07 Mac 2010

kehilangan

aih..aku tetap rasa semacam yang pelik dan lain macam bila aku ternengok gambar-gambar orang yang aku pernah suka dan jatuh hati dulu yang telah mereject aku atau meninggalkan aku lalu bercouple. bertunang, berkawen, beranak, berpinak..

ahahaha!

satu dEmi satu
hati yang punya tempat daLam hati
meninggaLkan tempat itu
membiArkan hati itu kosong
sendiri
sunyi..

hati yang mEninggaLkan
menemui hati yang Lain
membiarkan hati yAng ditinggalkan
sendiri
sunyi..

menatap hati itu gembira
meratap hati ini duka
sendiri
sunyi..

A.D.I.O.S

05 Mac 2010

SPS

Sesi Perancangan Strategik
Royale Bintang Hotel, Seremban
4-6 Mac 2010


SPS bermula..


SPS dah tamat..



muar ada mee dan mur

rabu ada mesyuarat di muar
selasa 8mlm bertolak dari putrajaya
tak berhenti mana2 sebab nak makan :


mee bandung muar yg sangat sedap

3/4 meja mesyuarat esoknya pula dipenuhi santapan



lepas mesyuarat 930pg - 600ptg
singgah jap pekena :

murtabak singapore yang besar bagak

sekeping makan 4 orang


dah habis? balik putrajaya la..tunggu apa lagi..

terus packing barang untuk menuju ke seremban pula

03 Mac 2010

antara


bila tersalah langkahnya
bila terpesong kiblatnya
bila terganggu tafsirannya
bila gulana hatinya

kelirulah dia

antara

nasihat dan umpat
kutuk dan puji
halus dan kasar
cantik dan buruk
salah dan benar

bertenanglah

bagi minda kamu rehat dahulu
dan keluar dari rimba kekalutan

maka

kamu boleh berfikir dengan lebih baik
menilai antara "antara" itu tadi..