19 Februari 2012

Lepak di pantai..

cuti yang panjang selama 4 hari minggu yang lalu..disebabkan aku tak balik kampung, sabtu ahad aku dok pusing2 DVD je kat rumah..nak jalan pi shoping mall, duit sudah banyak lari..haha!  habis je layan DVD cerita The Sound Of Music, aku pun rasa nak pergi air terjun Sungai Gabai..

tiba2 bila enjin kereta dah hidup, aku menuju ke laut pula..haha!






malangnya, sebelum kami pulang, aku tgk banyakkkkk sangat sampah yang ditinggalkan oleh manusia yang bangang..kamonlah, jagalah kebersihan..macam mana kalau aku buang sampah depan rumah korang..haishhh..geram betul gua tgk sampah sepah2..sampah yang tidak boleh terbiodegradasi pula tu..


11 Februari 2012

sudah pukul 5 pagi

aku masih belum mahu tidur
barangkali sebab siang tadi aku sidah tidur lama
barangkali sebab tadi training tidak macam training
barangkali sebab aku pekena nescafe O kaw
barangkali sebab teringat gelagat laki bina gaduh semasa aku menikmati nescafe O kaw
barangkali sebab mata tidak mengantuk
memikirkan masa silam
memikirkan masa sekarang
memikirkan masa akan datang...

sudah jam berapa sekarang ini?

sudah pukul 5.03 pagi..



02 Februari 2012

Menunggang Jangan Sampai Tertonggeng

Aku menyambut baik langkat Perbadanan Putrajaya untuk menjadikan Putrajaya sebagai destinasi kayuhan basikal dan aktiviti berbasikal..sekarang ni sudah ada beberapa lokasi strategik juga diletakkan basikal untuk disewa..kat taman botani ada, malah kat masjid Putra pun ada! dan memang aku akui, banyak penunggang basikal di sekitar putrajaya terutama sekali pada malam hari + hari minggu ataupun cuti umum..

Tetapi ada satu yang kurang..iaitu sikap penunggang basikal..bukan semua tetapi segelintir..dan sebab segelintir ni la yang kdg kala buat aku menyampah dan rasa nk langgar je..kalau kayuh tu, tak payah la nk kayuh sampai ke tengah jalan..jalan 3 lane, korang amik 2 lane sekali gus! malah kat area bulatan/selekoh, korang boleh plak layan lap baeikkk punya smpai ke tengah..ketahuilah, LAMPU KELIP2 itu bukan lambang kekuasaan korang di jalan raya..ni pengalaman aku bukan sekali, tapi banyak kali aku kena dah..lampu isyarat pun korang langgar..

Aku tak tahula sama ada korang sedar, penunggang basikal ni tiada termasuk dalam mana2 undang2..aku difahamkan oleh seorang rakan, katanya tiada apa2 yg melindungi penunggang basikal..jadi kalau kena sondol dek kereta? aplah nasibnya..

di sekitar Putrajaya ni, ada laluan motosikal tapi mmg penunggang motor sendiri pun tak gunakan..apatah lagi nk suruh penunggang basikal guna laluan khas itu..

Apapun, aku harap oara penunggang di luar sana lebih berhati2..lampu kelip2 itu, topi keledar dan seluar ketat tidak menjamin keselamatan kamu yang menunggang secara tidak berhemah...jangan ingat korang kayuh beramai2, orang akan beri laluan kepada kkorang walhal korang mengganggu laluan..

Kisah pelumba basikal negara dilanggar tempoh hari perlu dijadikan pengajaran..mujur tiada yang hilang nyawa..

Berbasikal memang aktiviti yang menyihatkan..atas sebab itu, aku juga memiliki basikal..