menarik mengenai satu kejadian (yang menimpa aku??) di tandas..kisah ini lebih best dari kisah kaisara mahupun kisah seorang anak yang duka nestapa kerana ibunya batoookkk...uhuk uhukk..hehehe!
.
..
...
satu hari ni, AK (bukan nama sebenar arif) kene attend satu meeting..AK ni pertama kali join perbincangan ni..tang silapnya, AK belasah nasi lemak (+ sambal kerang okeyyy) pagi tu..jadi perut AK memulas la..masa perbincangan tu dah takleh nak fokus..cuba sedaya upaya AK fokus sebab meeting ni mmg penting..tp takleh nk tumpu gak!! punya la siksa..!! seksaa beb..awek kat sebelah ni terlalu hot untuk AK fokus pada perbincangan..demn..! dah hilang dah rasa sakit perut..takdelah istilah menahan kentut.. hehe!

sampai masa akhirnya AK ke tandas jua..owh~ ada pilihan! tandas duduk? atau tandas cangkung??hurm..pernah tak dengar teka teki ini.. "Apakah perkara/objek/benda yang paling pantas di dunia?" pilihan jawapan:

A. elektrik - alasan: sekelip mata buka suis, lampu bilik air dah nyala
B. kelip mata - alasan : sempat berkelip sebelum lampu tu nyala..
C. tercirit dalam seluar - alasan : belum pun sempat nak buka suis lampu bilik air + kelip mata, cirit dah keluar dulu..!! hahaha!

So jawapannya? korang pilih la sendiri dalam komen korang ye.. :)

okey okey..balik pd cite asal..AK pilih tandas cangkung tanpa sempat berfikir jawapan teka teki di atas..hahaha! iskh..! okey seyes sambung cite asal..! Bagi meneruskan majlis, AK dengan berbesar hati menjemput Encik Lepaskan Aku, Dah Seminggu Aku Dikurung Dan Diberi Makan untuk keluar..perghh..mmg nikmat selepas belasah sambal kerang tu beb..
.
..
Masa nak pakai seluar..PLUPPP!!
.
..
ALAMAKKKKKK...HP GUAAAA....!!!
.
..
jerit beliau di dalam hati lantas muka berubah menjadi merah..hati berdebar2..nak amik ke taknak..nak amik ke taknak..demn! AK dah kalut..gabra dan cemasss..!! "ohh mannn.." kata beliau lg kepada sape ntah di tandas sebelah..
.
..
AK balik ke bilik mesyuarat..cuba buat seperti biasa meskipun hari AK sudah tidak macam biasa! Rasa serba tidak kena..! Namun, awek hot di sebelah tetap hot..tak berubah seperi sebelum kejadin yang menimpa AK..tak lama kemudian, mesyuarat dah selesai..tiba2.. "Encik AK, u boleh ambil nombor Handphone i..contact la i nanti ye.."
.
..
HAH? err..err..ni peluang keemasan! rasanya awek ni pun saje nak test market ngk respon AK kot?? takpun die takleh fokus mesyuarat sepanjang ketiadaan AK di sebelahnya tadi?? AK terpinga2..camne nih..
.
.
"Meh sini handphone u" katanya lebut sambil mengambil hp yang sedang ditenung AK di atas meja..

"eh..eh?!!"
"kenape? jangan risaulah, handphone kita sama..i 'save'kan nombor i dalam hp u ni ye"
"owh..ok! terima kasih.."
"nah, hp u..dah sopak skit dah ni..belilah hp baru nanti..Bye..i balik dulu ye"
.
..
..
BYe .. :)

25 Oktober 2009

ukurlah baju badan sendiri..

dua tiga empat menjak ni aku rasa ada sesuatu yang tak kene ngan diriku..aku rasa aku makin tidak kewl..macamlah aku kewl sangat dulu..tak kesah la..aku rasa aku kewl! korang rasa aku kewl tak?? haha!

aku sedar skarang ni aku cepat marah..garanggg!! grrr..!! okey2..ni seyes ni..aku jadi panas baran la..jd aku yg macam dulu punya dulu..orang salah je aku nak melenting! dapat la barang sebakul dua maki hamun..tapi kadang2 jadik lawak la pulok! mcam citer kt bawah ni..
.
..
...
alkisah satu pagi yang gembire..macam biase aku akan ngadap jamm kt traffic light nk kuar dari equin..nasibla abg jemm + k.e menghiburkan aku + cik pija di sebelah..cik pija menjalankan tugas biase beliau selaku pendengar setia rintihan aku + maki hamun aku kt driver2 yg tidak beretika sunggoh di jalan raya..ngah syok2 aku drive, tetibe ada satu keta matrix ni sudah henjut+himpit dr kanan..terkejut gua! gua cecepat ke kri..sambil cik pija "eh eeh eehh.."

"celake nyer keta!!" bentak hati gua melihat die wat lg skali kt keta depan gua!

pehtu time kt 2nd t.light, die himpit lg..gua dr blakang usha.. "nak kene keta nih!!"

pas lap kat traffic light je..dua terus henjut jkj gua.. "eh, arep arep.." cik pija mcm biase bising kat sebalah tp gua tak endah..betapa marahnya gua tatkala itu..gua ligan belakang keta die..tetibe die slow jerk..gua try overtake but folow tepi keta die dulu..kire side by side ar..gua usha driver sebelah! akak gemok!! demn akak gemok ni..

aku buat muka puaka niyang rapik aku! tetibe aku nengok akak ni wat2 tido..! aik?? aku + cik pija dan konpius..eh, akak ni tido ke??!! "eh..die tido la rep.." "biau betol ni weh..kang tak pasal2 die babas cium keta aku lak.."

aku pn tekan pedal laju skit.."kah kah kah..!akak ni tido ke wat2 tido pasal die cuak weh??" aku xbleh tahan btol la ngk akak gemok ni wat2 tidao sambil mata die cover2 ngk jalan.." adoyai..memang lawak la..!!
.
.
..
mungkin die btol2 tido kot..macam leen yg tido masa tuang air..