07 Januari 2010

cawan dalam avatar

semalam aku pergi melayan filem Avatar di GSC Alamanda..setelah kehabisan tiket panggung 3D dulu, jadi kali ni sempat layan kat alam je la..CGI dalam cerita ini memang superb dgn gambaran hutan kat planet tu yg sangat unik..aku rasa macam nak layan 3D juga kalu sempat minggu depan!

ada sesuatu yang buat aku tertarik dalam dialog filem ini..pasal "cawan yang penuh!".
Dialog ni berlaku masa sang hero Jake nk belajar dari puak Na'vi. Jake dengan pendirian mahu belajar kehidupan bersama puak Na'vi pada mulanya tidak dipersetuji oleh Mo'at (bomoh puak Na'vi). Ini semua sebab usaha puak Na'vi nak mengajar kehidupan mereka kepada manusia (yg digelar Orang Langit dalam cerita ni) tidak pernah berjaya kerana:
.
..
Mo'at : "mereka datang dengan cawan yang penuh, bagaimana mereka boleh belajar?!"
Jake: "cawan saya kosong! saya mahu belajar..!"

haa..setelah diterjemah, lebih kurang macam tu la dialog antara Mo'at dan Jake.
Jadi, apakah maksud "cawan" itu?
.
..
bila cawan yang penuh dengan air, kita tuang lagi air, mesti air tertumpah kan..
tapi bila cawan yang kosong, kita tuang air, mesti air tu tak melimpah tumpah..
.
..
andainya cawan tu umpama diri kita, air tu umpama ilmu..
.
..
kalau kita datang dengan diri yang angkuh penuh ilmu di dada,
bagaimana kita mampu pelajari sesuatu yg ilmu yang baru..
mesti kita akan poyo sambil berkata dalam hati "hek elleh, ko ilmu cetek ni nk ngajor aku?!!" kita tak tahu sebenarnya ilmu yang dia ada, kita tidak punya..
.
..
sebaliknya jika kita datang dengan rendah diri dan kosongkan diri,
pasti lebih mudah kita mempelajari sesuatu yang baru dan baik untuk kita..
tidak salah mengambil mutiara di dalam lumpur yang kotor itu..
.
..
jadi, bila nak belajar sesuatu yang baru.
kosongkanlah cawan tu ye..
kalau cawan dah penuh, camne nak isi air lagi..!

:)

eh, ni kira entri "ulasan filem" pertama aku dalam sukahatikoje?

06 Januari 2010

rasa

aku mula rasa
tidak tahu apa yang aku rasa
hidup kadangkala rasa pahit dan manis
kenapa tidak masam dan kelat
juga tidak rasa kasar dan lembut
tapi selalu gak rasa hangin dan rasa nak lempang orang!

rasanya
aku perlu berubah..
rasa malas kepada rasa rajin
rasa bongkak kepada rasa rendah diri
rasa lemah kepada rasa bersemangat
rasa bosan kepada rasa gembira!

kadang-kadang
aku makan kat rasamas
aku makan kat rasa alamanda
aku nyanyi lagu rasa sayang
aku rasa rindu
aku rasa siksa
aku rasa tertekan
aku rasalah kan..

dan
aku rasa jemu..


apa yang aku rasa
bukan semesti sama apa yang kau rasa..


rasakan ni!



DISHHH..!!




AMBIK NGKO...!!

2010..1431

byk entri dan blog dan fb dan twitter dn sebagainya bercerita tentang
selamat tinggal 2009..selamat datang 2010..
.
..
...
emm..
.
..
...
tak ramai yg bercerita tentang
selamat tinggal 1430..selamat datang 1431..
.
..
...
kalau terus senyap..
selamat tinggal..
.
..
...
dan selamat datang yg baru..

03 Januari 2010

hari..

hari ke-13 mak aku kat hospital..
.
..
...
....
hari ke-47 dia sepi..