30 November 2011

hargailah dia

aku memang banyak buat silap
aku minta maaf
.
..
...

24 November 2011

nazmi dan fakri

dua nama ini semakin terkenal
dua nama ini terkenal dengan punca yang berbeza
tapi kedua-duanya punya perjuangan yang sama
.
..
...
apa pun
moga Harimau Malaya terus bersinar
.
..
...
tak kira 
Harimau MUDA
ataupun 
Harimau MATANG.

Hidup Harimau Malaya



16 November 2011

Ini permainan baru di rumah

kadang2 duduk rumah kan bosan
kelmarin aku balik dari sarawak..
Tiba2 terlihat sesuatu di satu sudut sana
ada helikopterrrrrrr...!!
haha!

si apis tiber beli..katanya senang nanti
boleh order burger kat depan tu pakai heli je..
haha!

heli ni telah dirampas oleh gua dari tuannya..oh yeahh!

14 November 2011

Hari Sungai Sedunia 2011 Peringkat Kebangsaan

Hari Sungai Sedunia (HSS) disambut oleh seluruh dunia bermula pada tahun 2005. Nak tahu pasal info Hari Sungai Sedunia korang boleh la rujuk kat sini World Rivers Day. Bagi negara kita, HSS pertama kali disambut tahun ni dan tempat pertama sambutannya adalah di Kuching Waterfront, Sarawak pada 12 November 2011 dan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak..

Aku kena pergi bertugas juga sempena HSS 2011 di Sarawak..Haa, ni lah pertama kali aku jejak bumi kenyalang ni! hoho! maka lengkaplah jelajah seluruh Malaysia aku..oh yeahhh!! :)

Banyak aktiviti yang dijalankan sempena HSS 2011 ni..ada pertandingan fotografi, esei, kuiz, sukan air, pameran dan macam2 la..aku cuma terlibat dengan pameran je..nak pikul barang2 pameran dari Putrajaya ke Sarawak memang sangat mencabar..beratnya beratus kilo wooo!

apapun, seronok juga ke sana walaupun penat..meriah dan penuh warna warni!

Majlis Perasmian Hari Sungai Sedunia 2011




11 November 2011

Basikalku yang laju..

basikal gunung aku yang dibeli masa tingkatan 1 masih boleh dikayuh lagi..malangnya gearnya dah dicuri orang..rim plak bukan rim aloi, jadi dah karat..masa raya puasa haritu aku tarik keluar setelah terperan bertahun-tahun dalam stor..

Masa tu aku repair sekali basikal tua abg aku..woaaa, tiba2 aku jatuh cinta dgn basikal tua pula! terus aku terpikir nak beli satu! sebab yang ni abg aku bunya, aku signal2 nak minta tapi dia mcm syg sgt..maklumlah basikal tu dia buat kayuh pi sekolah dari tingakatan 1-5...

di saat orag dok sibuk pasal mountain bike la, fixie bewarna warni la, aku sebaliknya memulakan misi mencari basikal tua yg vintage..ohooho! dan akhirnya aku bertemu hari selasa lepas kat pontian! yg dicari telah ditemu, aku terus bungkus masuk gen-2 dan mengembara ke desa pinggiran putra.. Bagi menjawab segala misteri, Iiilah dia basikal baru aku! fuh fuh fuhhh~
"double stand" ala2 moto GP..

Tiub lama pakai 'cacing' lagi..siap dapat cacing extra!

Lampu menggunakan teknologi hijau! dinamo..~

Tadaaaaa...!! Boleh la gua bersiar2 di desa petang2 lepas ni..hehe!

09 November 2011

Hujan di luar..

mungkin boleh mendorong aku melelapkan mata..
Jarum pada paras 4.29pg..
mata masih tidak terlelap jua..
.
..
...
hujan di luar
mungkin boleh membantu aku melelapkan mata..

06 November 2011

ada apa dgn 9 Zuhijjah?

pada 9 Zulhijjah..umah Islam yang mengerjakan haji akan berhimpun di padang Arafah..wuquf..
pada 9 Zulhijjah 1403, pasangan Puan Rokiyah telah melahirkan anak bongsu beliau..anak ke-5 beliau ni lelaki yang kemudiannya dinamakan 'arif sempena hari Arafah..

:)

03 November 2011

Kalau malas kerja, tak payah la buat..

kenapa mesti bekerja..untuk gaji la kan...ke untuk ibadah? aku rasa ramai yang mengeluh bila ada kerja..biala tak ada kerja juga akan mengeluh..pelik bukan..tapi itu la yang berlaku kat aku juga..

kadang kala kita mengalamai situasi di mana pencapaian kita memang tiptop..dipuji setiap masa..disayangi oleh bos2 dan member2 lain juga..tapi kadang kala prestasi kita turun juga..kerja kita jadi tidak menentu..kelam kabut dan tidak terurus..

semalam aku sembang dengan bekas bos aku yang sangat aku kagumi..tanpa aku bertanya, dia memang suka bercerita..katanya, siapa yang tak mahu buat kerja dengan baik? semua orang berusaha buat kerja dengan baik..tetapi kita perlu faham, kerja yang baik itu pada ketika dan persekitaran yang baik..kalau la masa itu fikiran kita bercelaru dengan masalh lain, kerja kita pasti akan terjejas juga..jadi kalau kita bos, kita tak boleh senang2 nak marah kesilapan orang..mungkin ketika itu persekitarannya tidak baik...

banyak lagi yang dibualkan..walaupun tak sampai sejam bersua..banyak ilmu yang aku dapat..berbual dengan orang lama memang banyak faedahnya..kadang2 bila aku lepak ngeteh ke, jalan2 ke, bila aku ngk ada orng tua di suatu sudut sana, ak teringin nak lepak dan ngeteh bersama..walaupun aku tak kenal dia..sebab siapa tahu ilmu dan pengalam dia boleh dijadikan teladan dan ikhtibar..

sejak akhir2 ini aku memang banyak kerja..aku nak mengeluh pun tak tahu la macammana..apapun, selamat datang pada 3 orang yang baru join keluarga Sektor Air..baru seminggu, mereka juga mengeluh kerja sini banyak rupanya! :) hehehe..yup, itulah yang aku alamai sejak 4 tahun yang lalu..

banyaknya kerja aku ni wehhhhhhh~