aku ni bukan rajin sangat
pasal setiap hari waktu kerja aku akan ada masa bermalas termasuk malas bangun tidur
aku ni bukan pandai sangat
pasal setiap hari aku akan terpaksa merujuk kepada orang lain perkara yang aku tidak tahu berkaitan kerja..dan perempuan..
aku ni bukan cekap sangat
pasal setiap bulan aku ada minit mseyuarat yang aku tak setelkan termasuk mesyuarat yang pendek je pun
aku ni bukan terrer sangat
pasal setiap masa aku ada salah yang aku buat dan perlu aku perbetulkan
tapi..
aku tak faham betul la perangai korang ni..
kerja kat sini dah lebih setahun pun ada
tak reti-reti nak belajar apa yang korang kerjakan setiap hari
korang kata banyak keje tapi belum masa balik korang dah kemas siap nak balik
korang pandai masuk mesyuarat tapi tak tahu apa yang dibincang dalam mesyuarat
pastu dok main hp dan korek hidung je ke?
kamon la..
asal aku tanye je korang jawab
"saya tak tahu"
"saya tak pasti"
"itu dia yang buat"
"entah lah ye"
tapi mesyuarat tu korang urusetia dan korang yang buat minit!!
dan korang yang edarkan minit..
APE NIH??
shi-al betul laa..
Hentikanlah
dari terus ambil golongan ini dan hantar kat tempat aku kerja
bikin aku pikir bahawa depa ni la sebab aku tak dapat bonus
.
..
...
cuma dapat sakit hati!